Gout adalah penyakit radang sendi (arthritis) yang menyebabkan sendi menjadi bengkak dan sakit kerana berlaku keradangan. Sakitnya bukan biasa-biasa, memang derita amat! Saya kongsikan 5 petua hilangkan sakit gout yang boleh dilakukan sebelum dan semasa ia menyerang. Teruskan membaca untuk tips yang ringkas ini.
5 Petua Hilangkan Sakit Gout Yang Berkesan
1. Makan Ubat Mengikut Aturan
Kalau anda memang sah didiagnos sebagai pesakit gout, anda pasti akan dibekalkan dengan ubat-ubatan terutama ubat anti-radang. Makanlah ubat ikut peraturan, jangan sesekali skip dan mesti disiplin mengambilnya.
2. Ikut Pantang-Larang Makanan

Makanan yang kita makan adalah punca keradangan gout kalau kita tak betul-betul teliti. Orang yang ada gout kena elakkan makanan yang banyak kandungan purin seperti makanan laut. Kesian memang kesianlah sebab kena berpantang, tapi ingatlah ia amat penting supaya boleh elakkan serangan gout yang maha sakit tu.
Contoh makanan kaya purin yang patut dielakkan ialah:
- minuman beralkohol
- makanan laut seperti sesetengah ikan – ikan bilis dan sardin
- sesetengah daging
Baca: Makanan Yang Pesakit Gout Perlu Elakkan
3. Banyakkan Minum Air
Petua hilangkan sakit gout seterusnya ialah banyakkan meminum air. Kandungan tinggi air dalam badan boleh mengurangkan asid urik. Bila asid urik kurang, serangan gout pun akan jadi kurang. Mencegah akan sentiasa lebih baik dari merawat 🙂
4. Gunakan Pek Sejuk

Kalau gout dah menyerang bagaimana nak buat? Selain makan ubat yang doktor bekalkan, tuamkan pek sejuk pada bahagian sendi yang membengkak dan sakit tu. Tindakan ini boleh kurang atau hilangkan sakit pada sendi yang terkena serangan tersebut kerana mengurangkan radang.
5. Rehatkan Sendi

Letakkan anggota badan seperti kaki yang membengkak gout di atas permukaan lembut seperti bantal. Rehatkan ia dan jangan banyak bergerak sehingga kesakitan menghilang.
Petua hilangkan sakit gout (sumber) ini boleh anda amalkan dari rumah. Dengan ini, kejadian serangan gout dapat diminimakan. Semua petua ini perlu diambil perhatian ye, usah menderita sakit gout lagi!
Baca Lagi: Suplemen Untuk Gout Bantu Pesakit Ini Semakin Pulih dan Cergas
Emi kurang arif tentang penyakit gout ni sebab belum pernah ada kenalan atau keluarga terdekat yang terkena penyakit gout ni. Mintak jauh la dari penyakit ni. Orang kata elok mencegah dari merawat. Tapi kalau dah kena tu nak buat macam mana, kena la ikhtiar cara utk ubati kan.
Betul tu Emi, mencegah sentiasa lebih baik. Minta kita dijauhkan dari segala penyakit hendaknya 🙂
ayah airah pun ada gout dan kalau dah kena serang tu memang sakit la tak boleh berjalan. kena rawat awal2
Oh yeke Airah. Semoga ayah sihat-sihat selalu ya. Mungkin Airah boleh share tips kat sini dengan ayah nanti 😉
Terima kasih share tips. Ayah saya ada gout dan sakit gout ini berketurunan. Nanti saya pun boleh kena. Boleh rujuk artikel ni sebagai petua.
The Malaysian Trivia, keturunan tu adalah salah satu faktor yang meningkatkan risiko gout je. InsyaAllah dengan jaga makan, kekalkan berat badan ideal dan gaya hidup sihat awak boleh bebas dari penyakit gout ni
Sakit gout ni kena kurangkan makan makanan laut kan. Banyak asid urik di dalam badan. Tapi sakit gout boleh makan berhari-hari. Bukan 1 hari ajer. Arwah papa dulu pernah sakit gout. Nak jalan pun susah.
Betul Ezna, sakit tu boleh berhari-hari huhu. Ouh Ezna ada pengalaman dengan arwah ayah rupanya..
Thanks sebab share cara mengubati gout nie. Boleh la nak share dengan kawan Rawlins yang ada masalah gout nie. Dia dah la degil nak makan ubat dan suka langgar pantang-larang.
Ur welcome Rawlins. Isy kesian kawan tu ya. Nanti slow talk dengan dia supaya makan ubat dan ikut pantang makan ya, gout ni kalau menyerang susah nanti
My dad baru je bagi tau dia kena gout dah. Kita orang suruh dia kurangkan makan seafood and minum air banyak la. Memang sakit kot gout ni sebab kaki bengkak teruk. Nak jalan pun sakit!
Yake Cindyrina, kesiannya. Hopefully, tips saya kongsi ni bermanfaat ya.
Thank for sharing! Leh forward kat pakcik yg ada gout ni. Tp dia mm suka makan seafood, xleh nak halang dah, xtau la nak buat apa lgi. Huhu.
Nak makan tu boleh sebenarnya Julia.. tapi kena hadkanlah hihi.
Cuba cek makanan mana yang akan buatkan gout menyerang, so yang tu paling kena elak nanti.
Orangbyang kena gout nih memang kena pantang makan dan minum kan. Terutamanya kalau makanan laut diornag tak boleh makan udang. Bila kena gout nak jalan pun susah sebab sakit kan.
Betul Mimi, kesian sangat kan 😥
terima kasih atas emua tips yang diberikan..insyaallah akan diamalkan…mmg kena beringat terutama pengambilan makanan berkhasiat setiap hari…tapi takleh muka udang adoihai..heheh..sbb makanan feveret tu heheh
Oh Ayu feveret udang ya hehe. Nak makan boleh tapi kena kurangkanlah ya. Makan demi sihat bukan untuk mudarat tau 🤗
Adik liez pun ada gout tetiba je.. tapi mmg kena pantang byk makanan klau tak memang meraung kesakitan tau.. risau gak tgk tapi sekarang dh makin ok sbb mkn ubat doc..
Berapa umur adik Liez tu ye sekarang?
Memang kena pantang makanan tu..
Kesian pesakit gout ni kan…. Behari-hari sakitnya bila menyerang. Memang kena kawal bab intake pemakanan ni walau kita sihat. Apa pun InsyaAllah kita jauh dari sakit andai semuanya bersederhana. Anyway, thanks sharing. Good info
Betul kesian Nina, diorang yang rasa sakit tu macam manalah.. 😥
Thank you so much for these tips. I will share it with my uncle. He is suffering from gout.
Un welcome Kayathre 😊
Terima kasih sebab berkongsi tips2 nie. Sangat penting utk masyarakat tahu sbbnya penyakit gout nie semakin byk kes. Hopefully penulisan nie dpt tolong mereka utk sembuhkan penyakit gout.
Sama-sama Zharif, insyaAllah semoga membantu 😊
Penyakit gout kalau tak dicegah boleh jadi bhaya.. Alhamdulillah setakat ni dalam kelluarg takde lagi.. Memg kena jagaa pemaknaan dan rehat secukupnya.. Terima kasih tips ni
Betul tu Nadia 😊
baru borak dengan member pasal hasben dia yang ada gout , bagitahu jugak pantang larang yang kena ikut supaya tak jadi lagi teruk…cool pack tu kena adalah yer….nanti nak share artikel ni pada kawan..thanks sharing info
Haah elok kalau spare cool pack tu, boleh membantu nanti 😊
i think gout is because of high uric acid kan? anyway thanks for sharing all the helpful tips! i think the pek sejuk should be very helpful to ease the pain immediately!
Yes because of high uric acid, that is why they should avoid foods with high purines. Ur welcome Henry Tan 🤗
oh this is nice, thanks for sharing the tips to take care ourselves. I nak keep to this tips to avoid such illness in future hehe
Sure Rane Chin, prevention is better than cure 😉
Vivix ni memang diakui bagus.. adik TB pernah consume ni dulu.. kulit cantik je.. badan cergas.. sedap pun sedap..
Wow, thank you for Vivix testimonial TengkuButang 🤗