cara turunkan kolesterol tinggi

Elak Risiko Sakit Jantung | 5 Petua Turunkan Kolesterol Dalam Darah

Masalah kolesterol tinggi atau bahasa perubatannya dipanggil hiperkolesterolemia adalah di mana paras kolesterol dalam darah seseorang melebihi paras normal iaitu melebihi 100 mg/dL. Simptom kolesterol tinggi dalam darah biasanya tidak dirasai tetapi ia memberi risiko yang tinggi untuk seseorang itu terkena serangan jantung. Jadi adalah wajar untuk mengamalkan petua turunkan kolesterol supaya risiko terburuk itu dapat dielakkan.

Di dalam badan kita, ada 2 jenis kategori kolesterol iaitu lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) dan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL). Antara kedua jenis ini, yang memberi masalah ialah jenis LDL kerana ia yang meningkatkan paras kolesterol dalam darah. Ia juga cenderung untuk melekat pada dinding pembuluh darah. Ini membuatkan saluran darah menjadi sempat. Jantung perlu bekerja kuat semasa mengepam darah. Jantung juga mempunyai risiko kekurangan oksigen dan zat yang mencukupi sehingga menyebabkan kegagalan atau serangan jantung.

5 Petua Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi

  1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol dan lemak

Kedengarannya klise? Tapi inilah hakikatnya. Petua turunkan kolesterol tinggi yang paling utama semestinya perlu mengehadkan pengambilan makanan yang menggalakkan masalah tersebut.

Jadilah memilih dalam pemakanan seharian kita. Kurangkan makanan yang kaya dengan lemak, kolesterol dan bersantan. Makanan berlemak yang perlu dielakkan ialah kategori lemak tepu seperti kulit ayam, lemak ayam dan daging, minyak kelapa, santan, minyak sapi, mentega, dan produk tenusu tinggi lemak.

petua turunkan kolesterol
Makanan bergoreng antara makanan yang tinggi kolesterol

Contoh makanan yang kaya kolesterol pula ialah organ dalaman haiwan seperti otak, jantung, limpa, hati, telur ikan, kelapa ikan bilis, kepala udang, telur dan produk yang mengandungi telur seperti mayonis.

Elakkan semua jenis makanan ini jika paras kolesterol anda sudah tinggi. Tidak menghiraukan petua utama ini akan menyebabkan anda terus diancam risiko serangan jantung!

2. Amalkan Oat

Dipetik daripada Bidadary.my,

Satu kajian saintifik terbaru mendapati kadar kolesterol berkurang dengan pengambilan oat di dalam sajian harian. Dr James W. Anderson, profesor perubatan dan pemakanan dari University of Kentucky telah mendapati paras kolesterol dapat diturunkan melalui pengambilan oat.

“Makanan bijirin seperti oat adalah di antara makanan terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan tahap kolesterol dan juga sebagai makanan pilihan. “Gaya hidup mempengaruhi risiko seseorang untuk mendapat kolesterol ” kata Dr James lagi.

Bagusnya khasiat oat sebagai petua turunkan kolesterol. Jadikanlah oat sebagai sajian setiap hari anda. Dikatakan memakan 70 gram oat sehari dapat memelihara kesihatan jantung.

petua turunkan kolesterol
Jadikan oat sebagai amalan setiap hari

Untuk tujuan ini, pilihlah jenis oat tertentu di pasaran iaitu sama ada rolled oat atau steel cut. Kedua-dua jenis ini adalah jenis oat mentah dan cuma diproses kasar dan tebal. Ianya paling sesuai dijadikan sarapan setiap pagi untuk tujuan menurunkan kolesterol darah.

Menurut Dr Hafiz Sulaiman, oat jenis intant oat atau quick oat mempunyai indeks glisemik yang tinggi menjadikan ia kurang sihat diambil secara berterusan. Oat jenis ini walaupun tetap kaya khasiat untuk menurunkan kolesterol, ia menyebabkan paras gula darah pula naik mencanak dan akhirnya memberi risiko terkena diabetes.

3. Banyakkan serat dalam pemakanan seharian

Oat mungkin kurang digemari kerana tidak enak. Bagi yang kurang suka oat, tidak mengapa. Cuba petua ini pula – banyakkan serat dalam pemakanan anda setiap hari.

Sumber serat biasanya didapati daripada sayur, buah-buahan dan bijirin. Pakar Perunding Kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN), Dr Rafidah Abu Bakar menyarankan 20 ke 30 gram pengambilan setiap hari untuk tujuan ini.

petua turunkan kolesterol
Pelbagai sumber serat

Kebaikan yang ada pada serat ialah kandungan sterol dan stanolnya dapat membantu menurunkan kolesterol dalam darah. Usus menyerap sterol dan stanol yang strukturnya menyerupai kolesterol ini lebih cepat. Ini menghalang penyerapan kolesterol itu sendiri ke dalam aliran darah melalui usus.

Jika anda mendapati sukar untuk makan sayur, buah atau bijiran secara konsisten setiap hari, bolehlah mendapatkan suplemen sterol yang semulajadi.

4. Amalkan lemak baik

Apabila menyebut lemak, tidak semua lemak akan memudaratkan. Ada kategori lemak baik yang elok untuk diamalkan iaitu kategori lemak tak tepu. Selain memenuhi keperluan lemak oleh badan, lemak tak tepu menyeimbangkan kolesterol jahat LDL dalam darah untuk memastikan paras kolesterol sentiasa stabil.

Antara lemak baik tak tepu yang boleh dijadikan amalan secara rutin ialah minyak zaitun, minyak kelapa, minyak bunga matahari, minyak jagung, marjerin lembut dan minyak ikan. (Rujukan: Portal myHealth KKM)

petua turunkan kolesterol
Minyak ikan juga bagus untuk diamalkan kerana jenis lemak baik

5. Buat Senaman

Kebaikan senaman tidak dapat disangkal lagi untuk kesihatan termasuklah kali ini sebagai petua turunkan kolesterol yang tinggi.

Lakukan senaman dengan kerap dan konsisten. Luangkan masa 60 ke 90 minit setiap minggu untuk mendapat kebaikannya.

Ia memelihara kesihatan otot jantung, memelihara aliran darah yang baik dan juga menurunkan kolesterol.

Akhir kata, semoga semua pembaca boleh mengambil manfaat daripada artikel kami kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge