cara kecutkan bengkak tonsil

Petua Menghilangkan Bengkak Tonsil Anak | Ibubapa Boleh Lakukan Ini

Bengkak tonsil ataupun namanya tonsilitis biasa berlaku kepada kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas.

Sebagai pengenalan, tonsil adalah tisu yang berada di dalam tekak. Ia berfungsi sebagai tisu pertahanan badan daripada ancaman virus dan bakteria yang datang melalui salur pernafasan. Namun begitu, tonsil sendiri boleh dijangkiti. Inilah yang dipanggil sebagai tonsilitis atau radang tonsil di mana tonsil akan membengkak.

Petua menghilangkan bengkak tonsil anak
Sepasang tonsil membengkak dan bernanah

Bagi kanak-kanak yang mengalami bengkak tonsil, pastinya ibubapa merasa risau. Tanda-tanda tonsilitis seperti yang dikongsikan Portal MyHealth ialah:

  • Sakit tekak
  • Sukar menelan
  • Demam panas dengan suhu tinggi, badan seram sejuk dan menggigil
  • Sakit telinga (kesan sampingan sakit di tekak atau kerana jangkitan kuman di telinga tengah)
  • Gejala lain seperti sakit kepala, lemah badan, sembelit, sakit perut dan hilang selera makan
  • Nafas berbau busuk
  • Lidah kering bersalut putih
  • Lelangit dan anak tekak berwarna merah terang
  • Tonsil menjadi merah, bengkak dan mungkin bernanah (tompok putih)

Peranan Ibubapa | Petua Menghilangkan Bengkak Tonsil Anak

Selain bawa anak ke klinik atau merujuk terus ke pakar ENT, ibubapa boleh ikhtiarkan sesuatu semasa di rumah. Ada beberapa petua menghilangkan bengkak tonsil anak yang boleh dibuat untuk melegakan keadaan anak yang kesakitan.

1. Rebusan Buah Tin

Buah tin ada khasiat untuk membantu meredakan bengkak tonsil. Ada 2 cara menggunakannya iaitu disapu pada tengah leher atau diminum.

Petua hilangkan bengkak tonsil anak
Buah tin kering

Petua menghilangkan bengkak tonsil anak dengan buah tin ialah rebuskan buah tin dengan sedikit air. Rebus sehingga kandungan air kering menjadi separuh daripada sukatan asal. Toskan buah tin dan dilenyek.

Air rebusan buah tin boleh dibuat minum terus atau dicampur dalam makanan atau minuman lain. Buah tin yang dilenyek pula, sapukan pada pangkal leher anak. Biar sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dibuang dan dibasuh bersih. Buah tin sifatnya manis, jadi pastikan ibubapa membilas bersih pada leher anak untuk elak semut ya.

Petua ini dapat membantu melegakan bengkak tonsil. Dengan ini, anak merasa lebih selesa untuk berehat, makan dan minum.

2. Bantu Anak Kekal Terhidrat

Walaupun anak kurang selera makan dan minum, sentiasalah galakkan mereka supaya badan tidak lembik dan semakin lambat badan mahu pulih.

Beri makanan yang lembut dan senang ditelan seperti bubur, jeli, aiskrim dan nestum bercampur susu. Yang penting ialah pastikan anak tidak kelaparan.

Minuman juga penting. Salah satu petua untuk menghilangkan bengkak tonsil anak dengan cepat ialah digalakkan minum air dengan banyak. Ini juga membantu untuk badan anak kekal terhidrat supaya tidak lesu sahaja. Galakkan anak minum. Beri air kelapa, air buahan, air susu atau apa-apa air yang mereka selera tetapi masih berkhasiat untuk tubuh.

3. Kurangkan Suhu Demam

Demam adalah perkara yang biasa berlaku apabila tonsil membengkak. Penting untuk kurangkan suhu demam supaya tidak jadi sawan, strok haba atau risiko kesihatan lain.

Ibubapa boleh membantu mengurangkan suhu demam anak dengan beberapa cara:

  • Tuamkan tuala basah ke badan, leher dan dahi anak
  • Ramas asam jawa bersama air.
  • Sapukan pada ubun-ubun dan badan anak
  • Ambil lendiran daun lidah buaya (aloe vera) dan sapu pada kulit anak. Lendiran ini bersifat sejuk dan dapat membantu mengurangkan suhu badan
  • Beri minum air kelapa muda jika boleh

4. Nyahkuman

Petua tradisional ada menitipkan bahawa bawang putih adalah anti-biotik semulajadi. Potong beberapa ulas bawang putih, letakkan dalam satu bekas dan tinggalkan di bilik anak. Ini membantu menjauhkan bakteria dari persekitaran anak.

Selain itu, pastikan juga kebersihan bilik anak. Lap habuk, jemur tilam dan mop jika perlu. Penyembuhan mereka amat memerlukan persekitaran yang bersih dan bebas kuman. Ini akan mempercepatkan penyembuhan.

5. Tingkatan Imun Badan

Cara paling mudah meningkatkan imun badan anak ialah dengan mengambil vitamin C. Dapatkan suplemen vitamin C dan beri anak makan dengan konsisten supaya membantu badan melawan penyakit dan dapat sembuh dengan cepat.

Buat ibubapa yang berdepan masalah tonsilitis anak, diharap beberapa petua menghilangkan bengkak tonsil anak di sini dapat membantu anda.

Sentiasa lakukan rawatan susulan di klinik. Jika akhirnya dinasihatkan untuk anak melakukan pembedahan membuang tonsil (tonsilektomi) eloklah diikuti sahaja nasihat pakar kerana mereka lebih memahami masalah bengkak tonsil anak anda.

Namun sekiranya bengkak tonsil anak masih dalam rawatan dan tidak memerlukan pembedahan, ibubapa boleh gunakan Set Bengkak Tonsil Untuk Kanak-Kanak. Ia adalah gabungan vitamin dan krim herba yang menyokong penyembuhan bengkak tonsil anak dengan lebih cepat.

Rujukan:

  1. Portal MyHealth
  2. Majalah Pa&Ma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge