pengedar shaklee taiping cod shaklee taiping 1

Siapa Saya | Pengedar Sah Shaklee Kawasan Semanggol, Kamunting, Taiping, Bagan Serai dan Sekitar

Pengedar Sah Shaklee

Pengedar Sah Shaklee | Hai. Nama saya Zaleha. Nama penuh ialah Zaleha bt Mohamad Saidin. Atau nama glemer ialah Jaja Zaleha, hehehe

pengedar sah shaklee

Saya berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari UTM Skudai Johor, 2010. Selepas graduate saya bekerja di sebuah company membuat medical gloves di Perak selama hampir 4 tahun sebelum menyambung pengajian dalam bidang yang saya minati dari kecil iaitu Perniagaan di OUM Kuala Lumpur. Selepas itu, saya bekerja sendiri dengan menawarkan servis hometuition di sekitar Semanggol, Kamunting, Taiping dan Bagan Serai di negeri Perak untuk subjek Sains dan Matematik peringkat sekolah rendah dan menengah. Saya sukakan kerja tutor ini, dan Alhamdulillah masih setia dengan hometuition hingga saat ini (2019).

Saya mula kenali Shaklee mungkin seawal 2015. Ketika itu saya rajin scroll Facebook, ada seorang bekas rakan sekolah dahulu yang selalu share tentang vitamin-vitamin kecantikan Shaklee. Seronok baca perkongsian beliau sambil mengikuti Shaklee Effects yang beliau sendiri dapat. Lawa dia baq hangg 😀

Ahli Shaklee Merangkap Mahu Berbisnes

Pada 29 Mac 2016 saya mendaftar sebagai Ahli Shaklee di bawah saudari Farha Maskuriy (ibucergas.com), iaitu seorang ibu kepada 4 anak, masih bekerja pejabat 8-5 dan dalam masa yang sama sudah memperoleh 5 angka pendapatan dari bisnes Shaklee. Saya teruja! Beliau seorang wanita yang hebat dan inspirasi utama saya di dalam bisnes Shaklee ini. InsyaAllah, saya mahu mengikut jejak langkah jayanya!

apabila mendaftar dan saya buat keputusan untuk berbisnes Shaklee, maka kini saya adalah pengedar sah Shaklee.

Jual jual jual. Itu yang ramai orang faham tentang bisnes macam Shaklee nie kan?

Tapi ramai yang tidak tahu ada ramai jutawan senyap di dalamnya!

Benar.

pengedar sah shaklee

Bisnes Shaklee bukan bisnes biasa-biasa tau. Ia ada sistem hebat yang membolehkan seseorang memperoleh pendapatan tanpa had. Ini benar! Saya melihat sendiri bukti di depan mata. Kawan Facebook saya tu sehingga sekarang sudah memiliki banyak rumah yang dibeli secara tunai!

Bukan setakat jual-jual vitamin semata, tapi perlu juga membimbing usahawan baru yang berminat dan menikmati bonus-bonus lain, selain untung runcit. Sebab itulah, peluang pendapatan akan jadi tidak terhingga. Siapa berusaha pasti mendapat, setuju?

Kalau ada antara pembaca, yang nak tahu lebih boleh sembang-sembang dengan saya di WhatsApp atau call sahaja ya. Saya berbesar hati berkongsi peluang bisnes yang mungkin ramai belum tahu dan faham bagaimana ia boleh memberi pulangan yang cukup besar ini. Nampak biasa-biasa, tapi luar biasa okay 😉

Jatuh Cinta

Tak kenal maka tak cinta.

Pada permulaan, sebenarnya saya agak skeptik.

“Betul ke Shaklee ni berkesan? Alah, penjual vitamin ni saja je suruh konsisten makan sebab nak suruh repeat order la tu. Mahal lah semua produk Shaklee ni. Betul-betul bagus ke?”

Skeptikal sangat. Sampailah saya mencuba sendiri vitamin dan suplemen yang saya rasa berkenan. Beli bukan sekaligus tapi sedikit-sedikit sebab masalah bajet, hehe.

  • ESP
  • SR Vita C Plus
  • Omega Guard
  • Herb-Lax
  • Alfalfa Complex
  • Collagen Powder
  • B Complex
  • Garlic Complex
  • Herbal Blend
  • Pencuci Serbaguna Basic H2
  • Shampoo Prosante
  • Youth Skincare

And guess what? Walla, saya suka semuanya hahaha!

pengedar sah shaklee

Semuanya ada effects baik tersendiri. Masuk bab harga, saya akhirnya faham. Harga sesuatu barang memang sepatutnya mesti sebanding dengan nilainya. Nak tahu berbaloi atau tidak, pengguna yang bijak pastinya melihat pada nilai dan kualiti sesuatu barang berbanding harganya semata. Dapat barang yang berkualiti dan bagus dengan harga yang murah, pastinya suatu bonus – tapi kita pula akan fikir macam ada tak kena sahaja, bukan?

This is Shaklee. Produknya diperbuat daripada bahan semulajadi, ia telah dikaji bertahun-tahun sebelum mula dipasarkan kepada pengguna. Kebanyakan produk dipatenkan supaya hak produk dan kajian tersebut hanya eksklusif untuk Shaklee. Dalam erti kata mudah, korang takkan jumpa effects yang sama bila makan suplemen selain dari jenama Shaklee sebab formulasi Shaklee tak boleh ditiru oleh mana-mana syarikat. Ia menjadi kesalahan di sisi undang-undang kerana pemilikan paten tadi.

Kesan bila makan protein shake ESP Shaklee takkan sama dengan protein Shaklee jenama lain. Takkan. Walau dua-dua tu diperbuat daripada soya.

Selamat Datang new Shaklee lovers

Korang baru kenal Shaklee? Semoga Shaklee dapat membantu korang untuk hidup lebih sihat okay. Ingat, supplement wisely 😉

 

Salam Sayang,

Jaja Zaleha

(Shaklee ID: 1227002)

Semanggol, Perak

 

Baca: Pengedar Shaklee Taiping dan Senarai Perkhidmatan COD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge