penyakit itp

Penyakit ITP | Ikhtiar Untuk Meningkatkan Bacaan Platlet Dalam Darah

Info Penyakit ITP

Penyakit ITP dalam istilah penuhnya ialah Idiophatic Thrombocytopenic Purpura adalah masalah dengan kekurangan trombosit dalam darah. Trombosit atau platlet adalah satu komponen dalam darah manusia yang berfungsi dalam pembekuan darah. Bila seseorang itu kekurangan platlet dalam darah mereka, boleh terjadi pendarahan dalaman, luka luaran menjadi lambat beku dan seseorang menghadapi risiko kehilangan darah yang melampau.

Penyakit ITP berlaku bila paras platlet adalah do bawah 15,000 per mikroliter darah. Pengurangan ini terjadi kerana organ limpa menghasilkan antibodi yang anti platlet. Antibodi ini akan melekat pada platlet sebagai penanda untuk dihapuskan. Ia dikatakan sebagai kesilapan sistem limpa.

Ciri-ciri Penyakit ITP

Mengikut laman MayoClinic, ITP boleh menyerang kanak-kanak dan orang dewasa. Jika pada kanak-kanak, penyakit ini akan beransur pulih lama-kelamaan. Tetapi jika ia berlaku pada golongan dewasa, masalah mungkin akan berlanjutan.

Ada beberapa ciri bagi penyakit ITP, antaranya:

  • Badan mudah lebam.
  • Darah luka lambat berhenti.
  • Jika bagi wanita, darah haid menjadi banyak daripada normal.
  • Hidung dan gusi berdarah.
  • Terdapat darah dalam air kencing atau najis.

Digalakkan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan konsultasi sekiranya terdapat tanda-tanda ini ya.

Rawatan di hospital biasanya ialah tambahan darah, ubat steroid, immunoglobin dan mungkin juga pembedahan membuang limpa bergantung kepada tahp serius ITP tersebut.

Perlunya Bilangan Platlet Yang Normal

Risiko terburuk penyakit ITP ialah takut berlaku pendarahan pada organ terpenting kita iaitu otak.

Oleh itu, untuk mengatasi penyakit ITP ialah mesti mengembalikan kandungan platlet yang mencukupi dalam darah seseorang. Kadar platlet yang normal ialah di antara 150,000 hingga 450,000 bilangan per mikroliter darah. Sebab itulah jika rawatan di hospital akan dibuat pindahan darah supaya mencukupkan kembali kandungan platlet yang telah berkurang akibat penyakit ITP tersebut.

Suplemen Untuk Membantu Meningkatkan Bilangan Platlet dalam Darah

Selain mendapatkan rawatan moden di klinik dan hospital, pemakanan sihat dan pengambilan nutrisi yang betul adalaj antara ikhtiar yang pesakit ITP perlu ambil.

Ada beberapa pengalaman pesakit ITP yang telah berjaya meningkatkan paras platlet mereka ke paras normal asbab pengambilan minuman botani yang diberi nama Vivix ini.

Amaran: Vivix bukanlah ubat. Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos atau merawat sesuatu penyakit. Ia cuma makanan tambahan yang menyihatkan kerana kaya kandungan anti-oksidan. Penderita ITP seharusnya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan secara konsisten meskipun mengamalkan Vivix.

Pengalaman 1:

penyakit itp

Pengalaman 2:

penyakit itp

Pengalaman 3:

penyakit itp

 

Bagi yang ingin mendapatkan Vivix, boleh terus beli melalui laman web Shaklee. Boleh klik button di bawah untuk membuat sebarang pembelian. Jika anda memerlukan sebarang bantuan, boleh sahaja hubungi saya di talian 01136198300 selaku wakil pengedar Shaklee anda 😊

penyakit itp

 

Baca Selanjutnya: Cara Mengawal Gula Dalam Darah 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge