pengalaman menggunakan youth

Pengalaman Jerawat Batu dan Bagaimana Saya Menyelesaikannya

Selama ni asyik baca pengalaman jerawat batu orang lain aje sebenarnya di online, tapi kali ni tergerak hati pula saya nak berkongsi tentang pengalaman jerawat batu sendiri. Saya harap tulisan ini akan membantu sesiapa saja yang menghadapi masalah sama seperti saya sedikit masa dahulu. Tulisan ini sekaligus menjawab pertanyaan dari beberapa prospek saya sebelum ini yang pernah bertanya hal yang sama πŸ™‚

Bila Pengalaman Jerawat Batu Ni Bermula?

Dari kecil sampai remaja sebenarnya saya tak pernah ada masalah jerawat ni. Kulit walaupun tak putih gebu (hehe) tapi takde pun masalah jerawat ni. Langsung tak ada isu tau.

pengalaman jerawat batu
Saya di tengah – Gigih korek gambar lama, 2005 masa saya di Tingkatan 5. Takde masalah jerawat langsung masa remaja πŸ™‚

Seingat saya, waktu remaja saya ada la juga guna pencuci muka sebab terpengaruh dengan kawan-kawan sebab masa tu bersekolah asrama. Saya guna rangkaian pencuci muka Syahirah dari sekolah menengah sampailah zaman Degree. Ada juga mixed dengan brand Safi masa di U tapi Alhamdulillah takde breakouts apa pun, dan langsung takde tanda-tanda kulit sensitif.

pengalaman jerawat batu
Inilah skincare yang saya guna sebelum ni.. Foto Kredit: cahayadiana.com

Pengalaman jerawat batu ni bermula bila saya start praktikal di FAMA Rengit, Johor pada penghujung tahun 2009 tak silap saya. Masa tu mungkin saya stress dengan praktikal kot. Tidur pula tak menentu, dan selalu-selalu kami ikut team untuk keluar promosi produk ke merata-rata pasar tani atau event seluruh Johor. Masa tu penat boleh tahanlah juga walaupun praktikal 2 bulan je lebih kurang.

Jadi jerawat batu tu start timbul dari zaman saya praktikal, saya agak mungkin sebab stress dan tidur yang tak menentu puncanya.

pengalaman jerawat batu
Tarikh: 10 November 2009. Saya sebelah kiri paling bawah, umur 21 masa ni. Boleh perasan jerawat batu kat pipi kiri kan. Inilah team praktikal kami di FAMA Rengit, Johor.

Bila jerawat batu tu datang memang bengkak habis bawah kulit. Jerawat batu ni kan ke takde mata, tapi dia punya timbul tu bila kau sujud je mesti rasa sakit dan rasa macam ada batu kecil nak jatuh dari muka, haha! Siapa yang pernah kena mesti tau perasaan ni.

Sudahlah takde mata, bermaksud bukan senang-senang nak pecahkan jerawat batu tu dan ia akan ambil masa yang saaaaangat lama untuk kecut trust me T.T

Pengalaman jerawat batu saya masa tu kalau seketul pun yang ada sakit sangat dan ambil masa 2 minggu ke atas baru nak kecut. Kau tonyoh la macam mana pun kat tempat bengkak merah tu dia takkan pecah, lagi teruk ada la huhu. Pakai la segala petua apa pun dia tak lut, takkan.

Dan bila jerawat batu tu dia macam dah masak, sometimes bila kita picit atau tak tersengaja sentuh pun dia akan keluar air bisa atau nanah, atau darah hitam tau. Benda ni pernah jadi pada saya, masa tu pulak tengah solat dan tiba-tiba perasan macam ada cecair je kat muka rupanya jerawat batu pecah dan keluar darah hitam huhu sadis sangat mengenang semula hahah!

Jerawat batu saya masa tu tak banyak pun, dia naik seketul dua je dalam satu-satu masa tapi dia keep berulang dan end up dengan jadi banyaknya parut. Sedih tauu.

pengalaman jerawat batu
Tarikh: 6 Jun 2017. Walaupun selfie guna filter tetap boleh nampak jerawat batu kat pipi tu kan? huhu

Masa ni saya tak berapa peduli sangat lagi, tak tau pun istilahnya jerawat batu hehe. Rutin jagaan kulit macam biasa je, takde pun saya google sana google sini nak cari penyelesaian atau take incentive nak pergi ke dermatologist bagai. (Aisehh, naive sangat kan)

Masalah Jerawat Batu Yang Terus Berulang

Lepas tamat praktikal, graduated from Degree dan kemudian dapat kerja di sebuah company membuat medical gloves di Perak, keadaan jerawat batu saya masih sama. Tetap datang seketul dua, dan sudah tentu ambil masa yang sangat lama untuk mengecut. Kadang tu jerawat lama belum kecut jerawat baru pula dah datang. Memang bertambah stress masa tu.

Perasaan usah cakaplah, rasa malu bila orang tegur pasal muka walhal sketul dua je jerawat kat muka tapi kalau dah besar gedabak merah-merah kat muka memang jadi perhatian orang jugalah betul tak. Dah namanya muka nak sorok kat mana lagi, takkan nak pakai topeng pergi kerja kot hehe

Kawan-kawan rapat cakap mungkin sebab saya stress. Saya pun rasa macam tu sebenarnya. Maybe jugak sebab saya ni over-thinking dan ambil berat sangat-sangat bab di sekeliling saya ni. Jadi semua masalah tu macam membebankan badan saya, jadi tak hairan ia jadi oxidative stress yang menyebabkan keradangan pada kulit muka sebagai cara badan melindungi diri. Stress ni memang akan ganggu hormon-hormon lain dalam badan sebenarnya.

Julai 2015 saya berhenti kerja di company tu oleh sebab saya menyambung pengajian dalam bidang yang memang saya minat dari kecil iaitu Bisnes. Saya mula membuat servis hometuition sejak itu.

pengalaman jerawat batu
Tarikh: 3 November 2018. Manalah tak rendah diri macam ni, kadang student lagi lawaa dari kita hehe Mujur masa ni jerawat batu dah takde sangat.

Jerawat batu tetap timbul cuma mungkin agak berkurang selepas tu tapi saya alami rasa rendah diri pula dengan parents dan anak-anak murid memandangkan kena selalu berurusan dengan muka yang breakouts dan berparut akibat masalah jerawat batu. Masa inilah saya mula mencari penyelesaian yang konkrit tentang masalah saya ni. (baru sedar diri, hehehe)

Mula Mengatasi Jerawat Batu

Masa mula-mula saya tak terfikir pula nak pergi jumpa doktor kulit untuk masalah jerawat ni. Nak baca review produk dari drugstore pun saya tak teringat. Memang saya blur habis bab penjagaan kulit bagai ni. Lagi satu, bab make-up pun lagilah saya tak pandai. So, tak terfikir juga pasal concealer hehe

pengalaman jerawat batu
Tarikh: 18 Ogos 2018. Alhamdulillah, kulit makin sihat dan bebas jerawat batu. Mode beautify kat fon pun dah tak ON hihi. Okay gambar ni cheat sikit sebab ada apply compact powder ye

Pernah juga beli krim kecutkan jerawat dari jenama Avon, tapi bila apply kulit jadi super kering pula dan jerawat bertambah merah bukannya mengecut. Akhirnya krim tu lempar mana pun tak tahu dah hehe.

pengalaman jerawat batu
Gambar terkini: 2 Disember 2018. Masa ni baru je lepas berjaya naik ke puncak Bukit Larut, Taiping jadi wajah agak berminyak sikit. Cuma apply Youth Moisturizer SPF50 dan tabur bedak serbuk Safi kat muka sebelum mula hiking 3 jam 15 minit sebelum gambar ni diambil. Parut memang belum clear lagi πŸ˜€

Bila buka Facebook, saya perasan ada seorang schoolmate saya ni dulu selalu promote pasal suplemen Shaklee dengan niche kecantikan kulit. Seronok pula baca sharing dia hari-hari dan akhirnya saya berkenan pula nak cuba ESP tapi saya tak beli dari dia sebab segan. Saya baca blog seorang pengedar Shaklee ni dan buat tempahan dengan beliau. Masa tu ingatkan ESP dapat bantu masalah jerawat batu ni tapi rupanya silap juga sebab saya tak consult sebelum beli. Faktanya, ESP memang bagus untuk kecantikan kulit tapi target saya masa tu ialah nak setelkan jerawat batu jadi ESP bukanlah pilihan yang tepat sebenarnya.

Set Jerawat Batu Daripada Jenama Shaklee

Semakin lama berkenalan lanjut dengan rangkaian produk dan suplemen Shaklee, hadiri kelas nutrisi dan dapat bimbingan dari upline dan nutritionist, akhirnya beli Set Jerawat Batu yang sebenar..

Ada 4 suplemen dalam set ni. Semuanya ada fungsi masing-masing untuk masalah jerawat batu yang saya alami. Saya ingat saya konsisten selama 2 ke 3 bulan je masa hujung tahun 2017 dan awal 2018, lepas tu masalah bengkak-bengkak bawah kulit tu memang dah tak ada. Jerawat biasa ada timbul juga tapi biasalah hanya muncul bila dalam tempoh-tempoh terdekat period, which is jerawat normal.

Masa jerawat batu nak resolve tu, ya Tuhan rasa bersyukur sangat!

Rasa terharu sebab akhirnya ada juga penyelesaian jerawat batu ni..

Okaylah, jom saya bagitau apa yang ada dalam Set Jerawat Batu Shaklee ni ye yang saya amalkan untuk hilangkan jerawat batu saya tu.

1. Garlic Complex

pengalaman jerawat batu
RM56.25, Tahan 1 bulan kegunaan

Garlic atau bawang putih memang ubat tradisional dan terkenal dengan sifat antibiotik semulajadinya, yang mana item yang sangat perlu untuk melawan masalah jerawat. Kalau anda pergi ke doktor kulit pun mereka akan bagi antibiotik dan suruh habiskan dalam tempoh tertentu 3 ke 5 bulan.

Sifat antibiotik ia akan hapuskan bakteria jerawat pada kulit kita. Bakteria ni yang menyebabkan jerawat membengkak dan merah-merah tu, yang kita panggil keradangan kulit telah berlaku.

Lagi yang bagusnya pasal Garlic ni ialah ia bertindak juga sebagai pencuci darah dari toksin. Pernah dengar orang kata masalah jerawat ni mungkin sebab darah kotor? Yes betul, toksin pun boleh menyumbang pada masalah jerawat.

2. Omega Guard

pengalaman jerawat batu
RM136.25, Tahan 1 bulan kegunaan

Omega Guard ni sejenis minyak ikan. Ia memang kategori lemak tapi adalah jenis lemak baik.

Kegunaan Omega Guard dalam masalah jerawat batu ialah ia akan kurangkan keradangan di bawah kulit. Maksudnya bila amal makan ni memang akan susah nak jadi bengkak-bengkak merah bawah kulit tu. kalau jerawat batu yang sedia ada pun, ia akan jadi cepat sangat kecut.

Item ni adalah item yang paling saya suka sebab cepat giler jerawat nak kecut hehe

3. B Complex

pengalaman jerawat batu
RM58.75 sebotol, Tahan 4 bulan kegunaan.

Disebabkan faktor utama jadinya jerawat batu ialah ketidakstabilan hormon dan hormon-hormon dalam badan kita ni pula cukup kacau-bilau bila kita stress, makanya pengambilan B Complex ni amat-amatlah penting tau.

Vitamin B dapat kurangkan stress, jadi bila kita kurang stress tak adalah possibilities untuk jerawat batu selalu menyerang.

Pengalaman saya sendiri saya ni memang mudah stress. Bila amal B Complex ni rasa relaks sikit dan mood pun okay tak mudah swings hihi.

4. Sustained Released Vita C Plus

pengalaman jerawat batu
RM97.50, Tahan 2 bulan (untuk kes jerawat batu)

Vitamin C sangat sinonim dengan kulit cantik. Memang betul tapi untuk tujuan jerawat batu ni, saya ambil Vitamin C supya imun badan jadi lebih kuat. Pertama, ia dapat melawan oxidative stress dalam badan yang disebabkan oleh stress luaran selain B Complex yang dah membantu tadi. Kedua, Vitamin C boleh bantu lawan serangan bakteria jerawat pada kulit juga. Pendek kata, ambil vitamin C sebab nak bagi imun badan lebih kuat melawan faktor-faktor penggalak jerawat batu ni.

Jadi memang 4 item ni saya konsisten selama 2 ke 3 bulan. Makan setiap hari tanpa gagal, supaya boleh nampak kesan yang terbaik. dan Alhamdulillah kesan memang baik sangat-sangat πŸ™‚

Jumlah harga set ni ialah RM348.75 tapi ada tahan 2 bulan ada yang tahan 4 bulan, which is agak jimat sebenarnya.

Kalau katakan anda nak konsisten selama 4 bulan anda akan perlukan 4 botol Omega Guard, 4 botol Garlic Complex, 2 botol Vita C dan 1 botol B Complex. Jumlah harga selama 4 bulan ialah RM1023.75, kos sebulan akan jatuh RM255.95 – masih berbaloi-baloi dengan hasil bebas jerawat batu + badan bertambah sihat. Hee

Well, facial treatment atau spa kat luar nuu pun harga lebih kurang macam ni kan..

Apa Pun Kaedah Penyelesaian, Jangan Tunggu Hari Esok..

Mula hadapi masalah jerawat batu pada penghujung 2009 dan hanya setel awal tahun 2018 memang suatu tempoh yang lama huhu. Jadi saya nasihatkan siapa yang ada masalah macam saya, tolonglah jangan bertangguh untuk selesaikannya ya. Tak kisahlah anda nak guna cara mana satu tapi pastikan ikhtiar untuk segera selesaikan masalah jerawat batu ni.

Jangan bertangguh ye. Saya pesan ni bukan sebab apa tapi ini dari pengalaman sendiri – jerawat batu akan effect keyakinan diri kita dan buatkan wajah penuh dengan parut. So sayangilah kulit wajah anda sebelum terlambat.

Ubah Tabiat Buruk untuk Kekal Bebas Jerawat Batu

Disebabkan jerwat batu ni adalah masalah hormon yang tidak seimbang, of course ia akan berulang lagi seiring dengan ketakstabilan hormon dalam badan kita. Mustahillah dalam hidup ni kita nak terlepas dari stress betul tak. Jadinya, amalan-amalan lain adalah amat perlu untuk terus bebas dari masalah jerawat batu.

pengalaman jerawat batu
Tarikh: 11 November 2018. Masa ni saya sedang hiking di Gunung Semanggol, cuma sempat tepek SPF50 je. Kalau perasan, ada jerawat dekat kening sebelah kiri sebab masa ni hormon agak tak stabil since dah nak dekat zon merah hehe

Apa yang saya amal selepas tu hingga kini ialah:

  • Kurangkan makanan tinggi gula, berlemak, berminyak dan goreng-gorengan. Kalau nak tahu makanan jenis ni akan menggalakkan keradangan, lepas tu akan mudah jadi jerawat batu. Kalau tak percaya, korang cuba la lepas makan mesti mencanak-canak jerawat naik, hehe
  • Rutin tidur awal. Tidur yang tak menentu buatkan badan jadi stress sebab tak cukup rehat. Jadi saya pastikan sebolehnya saya tidur awal setiap malam. Lagipun bila tidur awal ni bolehlah bangkit lebih awal dan qiammullail kanΒ  πŸ™‚
  • Banyakkan memakan sayur dan buah-buah. Kalau makanan bergula dan berlemak tu boleh galakkan keradangan, sayur dan buah pula adalah sebaliknya. Kena makan banyak untuk hindarkan breakouts ye.
  • Hands off! Geram jerr bila pandang cermin nampak jerawat kat muka betul? Tapi awas, berpantanglah dari memegangnya apatahlagi mengutilnya hihi
  • Rutin penjagaan muka. Cara mencuci muka pun ada step nya, jadi jangan langgah suka hati, be consistent supaya result pun cepat nampak.

Okay rasanya itu aje. Kalau korang ada idea lagi komen jer kat bawah ye. Kita kongsi pengalaman masing-masing yang bermanfaat insyaAllah.

Lepas Jerawat Batu Setel, Baru Fikir Pasal Parut Pula

Kesilapan awal saya dulu masa kenal dengan suplemen Shaklee mungkin ialah saya nak result cepat. Makan ESP dan espect masalah jerawat batu ni boleh gone sekelip mata. Aduhaii noob sangat hehe

Saya faham kalau anda pun fikir benda yang saya. Memanglah semua orang nak masalah setel dengan cepat kan, that is why ada antaranya yang terjebak dengan skincare merkuri sebab nak putih cepat huhu. Tak boleh nak salahkan sesiapa sebenarnya dalam hal ni, sebab ni memang fitrah manusia..

Makan ESP memang akan cepat pudarkan parut tau. Tapi masalahnya bila parut lama nak hilang tiba-tiba jerawat batu menyinggah, kemudian end up dengan parut baru. Makan ESP lagi biar parut hilang tapi jerawat batu keep coming dan buat parut baru. So sampai bila nak setel haa?? Hahaha.. pardon my mistake.

Langkah betul yang saya ambil kemudian ialah consume set jerawat batu, kemudian baru add up dengan Collagen Powder dan Youth Skincare untuk setel masalah parut dan mencantikkan kulit seterusnya. Jadi sekarang (saat artikel ni ditulis) memang dalam fasa memudarkan parut dan tona kulit..

So nasihat saya pada anda berdasarkan pengalaman jerawat batu ni,Β  please setelkan dulu hal jerawat dulu ye. Lepas tu baru kita ke next step untuk pudarkan jerawat pula. Unless, anda ada bajet yang besar amat untuk setelkan jerawat, parut dan bagi kulit flawless sekaligus then boleh je beli combo set kulit yang pernah saya kongsi dalam artikel sebelum ni.

Tapi bagi yang mungkin kurang bajet, beli set jerawat batu shaklee je dulu. Cuba selesaikan satu-satu okay.

Saya confuse.. nak makan suplemen ke nak tukar skincare..

Mungkin ada yang terfikir pasal ni.

Pendapat saya, dalam hal jerawat batu faktor hormon ialah puncanya which is datang dari dalam badan kita. Jerawat batu kes dia special sikit berbanding jerawat lain sebab berlaku bengkak keradangan tu jauh di bawah kulit. Kalau tukar skincare pun ia hanya boleh bantu elak faktor-faktor luar bukannya dalaman badan kita. Jadi ambil suplemen adalah cara terbaik.

Kalau anda ada pengalaman refer ke doktor tentang masalah jerawat, well biasanya doktor pun at least akan bagi ubat antibiotik dan certain pills yang like orang mengandung tak boleh ambil (pasal ni nanti kita kupas lagi dalam entry lain ye). selain tu doktor pun akan cadangkan pencuci muka yang berubat. So sebenarnya nak setel masalah jerawat ni memang perlu tackle kedua-dua masalah luaran dan dalaman badan ye.

Macam saya, saya amat suka pendekatan suplemen Shaklee sebab bahannya yang semulajadi, testimoni-testimoni yang berkesan dan syarikat yang well established tanpa sebarang rekod buruk langsung.

Akhir kata, tak kisah lah anda nak amal suplemen mana satu atau skincare jenama apa tapi pesanan saya please bertanggungjawab dengan pilihan yang anda buat. Pilihlah produk yang terbaik untuk diri dan jangan mudah-mudah terpengaruh dengan dakyah duta yang cantik mulus tu sangat padahal diorang memang cantik dah sebelum jadi duta pun hihi

Kaji sebelum pilih. Simple.

pengalaman jerawat batu
Lagi.. close up gambar terkini 2 Disember 2018 lepas hiking. Memang tak flawless mana tapi jerawat batu dah tak menghantui..yay!

Semoga cerita tentang pengalaman jerawat batu saya ni membantu anda!

Oh ya, dalam artikel ni memang saya tak masukkan gambar yang bermekap berias bagai ye. Pertama, sebab saya memang jenis tak mekap hehe, paling tidak pun apply compact powder dan calit lip balm aje. Alasan kedua is supaya anda boleh nilai sendiri kesahihan keadaan kulit saya yang semakin membaik insyaAllah.

Nak sembang lebih? Boleh je. WhatsApp saya di 01136198300 untuk kongsi pengalaman anda pula, atau nak minta pendapat pun boleh apa salahnya πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge