petua turunkan darah tinggi

3 Petua Turunkan Darah Tinggi Untuk Elak Risiko Strok dan Sakit Jantung

Saya merujuk bermacam-macam laman web komuniti perubatan lebih-lebih lagi yang berlabel HONCODE untuk mengkaji tentang petua turunkan darah tinggi ini. Suka saya kongsikan dengan anda pula tentang info yang telah saya hadam, insyaAllah.

Yang utama sekali, penting ke turunkan darah tinggi? Turunkan darah tinggi atau orang selalu panggil sebagai mengawal darah tinggi adalah sangat penting kerana jika dibiarkan, penyakit ini dapat memberi risiko yang lebih besar – iaitu serangan strok atau sakit jantung, sehingga boleh membawa kepada kematian.

Ya, jangan main-main dengan risiko ini. Kalau kita ada mak ayah yang merupakan pesakit darah tinggi a.k.a hypertension, seharusnya kita risau. Jangan abaikan adu-aduan mereka yang sekejap sakit kepala, sekejap pening atau sekejap-sekejap sakit tengkuk tu. Adalah paling baik untuk kita sebagai anak untuk guide amalan yang baik supaya dapat membantu mereka mengawal tekanan darah tinggi sepanjang masa okay šŸ˜‰

Punca Darah Tinggi

Ada 2 punca darah tinggi berlaku, yang pertama dipanggil faktor primer iaitu peningkatan risiko disebabkan:

  1. Faktor Usia
  2. Obes
  3. Kurang Senaman / Aktiviti Fizikal
  4. Merokok
  5. Meminum Alkohol
  6. Diet yang tinggi kandungan garam dan lemak

Punca yang kedua dipanggil sekunder, di mana tekanan darah tinggi berlaku kerana kesan penyakit-penyakit tertentu iaitu:

  1. Kencing Manis
  2. Penyakit Buah Pinggang
  3. Penyakit Sistem Endokrin

Petua Turunkan Darah Tinggi Secara Semulajadi

Kalau boleh, memang kita nak tahu petua turunkan darah tinggi secara semulajadi supaya tak perlu ambil ubat doktor kan? Bukan apa, kasihan pada ibubapa kita yang semakin tua dan perlu berulang ke klinik saban bulan. Namun, jangan salah faham pula. Petua turunkan darah tinggi yang saya kongsikan ini bukan bertujuan untuk galakkan pesakit berhenti memakan ubat doktor ye. Ubat doktor tetap perlu diambil secara konsisten kerana ia juga adalah kawalan terhadap tekanan darah tinggi.

Jadi, di sini saya kongsikan 3 petua turunkan darah tinggi. Mudahan ia dapat membantu pesakit darah tinggi untuk mengawal tekanan darah mereka supaya kekal normal, di samping tidak meninggalkan ubat doktor yang dibekalkan.

1. Senaman

Sakit tekanan darah tinggi tiada simptom yang serius tetapi lama-kelamaan salur darah yang dihentam oleh tekanan kuat aliran darah boleh menjadi rosak seperti berlaku kebocoran dan pecah. Ini membawa kepada risiko strok, anureurism dan sakit jantung.

Jantung dan jaringan salur darah terdiri daripada otot-otot. Senaman membuatkan otot jantung lebih kuat, jadi kerja mengepam darah menjadi mudah dengan kerja yang lebih sedikit. Apabila jantung bekerja dengan tenaga yang kurang, tekanan darah menjadi rendah dan terkawal.

petua turunkan darah tinggi
Foto Kredit: besthealthmag.ca

Jadi, berapa kerap perlu bersenam untuk nampak kesan ini?

Mengikut MayoClinic, senaman perlu dilakukan secara berkala dengan disiplin dan akan memberi kesan sekurang-kurangnya melakukan ia minima selama 1 ke 3 bulan.

Jenis senaman pula mestilah yang melibatkan jantung berdegup laju, seperti:

  • Sukan dan permainan aktif seperti tenis dan bola keranjang
  • Memanjat tangga
  • Berjalan kaki
  • Joging
  • Berbasikal
  • Menari
  • Berenang
  • Kerja rumah seperti berkebun, menyental lantai dan memotong rumput.

Luangkan masa sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu untuk melakukan senaman ini.

2. Pengurusan Stress Yang Baik

Semasa stress, mekanisma badan kita bertindak membebaskan hormon adrenalin yang menyebabkan degupan jantung menjadi laju sekaligus meningkatkan tekanan darah tinggi. Tekanan darah akan kembali normal apabila faktor penyebab stress itu hilang.

Walaupun tiada bukti solid yang mengaitkan kesan stress terhadap tekanan darah tinggi secara langsung, tetapi stress yang berpanjangan akan membuatkan tekanan darah tinggi berlaku berulang-ulang. Walaupun ia akan kembali normal apabila seseorang tidak lagi stress, tekanan darah tinggi yang berlaku itu sangat berisiko untuk merosakkan salur darah dan mendorong kepada strok dan sakit jantung akibat tiada kawalan.

Jadi, pengurusan stress yang baik adalah salah satu petua turunkan darah tinggi yang tak sepatutnya diabaikan.

petua turunkan darah tinggi
Foto Kredit: lachina.com

Kenalpasti masalah yang membuatkan anda stress dan tanganilah ia dengan baik, mudahan.

3. Menjaga Pemakanan

2 makanan yang wajib pantang oleh pesakit darah tinggi ialah garam dan lemak / kolesterol. Nak kata tak ambil langsung makanan ini mungkin adalah mustahil, tetapi sebagai petua turunkan darah tinggi pastikan untuk kurangkan pengambilan garam dan lemak dalam diet sehari-hari.

Bukan sahaja patut menukar cara memasak untuk elak garam dan lemak yang tinggi, tetapi patut juga elak makanan diproses yang sebenarnya mempunyai garam dan lemak tersembunyi yang tinggi kuantitinya. Contoh:

petua turunkan darah tinggi
Foto Kredit: Portal MyHealth

Mengikut Portal MyHealth, DASH adalah pelan diet yang dicadangkan untuk pesakit darah tinggi. DASH iaituĀ Pendekatan Pemakanan Untuk Hentikan HipertensiĀ ialah pelan diet yang memerangi tekanan darah tinggi melalui 2 pendekatan:

  1. Pelan pengambilan garam (natrium) 1500 miligram (mg) sehari
  2. Pelan pengambilan garam (natrium) 2300 mg sehari.

Anggaran garam ialah 2400 mg untuk satu sudu teh. Jadi, jika mengikut cadangan DASH, pastikan pengambilan garam ialah kurang dari satu sudu untuk petua turunkan darah tinggi.

Apa kaitan garam dengan penurunan tekanan darah tinggi?

Sebenarnya kandungan garam Natrium yang tinggi dalam badan akan menyebabkan penyimpanan lebih air dalam darah. Ini bermakna isipadu darah menjadi banyak. Lebih tenaga untuk jantung mengepam darah dan semestinya tekanan darah menjadi tinggi.

Kurangkan garam dalam diet kita untuk mengawal tekanan darah yang normal. Antara label nama garam yang perlu kita elak dan kurangkan pengambilan ialah:

  • Garam – Natrium Klorida
  • MSG – perasa makanan
  • Serbuk Penaik – Soda Bikarbonat
  • Dinatrium Fosfat
  • Sebarang bahan yang mengandungi label Natrium

Kurangkan makanan tinggi kolesterol juga dengan mengubah gaya masak yang lebih sihat seperti memanggang dan mengukus berbanding menggoreng dan bersantan. Lemak dan kadar kolesterol tinggi boleh terenap pada dinding salur darah menjadikan ruang sempit. Darah perlu dipam dengan tekanan lebih tinggi kerana penyempitan ini, jadi mengurangkan makanan berlemak dapat mengelakkan masalah ini.

Sihat itu Mahal Harganya

Kesimpulan, mungkin ramai yang tak suka dengan petua turunkan darah tinggi yang saya kongsikan ini. Nampak kliche bukan? Tapi percayalah, untuk hidup lebih sihat ia bermula dengan gaya hidup yang sihat. Jaga pemakanan, lakukan senaman dan atasi stress dengan baik adalah petua biasa-biasa yang ramai orang sudah tahu tapi berapa ramai yang sanggup beri komitmen?

Tepuk dada tanya hati dan akal kita.

Semoga artikel ini membantu anda. Sememangnya tiada jalan singkat untuk hidup sihat melainkan kita bersedia mempraktikkan amalan yang baik mulai hari ini dan detik ini juga.

Artikel seterusnya saya akan kongsikan pula 8 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Darah TinggiĀ amalkan. Terima kasih kerana membaca šŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge