penyakit batu karang

Penyakit Batu Karang | Hati-hati Bila Ada 11 Tanda Awal Ini

Penyakit batu karang adalah penyakit di mana terdapat batuan mineral terbentuk di dalam sistem urinari manusia iaitu bermula dari organ ginjal (buah pinggang), ureter, pundi kencing dan uretra.

penyakit batu karang
Sistem Urinari Manusia

Risiko Penyakit Batu Karang

Mengikut laman kesihatan Portal MyHealth, kehadiran batu karang boleh menyebabkan halangan semada di buah pinggang dan organ-organ lain dalam sistem urinari. Halangan ini membuatkan rasa sakit dan kesukaran membuang air kecil. Selain itu, jangkitan kuman juga mudah terjadi kerana bakteria yang terdapat pada batuan tersebut. Halangan dan jangkitan akan membebankan buah pinggang dan berisiko merosakkan buah pinggang selain boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Mohon dijauhkan!

penyakit batu karang
Gambar: Batu Karang di dalam Buah Pinggang

11 Tanda Awal Penyakit Batu Karang

Jom semak 11 tanda awal risiko mendapat penyakit batu karang (rujukan). Jangan ambil mudah ya, semoga dengan pengetahuan ini boleh membantu untuk rawatan awal dan langkah berjaga-jaga.

1. Rasa sakit pada belakang badan, terutama pada bahagian pinggang di mana kedudukan ginjal berada.

2. Selalu sakit pada bahagian bawah abdomen di mana kedudukan sistem urinari berada.

3. Darjah kesakitan yang datang tidak menentu, kadang sakit teruk dan kadangkala sederhana saja

4. Sakit semasa membuat air kecil / kencing.

5. Kencing kotor. Air kencing (urin) mungkin berwarna merah jambu, merah atau perang.

6. Air kencing keruh dan berbau.

7. Loya dan muntah-muntah.

8. Kerap buang air kecil.

9. Kencing tidak puas.

10. Demam dan menggigil jika terkena jangkitan.

11. Air kencing sedikit.

Tanda-tanda awal penyakit batu karang ini ialah petanda bahawa wujudnya batuan mineral dalam bahagian sistem urinari dan biasanya ditunjukkan apabila batuan tersebut dipindahkan dari satu bahagian ke bahagian lain, oleh aliran air kencing. Tapi jangan salah faham ya. Tanda-tanda ini mungkin ada persamaan dengan hal-hal lain juga yang mungkin tak ada kaitan pun dengan penyakit batu karang. Jadi cara terbaik ialah apabila semak dulu beberapa perkara ini dan berjumpalah doktor untuk pemeriksaan dan pengesahan lanjut.

5 Sebab Untuk Segera Berjumpa Doktor

Jangan buat andaian sendiri ya!

Baca pasal tanda-tanda batu karang saja tak cukup untuk diagnos diri ada penyakit tersebut okay. Kalau ada tanda-tanda pun, minta dijauhkanlah betul?

Ini 5 panduan bahawa anda memang patut berjumpa doktor untuk pengesahan, iaitu bila tanda-tanda tersebut semakin ketara!

1. Sakit bahagian pinggang dan abdomen yang teruk sehingga tidak boleh duduk dengan selesa.

2. Rasa sakit diikuti oleh loya dan muntah.

3. Sakit yang diikuti oleh demam dan menggigil.

4. Terdapat darah dalam air kencing.

5. Terdapat kesukaran membuang air kecil / kencing.

Dah semak tanda-tanda penyakit batu karang? Jikalau ada, cepat-cepatlah merujuk doktor ya. Jauh sekali meminta tapi semoga maklumat awal dapat mengelakkan kita dari risiko lebih buruk, mudahan.

 

Baca: Vitamin Untuk Kencing Kotor | Atasinya Sebelum Jadi Penyakit Batu Karang Yang Serius

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge