petua hilangkan sakit lutut

Petua Hilangkan Sakit Lutut – Amalkan 9 Makanan Ini

Sakit lutut selalu dialami oleh orang-orang tua. Paling kita akan perasan bila ke masjid atau surau, mesti ada pakcik dan makcik yang mengadu sakit lutut. Plaing tidak pun kita akan lihat ada sesetengah mereka yang bersolat dengan cara duduk di atas kerusi sebab akan sakit lutut bila nak turun bersujud. Jadi, saya kongsikan 9 makanan yang baik sebagai petua hilangkan sakit lutut yang boleh diamalkan di rumah.

Sakit lutut di kalangan warga emas sebenarnya disebabkan oleh radang pada sendi lutut. Kalau dalam istilahnya dipanggil sebagai arthritis iaitu sakit sendi, sama ada osteoarthritis atau rheumatoid arthritis.

Apabila membincangkan tentang petua hilangkan sakit lutut, apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengelakkan atau mengurangkan keradangan berterusan pada sendi lutut tersebut. Jadi, ada beberapa makanan yang baik untuk tujuan ini.

9 Makanan untuk Petua Hilangkan Sakit Lutut

9 jenis makanan ini boleh membantu untuk meredakan kesakitan pada lutut, bersifat anti-radang dan sangat baik untuk kesihatan sendi.

Cuba amalkan ia sebagai petua hilangkan sakit sendi. Lagi pula, ia sangat mudah didapati di sekitar kita.

1. Halia

petua hilangkan sakit lutut

Selalu orang ingat halia sebagai penghambat angin betul? Jangan tak tahu, selain untuk buang angin, halia juga ada sifat anti-radang yang akan mengurangkan kesakitan pada sendi lutut.

2. Kunyit

petua hilangkan sakit lutut

Satu lagi petua hilangkan sakit lutut yang mudah kita dapati iaitu kunyit. Kebaikan kunyit ialah dapat melegakan sakit lutut. Ada satu kajian yang menyimpulkan pengguna rheumatoid arthritis and osteoarthritis yang mengambil suplemen kunyit ternyata dapat berjalan dengan lebih baik tanpa sebarang kesan sampingan.

3. Biji Labu

petua hilangkan sakit lutut

Biji labu kaya dengan mineral Magnesium. Kebaikan Magnesium ialah dapat mengurangkan serangan pada sendi, jadi kesakitan sendi lutut dapat diminimakan.

Klik Untuk Baca: Kebaikan Suplemen Kalsium dan Magnesium Shaklee

4. Ikan Salmon

petua hilangkan sakit lutut

Khasiat asid lemak Omega 3 dari ikan salmon adalah lemak baik yang mempunyai sifat anti-keradangan yang akan melegakan sendi selain sangat baik untuk kesihatan jantung. Selain salmon, jenis ikan yang kaya Omega 3 ialah ikan tuna, sardin dan mackerel.

Walau bagaimanapun, elakkan pula ikan tilapia atau keli kerana ikan jenis ini pula kaya dengan asid lemak Omega 6. Omega 6 tidak baik untuk mereka yang sakit lutut kerana boleh menggalakkan keradangan lebih teruk.

Klik PLAY untuk tonton video ini: Kebaikan Suplemen Omega Guard untuk Hilangkan Sakit Lutut

5. Blueberri

petua hilangkan sakit lutut

Jadikan jus blueberri. Kebaikan buah blueberri ialah ia sangat kaya dengan fito-nutrien yang diberi nama polifenol, iaitu sejenis antioksidan yang kuat. Ia dapat melawan keradangan pada sendi lutut dan mengurangkan kesakitan.

6. Ceri

petua hilangkan sakit lutut

Sama seperti blueberri, ceri boleh dikisar dan dibuat jus. Kebaikannya ia mempunyai sifat anti-radang oleh kerana kaya dengan anti-oksidan.

Sekumpulan atlet pelari didapati mendapat kesakitan sendi yang kurang bila dibandingkn dengan sekumpulan lagi yang tidak mengamalkan jus ceri sepanjang tempoh kajian.

7. Minyak Zaitun

petua hilangkan sakit lutut

Ia bersifat pelincir yang melancarkan pergerakan sendi supaya lancar dan mengelakkan otot kartilaj daripada rosak. Minyak zaitun sangat bermanfaat bagi mereka yang sakit sendi akibat osteoarthritis, iaitu radang pada tulang.

8. Cabai

petua hilangkan sakit lutut

Cabai atau cili ada sifat ‘panas’ – unsur ini dipanggil “capsaicin”. Walaupun cabai memang pedas, tapi unsur “capsaicin” ini ada kebaikannya untuk petua hilangkan sakit lutut – ia boleh dijadikan ubat tahan sakit (painkiller). Jika dimakan, rasa pedas dan ‘panas’ cili mengurangkan atau menghilangkan keradangan. Selain itu, otak juga dirangsang untuk membebaskan hormon endorfin, yang menghalang isyarat sakit.

Tapi awas. Kebanyakan kita tak tahan pula dengan rasa pedas. Bagi sesetengah orang macam ibubapa kita yang telah berusia, mungkin akan mengalami gejala kerap kencing selepas makan pedas.

Jadinya, kalau nak jadikan cabai sebgai petua hilangkan sakit lutut, tengoklah keadaan semasa juga ye.

9. Pudina

petua hilangkan sakit lutut

Minyak pudina boleh disapu pada lutut yang sakit. Ini kerana pudina mempunyai sifat tahan sakit (painkiller). Elok juga sekiranya ada sebotol di rumah 🙂

Petua Dari Rumah Yang Mudah

9 makanan ini adalah petua hilangkan sakit lutut yang mudah untuk diamalkan oleh kerana ia mudah didapati di sekitar kita, cuma dari segi keberkesanan kenalah trial and error. Maklumlah tak semua orang akan serasi dengan mana-mana makanan. Selain itu, kita juga kurang jelas dengan kuantiti makanan yang perlu diambil supaya cukup untuk melegakan sakit lutut.

Suplemen Sebagai Alternatif

Ada juga sesetengah orang yang mengamalkan suplemen sebagai alternatif untuk menghilangkan sakit lutut mereka. Kebaikan mengamalkan suplemen ialah ia bukan sahaja mudah diambil tetapi ia juga tepat dari segi kuantiti pengambilan kerana setiap tablet akan dinyatakan berapa beratnya.

Mengambil suplemen atau hanya mengamalkan petua semulajadi untuk menghilangkan sakit lutut tidaklah menjadi persoalan. Apa yang lebih penting ialah pastikan ia berkesan, tidak memudaratkan aspek kesihatan yang lain dan sentiasa dapatkan konsultasi doktor untuk masalah yang dihadapi.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda!

 

Baca Selanjutnya: Vitamin Sakit Lutut Untuk Hilangkan Kesakitan dan Memelihara Sendi

(Rujukan: WebMD)

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge