percutian bajet cameron highlands

Percutian Bajet Cameron Highlands | 12 Tempat dalam Masa 2 Hari 1 Malam

12 Tempat Menarik Cameron Highlands dari Simpang Pulai

5 dan 6 Mei yang lepas, saya dan keluarga telah bercuti ke Cameron Highlands. Walaupun tempoh 2 hari 1 malam agak singkat tetapi rasanya sudah cukup berbaloi bagi kami. Bukan hasrat nak berbelanja sakan, tapi cuma mahu luangkan masa bersama dan berjalan-jalan mencuci mata. Jadi bajet kami takdelah banyak mana pun..hihi. Nama pun percutian bajet Cameron Highlands kan. Cuma spend sedikit duit untuk bayar homestay 1 malam, belanja makan kos minyak kereta dan tol. Selebihnya Cuma bawa duit poket kalau-kalau teringin nak beli apa-apa. Itupun bab makan kami dah siapkan dari rumah, Cuma ada sekali dua je makan di luar masa dalam percutian tu masa sarapan hari kedua dan di RNR Sungai Perak semasa perjalanan balik.

Jimat habis percutian kami, haha! Well, percutian bajet Cameron Highlands katanya..

Mula Perjalanan Percutian Bajet Cameron Highlands

Lebih kurang 4.30 pagi hari Sabtu kami mulakan perjalanan masuk ke highway dari tol Kamunting / Ayer Putih. Hampir pulul 6 sudah exit tol Simpang Pulai, bawa pun steady je tak rush laju-laju. Suasana jalanraya lengang je tak ada kenderaan sangat subuh buta macam ni. Singgah sekejap untuk solat Subuh, kemudian terus bergerak ke Cameron Highlands.. seingat saya waktu masa tu dalam 6.30 pagi.

Jalan ke Cameron memang agak berliku, jadi dinasihatkan untuk semua berhati-hati ye dalam perjalanan. Selain jalan yang banyak selekoh, telinga pun asyik bengang aje sebab factor tekanan udara. Bawa perlahan-lahan dan akhirnya kami masuk ke sempadan Cameron Highlands, sebelum lepas tu singgah di Avant Chocolate & Ice Cream yang belum buka lagi hehe. Sebenarnya nak buka bekal sarapan nasi lemak yang prepare dari rumah lagi. Waktu masih awal, dalam 7.20 pagi waktu kami buka bekal.

percutian bajet cameron highlands

percutian bajet cameron highlands
Avant Chocolate & Ice Cream masih tutup
percutian bajet cameron highlands
Makan nasi lemak tapau dari rumah dulu

Sebelum mulakan perjalanan, saya dan abang memang sudah plan perjalanan kami supaya masa tak terbazir begitu saja dalam percutian kali ini. Plan persinggahan kami memang satu hala sahaja bermula dari Tringkap, Brinchang, Tanah Rata dan Ringlet kemudian berpatah balik ke Simpang Pulai. Jadi, ini dia senarai persinggahan kami mengikut turutan perjalanan.

Yang penting, semua tempat yang kami plan nak pergi ni menepati misi percutian bajet Cameron Highlands, which is boleh dikatakan semuanya free admission. hehe

1. Tringkap Market

percutian bajet cameron highlands

Ini adalah pasar tepi jalan je. Kami berhenti sekejap sebab nak tengok barang dan survey harga dulu. Tak membeli sangat di sini sebab baru hari pertama, cadangnya esok nak balik barulah nak borong banyak barang. Kalau tak nanti kereta penuh muatan pula kan.

2. Ee Feng Gu Bee Farm

percutian bajet cameron highlands
Di Ee Feng Gu Bee Farm

Ladang lebah ni besar sangat dan cantik! Cuma masa nak turun ke ladang tu ia terletak di kawasan bawah bangunan jualan madu. Kena turun dalam 2 tingkat ke bawah dari tapak parking kereta dan melalui satu kolam ikan yang bau boleh tahan busuk juga. Hihi mungkin sebab tak berganti air agaknya sebab tu air kolam Nampak kotor semacam dan berbau.

percutian bajet cameron highlands

Penat jugalah berjalan di ladang lebah ni dan memerhati banyaknya bunga-bungaan dan kota sarang lebah yang dipanggil hives. Saya rasa lebah ni jenis lebah kelulut sebab saiz dia kecil je. Waktu kami berjalan-jalan dalam taman ni memang tak terganggu pun dengan lebah yang banyak. So bagi yang bawa budak-budak jangan risau ye, sebab lebah di sini memang tak menggigit pengunjungnya insyaAllah.

Bayaran masuk percuma je.

Kami tak habis pun melawat satu ladang, sebabnya dah penat nak berjalan jauh-jauh.

Bila habis melawat, kami naik ke tingkat jualan yang ada jual madu stick, baju dan lain-lain cenderahati. Pakat semua nak cuba madu maka belilah madu stick pelbagai perisa tu; ada madu tualang, madu kelulut, madu berperisa durian dan macam-macam lagi. Kongsi-kongsi je, sebab kalau nak habiskan seorang madu stick tu memang lejen jugalah hehe. Saya lagilah tak tahan, rasa manis betul madu tu!

3. Orchid and Rose Garden

percutian bajet cameron highlands

Taman ni agak terlindung dari jalan besar, kena masuk ke dalam sikit. Kami gunakan GPS je untuk tunjukkan arah dan memang mudah je nak cari. Kalau nak masuk ke taman orkid dan ros di sini akan dikenakan yuran RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Kami tak masuk ke taman yang berbayar ni Cuma melihat-lihat sekitar kedai jualan je, pun dah cukup mencuci mata sebenarnya. Macam biasa, tangkap gambar banyak-banyak sebagai kenangan..

4. Cactus Point

percutian bajet cameron highlands

Paling best nak membeli kaktus dan pokok bunga rasanya di sini. Kawasannya besar, kemas dan ada pelbagai pokok dijual seperti kaktus dan pokok bunga-bungaan. Kakak saya sempat beli pokok lemon untuk dibawa balik sementara anak-anak saudara saya sibuk memilih kaktus comel seorang satu. Saya? Belum ada target nak dibeli di sini, hahah!

5. Big Red Strawberry Farm

Nama aje Strawberry Farm tapi banyak je pokok-pokok lain di sini macam sayur-sayuran dan bunga. Kalau berjalan kaki dari bawah memang akan jumpa banyak pokok-pokok tapi saya parking di level ladang strawberi, jadi dah tak teringat nak berpatah balik turun. Just naik ke atas sampailah ke cafe makanan sebelum turun semula ke tapak parking.

percutian bajet cameron highlands
Ada gaya ibu mithali tak..hehe

Apa yang mencabar saya di sini adalah semasa nak keluar dari tapak parking. Bayangkan banyak kereta yang beratur nak keluar di atas jalan yang menaiki bukit yang agak curam. Bukan sedikit juga kereta yang asyik terundur-undur susah nak naik. Bunyi kereta menderam usah cakaplah memang silih berganti haha! Kecut perut sangat saya masa tu. Jalan sehala je, memang tiada jalan lain lagi kalau nak keluar dari Big Red Strawberry Farm tu.

percutian bajet cameron highlands

Mujur sangat masa saya keluarkan kereta dari tapak parking jalan lengang pula. Apa lagi, terus press minyak dengan mode gear 1 aje terus pecut naik atas bukit, hihi. Alhamdulillah sangat. Tapi rupanya masa nak turun bukit pun mencabar juga sebab jalannya memang curam. Saya dah rasa macam bawa jeep di Bukit Larut pula jalannya..haha

Sabar dan tabah kunci kejayaan orang kata. Alhamdulillah, safely drive sampai bawah dan exit dari Farm tu. Seumur hidup pasti saya tak lupa betapa goyahnya hati ini..hihihi

6. Kg Sedia

Perkampungan Melayu yang usahakan ladang mereka sendiri di sini. Banyak homestay kat sini, jadi kalau yang datang dengan keluarga yang ramai bolehlah survey untuk duduk homestay kawasan sini. Selalu saya baca review di internet, penginapan homestay agak baik di sini.

Niat di hati sebenarnya nak mencuba Nasi Lemak Sambal Strawberry yang viral dari 200 Seeds Cafe di kawasan ni. Tapi tengok orang bersusunlah pula. Masa tu dah dekat masuk pukul 1  tengahari pun, tak sangka pula tengahari pun ramai orang juga makan nasi lemak. Menu lain mungkin ada jugalah kan. Makanya plan dibatalkan dan kita teruskan perjalanan seterusnya untuk isi masa senggang sebelum check in homestay pukul 2 nanti.

7. Hutan Lipur Kg Pauh

percutian bajet cameron highlands
Ada titi gantung di sini
percutian bajet cameron highlands
Air terjun yang tak terjaga dan kotor

Sebelum keluar dari Kampung Taman Sedia, terjumpa pula signboard hutan lipur ni, jadi kami singgah dulu nak tengok air terjun. Agak mengecewakan sebab hutan lipur sudah tak dijaga rupanya. Ada satu cafe tapi tak buka pun. Kawasan air terjun pun kotor aje. Kami sempat naik titi gantung dan jelajah pangkal hutan sedikit sebelum berpatah balik. Taman mainan yang ada pun dah semak dan berkarat. Tak pasti kenapa jadi macam ini, rasa sangat sayang..

Check In Homestay

Checked in di Wan Fyra Homestay di Apartment Royal Lily, Tanah Rata tepat pukul 2 petang. Rumah sangat selesa dan besar. Tilam dan selimut extra semua disediakan. Cumanya masuk mula-mula masuk tu kami agak kepanasan jadi ada yang mengeluh juga sebab tiada kipas disediakan. Apapun sekejap aje rasa panas tu, cuaca dah mulai sejuk lepas tu.

Selepas mandi dan solat, kami makan beramai-ramai bekal yang memang sudah sedia dibawa dari rumah. Ada 3 keluarga semuanya, jadi masing-masing bawa sedikit makanan dan lauk memang kenyang semua orang. Ada lauk ayam, paru, gulai ikan, roti dan buah. Bukan bekal makanan je yang dibawa, bekal air minuman pun bawa juga,hehe. Kenyang baq hang selepas seharian jalan-jalan sekitar Cameron tau.

Lepas waktu Asar, bersiap-siap nak ke Pasar Malam pula yang terletak di Golden Hills. Lebih kurang 5 minit perjalanan sahaja dari homestay kami.

8. Pasar Malam Brinchang

percutian bajet cameron highlands

Paling banyak dijual adalah barang-barang yang lebih kurang sama sahaja macam cenderahati, baju, sweater, jagung manis, strawberi dan lain-lain. Makanan siap ada juga tapi tak banyak contohnya macam kambing bakar, sotong goreng, udang goreng, air dan jagung bakar.

percutian bajet cameron highlands

Masa di sini, saya cuma beli pelekat magnet sebagai cenderahati untuk pelajar-pelajar saya nanti. Beli juga sotong goreng tepung sebab rasa dah terliur juga hehe. Adik pula belikan udang goreng tepung maka ngam sangat dah. Craving satisfied 😀

Balik dari pasar malam dah masuk waktu Maghrib pun, jadi semua bersiap untuk solat. Prepare makanan sikit untuk dinner. Mak gorengkan sayur yang dibeli di pasar malam tadi. Homestay yang sangat bagus sebab ada peralatan memasak semuanya. Baki lauk tengahari pun ada banyak lagi jadi just sumbat dalam peti ais dan panaskan balik untuk dinner kami malam tu.

Pukul 10 malam semua dah nak ‘syahid’ rupanya. Seorang demi seorang masuk tidur sebab dah keletihan. Niat di hati nak jalan-jalan lagi kat kedai-kedai berdekatan lepas dinner malam tu dikuburkan begitu saja.

9. Bharat Tea Valley

percutian bajet cameron highlands
Rakam gambar sekeluarga dulu!

Kami checked out dari homestay pukul 9 pagi. Memang sengaja keluar awal walaupun tuan rumah kata paling lewat boleh keluar pukul 12. Target hari kedua tak banyak sangat dalam senarai, Cuma nak ke ladang teh dan anggur serta membeli barang untuk dibawa balik.

percutian bajet cameron highlands

Lokasi pertama kami adalah ladang teh. Kalau dari Tanah Rata, kami heading ke arah Ringlet sejauh  lebih kurang 3 ke 4 kilometer. Ada 2 ladang teh yang bernama Cameron Valley akan ditempuh, tapi kami berhenti yang kedua. Kalau ikutkan seorang kawan saya, katanya ladang teh BOH lebih menarik sebab ladangnya lebih besar dan ada banyak restoren. Macam ladang yang kami singgah ni memang tak banyak restoren pun dan kecil je kedainya. Tapi target kami bukan nak having meals so kami tak berapa kisah bab restoren ni.

percutian bajet cameron highlands
Ladang teh yang agak besar juga sebenarnya..

Jalan kaki masuk ke ladang teh akan dikenakan RM2 seorang dan percuma untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah. Lepas bayar yuran masuk, setiap seorang akan dapat gelang tag dan dah boleh masuk melawat.

percutian bajet cameron highlands

percutian bajet cameron highlands

percutian bajet cameron highlands

percutian bajet cameron highlands

Berjalan kaki memang agak memenatkan sebab kami berjalan agak jauh juga. Alhamdulillah saya tak berapa penat juga mungkin sebab ada stamina sikit akibat jelajah Bukit Larut sebelum ni hehe.

10. Ladang Anggur Ulu Bertam

Kami tak berjaya singgah di sini sebab sekarang bukan musim anggur. Jadi biasanya ladang tak akan dibuka. Jelajah kami ke Ringlet berakhir di sini, terus berpatah balik ke jalan menuju Simpang Pulai untuk teruskan misi membeli-belah sebelum pulang.

11. Fragrance Nursery

Perjalananan pulang agak memenatkan. Kami terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas seawal dari melepasi Tanah Rata lagi. Masa kami dari SImpang Pulai ke Tanah Rata semalam pun memang perasan jalan sesak disebabkan Kea Market sebenarnya.

Sebelum sampai ke Kea Market, kami keluar dari barisan kereta yang beratur sesak untuk singgah ke Fragrance Nursery dulu. Apa yang menarik kat sini ialah ada pelbagai jenis pokok hiasan bunga dan kaktus. Nursery yang agak besar dan menarik untuk buat pilihan. Ada juga kedai-kedai berhampiran yang menjual sayur-sayuran dan cenderahati.

Saya sempat belikan bunga daisy untuk mak saya di sini.

12. Kea Market

Saya tak singgah di sini sebab parking agak sesak. Lagi pula kurang berminat dengan melautnya manusia hehe. (eleh, cakap jela tak reti nak parking hehe).

Keluarga kakak saya ada singgah di sini tapi cuma sekejap aje. Apa yang saya boleh kata, item jualan di mana-mana pun di Cameron ni lebih kurang sama sahaja. Ada cenderahati, baju-baju, strawberi, sayuran, jagung manis, madu, keledek wangi dan lain-lain. Jadi saya kurang  ralat bila tak singgah di sini sebenarnya.

Sebagai ganti, kami seinggah semula di pasar sekitar Tringkap, persinggahan pertama kami semalam. Di sana sempatlah beli madu, teh, strawberi dan sedikit lagi cenderahati. Abang saya sempat hadiahkan bunga daisy untuk mak saya, kali ini warna pink pula. Yang saya beli sebelum tu adalah warna merah terang.

Destinasi Terlepas

Ada satu tempat yang saya berhajat nak pergi tapi tak berkesempatan sebab semua orang macam tak mahu pergi, sedih juga huhu. Tempat tu adalah MARDI.

Abang saya pula teringin nak ke Mossy Forrest tapi disebabkan hari kedua tu jalan agak sesak dan memenatkan kami batalkan plan ke hutan lumut tu.

Ada juga tempat menarik lain yang kami tak pergi macam Lavender Garden. Taman ini berbayar, saya tak pasti pula berapa yuran masuknya.

Kos Percutian

Saya cuma memandu Perodua Viva saya (namanya Taruna,hehe) ke Cameron Highlands tempoh hari. Minyak memang jimat je. Ini ringkasan kos percutian kami dan kos lain.

Sewa Homestay 1 malam: RM240 (3 keluarga)

Tol Taiping-Simpang Pulai: RM10.40 x 4 (2 buah kereta pergi balik)

Minyak Kereta: RM60 Viva / RM100 Avanza

Makanan: Jimat sebab bawa bekal masak siap dan barang mentah juga

Cenderahati: (Sendiri)

 

Jumlah: RM 441.60

Berbaloi sebab ada 3 keluarga. Kos kalau satu keluarga baru dalam RM 150 je. Hihi

Again, hashtag percutian bajet Cameron Highlands 😉

Ringkasan

percutian bajet cameron highlands

Secara keseluruhan, saya agak puas mencuci mata di Cameron Highlands. Paling seronok bukan membeli-belah tapi ialah melihat bunga-bungaan yang cantik-cantik tu tau! Dan suasana nyaman sejuk di tanah tinggi. Begitu juga rasa kebersamaan sesame kami, pelbagai ragam sebenarnya bila ramai ni hehe. Ringkasnya, best dapat spend masa bersama 😀

Anda bercadang nak ke Cameron Highlands? Percayalah, bajet ciput pun seronok juga tau!

 

Baca Seterusnya: Youth Shaklee Ingredients | Skincare Viral Terkini di Malaysia 2018

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge