pengalaman menggunakan youth

Pengalaman Menggunakan Youth Skincare daripada Shaklee

Youth Shaklee: Membongkar Testimoni Sendiri

Ini cerita saya tentang pengalaman menggunakan Youth Skincare. Iyelah, asyik tengok testimoni orang lain aje kan bila nak keluar testimoni sendiri pula hehe.

Bagi yang belum tahu, Youth Skincare adalah produk jagaan muka yang baru Shaklee lancarkan di Malaysia pada 1 Mac 2018 yang lalu. Youth Skincare ni sekaligus menggantikan 2 skincare Shaklee sebelum itu iaitu Enfuselle dan Nutriwhite.

Pengalaman menggunakan Youth Skincare adalah pengalaman yang sangat manis untuk saya. Manis sebab apa ya? Manis sebab hasilnya seindah khabar lah! ๐Ÿ˜‰

Pengalaman Menggunakan Youth Selama Sebulan

Sejujurnya saya memiliki kulit yang acne prone. Pantang silap apply krim kat muka, tidur lewat ataupun tak jaga makan memang lepas tu jerawat akan menjengah. Penghujung 2017 adalah detik yang menggembirakan saya sebab masalah jerawat batu memang surut habis. Boleh baca tentang pengalaman saya dengan set jerawat batu Shaklee bagi yang nak tahu ya.

Masalah jerawat biasa dan jerawat batu yang kerap berulang saban bulan menyebabkan kulit muka saya penuh dengan parut dan jadi kasar. Sebab itu pada mulanya saya memang amal set jerawat / jerawat batu Shaklee untuk setelkan masalah utama dulu sebelum berusaha hilangkan parut pula.

Bukan sahaja parut, kulit jadi kasar dan kusam juga. Pori kulit muka bukan main besar lagi. Memang keyakinan diri sangat-sangat drop huhu. Tapi Alhamdulillah sangat bersyukur sebab keras bengkak bawah kulit akibat jerawat batu dah takde tau, yay!

Apapun, saya memang berhasrat supaya kulit saya jadi lebih sihat dab flawless. Siapalah taknak kulit cantik kan. Hihi

Awal Perkenalan

Sewaktu tahu anti-aging Youth Skincare akan dilancarkan memang saya sangat teruja. Nak-nak pula bila tengok testimoni dari US. Lagi teruja bila keluar pula testimoni orang Malaysia sendiri semasa pelancaran 1 Mac hari tu. Uii yang parut jerawat berlubang pun jadi licin kulitnya tau! So there is hope pada saya sendirilah hehe.

Harga Yang Mahal atau Berbaloi?

Semasa pelancaran, memang harga Youth Skincare dikatakan amat-amat murah, ia drop sehingga 60%. Wow sangat kan!

Tapi masalahnya yang harga runtuh 60% off tu pun saya rasa masih mahal hihi. Bukan sebab apa, tapi sebab saya adalah orang bergaji biasa-biasa sahaja, selain saya tak pasti sama ada belian saya ni akan berbaloi atau tidak. Buatnya hasil tak sebanding harga macam mana pula kan? Huhu

Tapi apa yang membuatkan saya turn untuk beli juga Youth Skincare adalah kerana percaya kepada prestasi Shaklee yang sudah berusia lebih 100 tahun dengan kepakaran mereka dalam bidang nutrisi sihat. Lagipun Youth sudah dibuat kajian selama 8 tahun pun, malah ada ujian klinik lagi. 7 sebab penuh mengapa saya beli Youth Shaklee boleh baca di entry ini ye.

Jadi fikir punya fikir saya pun beli set penuh Youth Skincare melalui mentor saya pada pertengahan Mac iaitu bulan sama pelancaran.

Orang kata harga skincare yang mahal tentunya berbaloi dengan kualiti dan kesannya. Okay, i’m looking for the truth of quote soon. Hehe

Pengalaman Pertama

Tarikh 1 April, saya mula apply basic set Youth Skincare yang terdiri daripada clenaser, toner, serum dan moisturizer. Ada lagi 2 item tambahan yang saya belum guna iaitu krim malam dan Radiance C&E. Masa tu takut juga kalau-kalau tak serasi dengan kulit, jadi apply yang basic saja dulu.

Salah Masa dan Cara Guna

Saya macam biasa bila guna pencuci muka mesti akan letak di tapak tangan lepas tu buihkan dengan air sebelum gosok-gosok sepenuh muka. Pelik sangat bila buat benda yang sama untuk Youth Cleanser aii tak berbuih pun dia. Lepas bilas dengan air tengok muka sendiri kat cermin rasa macam tak cuci muka pun ada. Hahaha… Silap cara guna rupanyaย  ๐Ÿ™„

Dalam tempoh seminggu awal penggunaan Youth tu memang saya rasa tak selesa macam tak cuci muka. Pakai moisturizer pun rasa berminyak betul muka sebab silap kuantiti juga tu..huhu

Wajah saya memang breakout dalam tempoh seminggu tu. Agak frust tau..

pengalaman menggunakan youth
Saya yang di sebelah kiri. Gambar ini semasa Youth Party 8 April yang lalu..

Alhamdulillah, lepas sertai Youth Party pada 8 April, saya pun sedar yang teknik saya apply Youth selama ni adalah salah. Sebab tu no wonder kulit jadi breakout. Nak-nak lagi masa tu memang dalam zon untuk period cycle bermula. Kesimpulannya, punca breakout adalah sebab faktor hormon dan kesilapan menggunakan Youth. Hehe kelakar bila diingatkan kembali, rasa nak ketuk kepala sendiri tau, haha!

Bila dah tau teknik yang betul barulah cleanser ada buih (walaupun tak banyak, sebab ia jenis soap free), tapi jangan risau sebab kulit tetap dicuci bersih dan kesan pun cepat je nampak.

Masuk minggu kedua, saya dah mula apply krim malam Youth juga sebelum tidur. Kuantiti yang betul untuk setiap produk memang saya ikut betul-betul macam panduan di Youth Party tempoh hari.

Semakin Hari Semakin Baik

Bila dah tau rutin yang betul dalam menjaga kulit, pengalaman menggunakan Youth Skincare jadi sangat best untuk saya! Bayangkan setiapkali cuci muka atau bangun pagi lepas apply krim malam mesti akan menghadap cermin nak tengok wajah sendiri. Mana taknya bila apply je Youth, kulit pipi rasa lembut je hehe. Jadi obses dengan wajah sendiri dan hari-hari senyum depan cermin, haha!

Dan fenomena pelik ni rupanya bukan saya seorang yang rasa. Rakan-rakan yang lain pun sama rupanya, hehe.

Kira okaylah kan, bermaksud pengalaman menggunakan Youth Skincare bukan sia-sia sebab memang hasilnya bagus dan cepat pula.

Nah gambar saya semasa saya belum menggunakan Youth Skincare bulan lepas (April 2018).

pengalaman menggunakan youth

Di bawah ini pula sudah hari ke-11 penggunaan. Nampak kesan lebih baik tak? Ada perbezaan kan?

pengalaman menggunakan youth

Dan, ini pula wajah saya baru-baru ini bertarikh 18 April 2018, bermaksud hari ke-18 sudah. Bertambah baik, ye kan?

pengalaman menggunakan youth

Tengoklah kesan parut semakin berkurang. Parut berlubang pada pipi pun dah kurang dan makin licin strukturnya kan? Manalah saya tak sayang Youth Skincare ni kan ๐Ÿ˜ณ

Betullah orang kata, Youth Skincare memang 100% berkesan. Ini berdasarkan kajian klinikal Shaklee sendiri ya, bermaksud siapa saja yang menggunakan Youth Skincare PASTI ada perubahan baik pada kulit mereka. Saya sendiri sudah menjadi buktinya ๐Ÿ˜‰

Rahsia Pulih Parut Berlubang

Kalau ikutkan parut berlubang ni hanya boleh dibaiki dengan rawatan laser yang memang mahal harganya. Alhamdulillah dengan pengalaman menggunakan Youth Shaklee selama kurang 2 bulan sahaja, parut berlubang pada pipi saya kian pulih. Rasa nak lompat bintang je tau! Kalah nak ikutkan, kos membeli Youth Skincare adalah jauhhhh lebih murah daripada 1 kali rawatan laser. Jadi ia sangatlah berbaloi bagi saya sendiri. Walaupun kesan Youth lambat sedikit berbanding laser.

Well, parut berlubang ni boleh setel semata-mata Youth Skincare ke? Ya mungkin benar, tapi dalam kes saya, saya amalkan pengambilan Shaklee Collagen Powder sama untuk mempercepatkan proses pemulihan tersebut.

Kelebihan Shaklee Collagen Powder

Bila sebut kolagen, ramai tahu kan kebaikannya untuk kulit? Kolagen akan buatkan kulit jadi lebih anjal, lembut dan tegang tanpa kedut. Ia juga akan baiki struktur kulit yang kasar.

Parut jerawat berlubang ni perlukan protein yang lebih atau lebih tepat lagi kolagen untuk baiki semula permukaan kulit yang berlubang tu. Sebab itulah proses pemulihan parut berlubang saya jadi sangat cepat dengan bantuan Collagen Powderย  ๐Ÿ˜†

Gabungan Youth Skincare dan Shaklee Collagen Powder sememangnya sangat bagus untuk pulihkan masalah parut berlubang macam yang saya alami ni.

Beast to Beauty

Alhamdulillah, walaupun wajah saya belum lagi flawless sangat tapi saya sangat bersyukur yang wajah saya kian baik dan sihat. Ia nampak glowing dan makin bersih.

pengalaman menggunakan youth
Tadaaa.. from Beast to Beauty? hehe

Lagipun kesan sebegini didapati dalam tempoh kurang 2 bulan pengalaman menggunakan Youth, ia suatu tempoh yang cukup singkat untuk perubahan yang begini baik! Tak begitu?

Dan bayangkan apa kesannya jika penggunaan selama 3 bulan, 6 bulan dan setahun akan datang? Tak ke kulit saya makin flawless? Hihi tak sabarrr.

Naked truth, Youth is Hope! Harapan untuk beast menjadi beauty hehe.

Bagi yang mengalami masalah seperti saya iaitu parut akibat jerawat dan jerawat batu, saya sangat syorkan untuk anda mencuba Youth Skincare ini. Anda mesti akan puashati seperti saya juga :heart: Hubungi saya di talian 011-36198300 atau terus WhatsApp saya sahaja untuk pertanyaan atau nak beli Youth ya.

 

Baca Selanjutnya: Youth Skincare Shaklee | 14 Soal Jawab Lazim

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge