pengalaman berjaya kuruskan badan

Pengalaman Berjaya Kuruskan Badan 20 Kg – Wanita Ini Kongsi Tips Yang Berkesan Dan Selamat

Statistik: Malaysia Negara Obes?

Adakah anda mahu mencipta pengalaman berjaya kuruskan badan sendiri? Tahniah diucapkan kerana sememangnya gemuk is not awesome. Orang gemuk juga terdedah kepada risiko pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung dan kencing manis. Kan bagus jika kita dapat kuruskan badan supaya badan lebih sihat?

Laporan tentang orang obes di Malaysia sebenarnya agak menggerunkan ya. Baca ini,

Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada tahun sebelumnya menunjukkan satu daripada lima orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes.

Statistik itu telah meletakkan Malaysia di tangga ke-10 dunia dengan jumlah penghidap diabetes seramai 3 juta orang, jauh lebih tinggi daripada jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang 2025 iaitu hanya kira-kira 800,000 orang.

Sementara itu, Majlis Pencegahan Obesiti pula menjangkakan Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dan tempat keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti!

Ini antara petikan berita tentang statistik obes di Malaysia yang disiarkan akhbar Utusan Online pada 31 Disember 2014 yang lalu. Artikel penuh boleh baca di sini. Bayangkan, 1 daripada 5 orang dewasa menghidap diabetes kerana masalah obes!

pengalaman berjaya kuruskan badan
Sumber: Utusan Online

So, jom kurus?

Pengalaman Berjaya Kuruskan Badan 20 kg Dalam Masa 6 Bulan

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi tentang pengalaman berjaya kuruskan badan oleh seorang pengguna Set Kurus Shaklee. Ya, beliau berjaya turunkan berat sebanyak 20 kg dalam tempoh hanya 6 bulan. Awesome bukan?

pengalaman berjaya kuruskan badan
Sebelum
pengalaman berjaya kuruskan badan
Selepas!

Saya teruja sangat dengan misi akak Selim yang sudah berjaya kuruskan badan ni. Again bayangkanlah, 20kg dalam masa 6 bulan. Suatu tempoh yang cukup pantas kan? Apa rahsia akak Selim sebenarnya tu? Sebab, bukan calang-calang mudah untuk turunkan berat ni hatta 1 kg ya. Orang yang tengah berusaha kuruskan badan mesti faham hakikat ni ya tak.

Mahu Kurus Juga? Ini Nasihat Beliau

Saya bertuah sebab antara audiens yang dapat mendengar perkongsian akak Slim secara terus. Semasa dalam satu sesi sharing, beliau telah bongkarkan rahsia beliau tentang pengalaman berjaya kuruskan badan.

pengalaman berjaya kuruskan badan

Ada beberapa tips penting yang beliau kongsikan. Rupanya rahsia beliau berjaya kurus sebenarnya mungkin kedengaran biasa-biasa saja tetapi amalan yang konsisten adalah penggerak kejayaan beliau untuk inch loss dengan bergaya!

1. Fahami Konsep Kurus

Pertama-tama, bagi individu yang nak kurus, mereka kena faham dahulu konsep bagaimana sesuatu untuk kurus itu boleh sukses.

Nasihat akak Slim, kalori yang kita bakar atau guna mestilah melebihi kalori yang masuk, yakni yang kita makan. Bunyinya simple.

Dalam perkataan lebih mudah, kita mesti guna tenaga badan melebihi tenaga yang kita dapat dari pemakanan seharian. Pendek kata, makan mesti mau kurang dan kerja mesti mau lebih!

Misi kurus takkan berjaya kalau kita masih kuat makan, dan taknak beraktiviti fizikal untuk membakar lemak.

2. Rahsia 3 Faktor Untuk Kurus

3 faktor ni wajib tahu untuk pastikan mudah nak berjaya kurus. 3 faktor yang mempengaruhi seseorang boleh kurus atau tidak ialah:

  1. Faktor Pemakanan 70%
  2. Faktor Senaman 15%
  3. Faktor Suplemen 15%

Ketiga-tiga perkara ni perlu dikawal baik-baik semasa mahu kuruskan badan. Konsistensi juga amat penting.

Kalau diperhatikan, faktor pemakanan mendahului peratus yang tinggi. Jadi jangan hairanlah ada je orang berjaya kurus tanpa senaman. Takpun berjaya kurus dengan suplemen. Ye memang ada. Sebabnya ialah mereka hanya kawal pemakanan mereka: kurangkan kuantiti makan, elak makanan berminyak / berlemak, amal pinggan sihat dan menukar cara memasak menu yang lebih sihat.

Jika ditambah senaman, misi kurus boleh dipercepat. Ia kerana lebih banyak lemak terbakar dengan senaman yang dibuat.

Apa pula pentingnya suplemen untuk kurus? Saya ada terangkan mengapa kita perlu kepada suplemen untuk misi kuruskan badan, boleh baca di link ini ya.

Suplemen tidak sama dengan ubat kurus yang dijual dalam pasaran. Suplemen lebih kepada bekalan vitamin, mineral dan zat lain seperti protein bertujuan untuk menampung kekurangan nutrisi badan semasa seseorang itu berdiet untuk kurus. Semasa berdiet kurangkan makan, seseorang boleh terdedah kepada kurangnya nutrisi. Jadi pengambilan suplemen boleh membantu dari sudut ini supaya badan tidak menjadi lemah dan jatuh sakit.

3. Jaga Pemakanan

Adalah bagus sebenarnya untuk mengira keperluan tenaga seharian kita. Daripada sini, kita boleh mengawal pemakanan dengan lebih tepat. Makanan yang diambil mestilah kalorinya kurang daripada tenaga seharian kita, jadi lemak badan akan dipaksa membakar untuk menampung kekurangan tenaga itu.

Amalkan juga cadangan pinggan sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang dipanggil suku-suku-separuh ni. Suku protein, suku karbohidrat dan separuh buah serta sayuran.

Perhatikan juga cara masakan supaya meminimakan kalori makanan. Makanan bergoreng dan bersantan memang tidak digalakkan. Jadi boleh bertukar kepada cara masakan yang lebih sihat seperti mengukus, stim, merebus, memanggang atau menyalai.

4. Lakukan Senaman

Jenis senaman yang paling sesuai untuk tujuan kurus ialah senaman kardio dan body weight.

Boleh search di Youtube untuk belajar senaman yang sesuai untuk anda. Bagi akak Selim, beliau ada sertai program Jom Kurus yang dianjurkan di tempat beliau. Bersenam ramai-ramai ni memang lebih semangat rasanya, jadi takde lah azam kurus terbengkalai begitu saja kan.

5. Ekstra – Ambil Produk Yang Selamat

Jika mengambil produk seperti suplemen, pilihlah produk yang selamat dan boleh dipercayai. Akak Slim memilih suplemen Shaklee kerana beliau percaya dengan produk Shaklee yang ada kelulusan KKM, halal malah diuji secara klinikal. Produk Shaklee juga adalah diperbuat daripada sumber semulajadi, dan bukannya sintetik. Ini memberi perbezaan yang besar kerana ia lebih berkesan, selamat dan tiada kesan sampingan untuk tempoh jangka masa pendek atau panjang.

Suplemen Kurus daripada Shaklee

Suplemen yang diamalkan akak Slim sepanjang pengalaman berjaya kurus beliau ialah Set Kurus Premium seperti berikut.

Set Kurus Shaklee Premium

pengalaman berjaya kuruskan badan

1. Lecithin

  • Pelangsingan – menghalang obesiti. Ia mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • Pemecahan lemak dan kolesterol – bertindak sebagai pembersih salur darah, membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserida di dalam tubuh.
  • Melindungi hati – menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.

2. HerbLax

  • Membantu membersihkan usus secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.
  • Meningkatkan kesihatan usus supaya toksin tersingkir dari badan dengan baik.

3. Alfalfa Complex

  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. ALfalfa mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
  • Mencuci hati, darah dan usus – Ia adalah makan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

4. ESP

  • Pengganti makanan – boleh dijadikan pengganti makanan untuk mengawal nafsu makan bagi mereka yang sedang berdiet kurus.
  • Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.
  • Membina dan mengekalkan otot – memelihara otot supaya tidak hilang semasa misi kurus.

5. Cinch Shake

  • Pengganti makanan – boleh dijadikan pengganti makanan untuk mengawal nafsu makan bagi mereka yang sedang berdiet kurus.
  • Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.
  • Membina dan mengekalkan otot – memelihara otot supaya tidak hilang semasa misi kurus.
  • Mengandungi Leucine – Leucine untuk mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak dalam badan.

6. Omega Guard

  • Mengawal masalah obesiti
  • Memelihara kesihatan jantung dan salur darah – merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah dalam badan dan melincirkan saluran darah.

7. Vivix

  • Meningkatkan metabolisme badan supaya lebih cekap untuk pembakaran tenaga.

 

Bagi yang ingin mencuba set Shaklee ini untuk supporter anda untuk kurus, boleh saja dapatkan dari saya sebagai wakil pengedar anda. Hubungi saya di talian 01136198300 atau terus klik untuk WhatsApp saya sekarang. Pertanyaan lanjut tentang set ini juga sangat-sangat digalakkan.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge