pengalaman menggunakan youth

Pengalaman menggunakan Youth Skincare Daripada Shaklee (Part 2)

Ikutkan artikel terdahulu, saya kongsikan perubahan kulit wajah saya selepas menggunakan Youth Skincare selama 2 bulan. Kali ini saya mahu sambung semula perkembangan kulit wajah saya. Pengalaman menggunakan Youth Skincare kini telah menginjak 19 bulan tau, tak terasa!

Tapi sejujurnya, 6 bulan pertama penggunaan tu saya tidaklah begitu konsisten menggunakan Youth.. my bad ๐Ÿ™

Saya sejenis sibuk juga, balik mengajar pun sudah lewat malam. Jadi kalau rasa rajin tu baru nak tepek Youth hehe.

Tapi setahun terakhir ini (sehingga artikel ini ditulis, November 2019), saya memang cuba konsisten menggunakan Youth. Supaya nampak kesannya yang lebih ketara.

Pengalaman Menggunakan Youth Skincare

Tanpa membuang masa, jom lihat beberapa keping gambar yang saya kongsikan dalam artikel kali ini.

pengalaman menggunakan youth skincare
Tarikh: 25 Febuari 2019

Ha yang ini adalah gambar outdoor, memang nampak struktur sebenar kulit. Tabiat saya ni kalau nak tangkap gambar mesti akan gunakan real mode camera satu dan ulang tangkap dengan filter mode satu hehe. Bukan apa, sebab sengaja nak buat perbandinganlah.

Lihat, jerawat nampak ketara di bahagian bawah muka kan. Haish benci, hahaha! Sebenarnya waktu ini memang wajah breakouts teruk juga akibat stres dan hormone cycle yang tak menentu.

pengalaman menggunakan youth skincare
Tarikh: 31 Mac 2019

Ini pun gambar outdoor. Jerawat nampak ketara lagi di bahagian bawah muka. Ada cheat sikit gambar ni, sebab saya pakai compact powder. Tapi sudah pakai pun, masih tak dapat tutup jerawat]. Guna kamera dengan filter mode pun jerawat masih jelas, aduh..ย  ๐Ÿ™„

pengalaman menggunakan youth skincare
Tarikh: 13 Mei 2019

Gambar ke-3 ini, memang bare face sahaja sebab baru lepas solat. Filter mode memang menipu dengan sempurna eh macam sebelah kanan tu, hahaha!

pengalaman menggunakan youth skincare
Tarikh: 30 Jun 2019

Yang ini pula snap dalam kereta, pencahayaan terang dan jelas. Wajah agak kusam masa ni, actually saya lapar lolย  ๐Ÿ˜†

pengalaman menggunakan youth skincare
Tarikh: 28 Ogos 2019

Ini juga gambar outdoor. Struktur kulit sudah semakin okay tak? Kan kan, hehe.

pengalaman menggunakan youth skincare
Tarikh: 16 Oktober 2019

Seingat saya, ini juga gambar bare face. Lepas solat Asar di Masjid, saya tergesa-gesa nak pergi mengajar pelajar hometuition jadi tak sempat nak dap-dap bedak sedikit pun. Macam mana, my skin seems better right?

pengalaman menggunakan youth skincare
Tarikh: 3 November 2019

Ini gambar close up terbaru. Abaikan jerawat seketul dekat hidung tu ya. Maklumlah, kalau sudah nama perempuan ni, paras hormon memang berubah-ubah. Timbul jerawat sekali-sekala tu memang lumrah kalau jenis acne-prone macam saya ni, lagi-lagi masa ‘zon merah’ hehe.

Tapi, cuba perhati struktur kulit saya yang lainnya. Nampak lebih bersih kan? Tona kulit jadi sekata. Yang paling best, filter modeย nampak lebih kurang je dengan real mode. Kan kan kan? Yay or nay? Haha, harap tak perasan sendirilahย  :mrgreen:

Apa pun, anda boleh nilai sendiri okay.

Yang saya perasan, kulit makin bersihlah dari sebelum ini. secara keseluruhan, parut jerawat masih ada, tapi memang sudah berkurang banyak. Harap-harap tak syok sendiri lah kan hihi.

Bab liang pori, walaupun nampak agak jelas since memang genetik asal saya begini tapi sejak-sejak ber-Youth, besarnya tu sudah nampak kurang ketaralah setakat yang saya rasakan sendiri. Masalah wajah berminyak pun sudah jarang tau.

Berapa Lama Nak Nampak Kesan?

Selalu orang bertanya begini pada saya. Secara jujur, saya susah nak menjawab. Setiap orang memang berbeza dari segi tempoh nak nampak kesan dengan Youth Skincare.

Nak tahu kenapa?

Sebabnya ialah gaya hidup setiap orang berbeza. Tempoh tidur, tahap stres, dan jenis pemakanan akan mempengaruhi cepat atau lambat kesan Youth, sebab semuanya ada kesannya terhadap pembaikan kulit.

Ditambah pula dengan tahap penyerapan nutrisi oleh badan masing-masing. Youth adalah skincare yang dilengkapi dengan nutrisi baik pada kulit. Ada orang yang penyerapan nya sedikit lambat, sebab itu mereka akan dapat kesan yang sedikit lambat (macam saya sendiri, hehe).

Selain itu, ada juga faktor usia. Semakin bertambah usia, keupayaan kulit untuk renew adalah semakin lambat. Jadi, tak boleh jangka semua pengguna akan dapat kesan baik selepas tempoh penggunaan yang sama ye, no no no. Age does matter!

Tapi apa yang saya boleh katakan, berita baiknya semua orang akan dapat kesan yang baik apabila konsisten dengan penggunaan Youth, yeah! Jadi, Youth bagi saya memang berbaloi!

Boleh lihat testimoni pengguna lain yang berbeza kesan pada kulit wajah di sini.

Dapatkan Youth Skincare

Macam mana, lepas tengok gambar-gambar transformasi kulit wajah saya, ada yang nak cuba Youth tak? Hehe

Kalau siapa pernah baca Part 1, mesti tahu berapa berbezanya gambar pertama (Mac 2018) dengan yang terbaru ini (November 2019). Sungguh, jauh beza! Hahaha

Well, siapa taknak cantik kan? Walaupun saya tidaklah obses mana nak cantik, tapi masih lah concern pasal kulit wajah yang bermasalah pelbagai tu โ€“ jerawat, parut, pori besar, tona tak sekata dan struktur yang kasar. Haishh, memang keyakinan diri boleh drop tau!

Saya bersyukur ada Youth Skincare. Pengalaman menggunakan Youth Skincare bukan setakat menjaga kulit daripada kekotoran semata, tapi dapat bonus struktur kulit makin membaik. Mestilah happy giler!

Ada yang nak cuba Youth Skincare di sini? Perfect time! Sekarang sudah ada Trial Set Youth Skincare tau, sila dapatkan satu okay! WhatsApp saya untuk pertanyaan!

25 comments

  1. uih nampak banyak gak beza lepas guna Youth Skincare tu ye.Tapi kena konsisten dan disiplin la kalau bab2 skincare ni.Kalau sejenis pemalas,jgn mimpi nak skin cantik hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge