produk untuk melicinkan kulit muka

Produk Untuk Melicinkan Kulit Muka | Kepuasan Pelanggan Buktikan Ia Berkesan!

Dalam artikel lepas, saya ada bincangkan tentang cara melicinkan kulit muka yang diolah daripada saranan dermatologist, Dr. David. Namun 3 cara ini memerlukan usaha yang konsisten dan memakan masa yang panjang untuk melihat kesannya. Ia adalah usaha yang berpanjangan untuk menjaga kulit kita bukan untuk tujuan licin semata, tetapi supaya kekal sihat juga. Jadi, kali ini saya nak berkongsi pula produk untuk melicinkan kulit muka daripada jenama Shaklee.

Apa Yang Penting Untuk Dapat Kulit Licin?

Apa sebenarnya yang membezakan kulit licin bak kaca dengan kulit kasar ni? Ye benar struktur kulit tidak sama!

Kulit licin tu cukup serba-serbi. Ia ada cukup kolagen dan elastin. Ia dapat zat yang mencukupi. Ia miliki lembapan seimbang antara sebum (minyak) dan air. Ia juga mempunyai struktur sel yang kuat dan tahan oksida.

Sebaliknya, kulit yang kasar pula mengandungi kurang kolagen dan elastin, sebab itu ia nampak kedut, tak anjal dan bermaya. Stuktur kulit mungkin terlalu kering, jadi nampak kulit kurang sihat dan bersisik. Pori kulit pula jelas kelihatan.

produk untuk melicinkan kulit muka
Foto Kredit: siakapkelinews.blogspot.com

Secara mudah, jika anda mencari produk untuk melicinkan kulit muka anda perlu titikberatkan produk yang akan memenuhi keperluan kulit iaitu:

  • memberi nutrisi (makanan) kepada kulit
  • menggalakkan kolagen dan elastin pada kulit
  • melembapkan kulit

Sebelum menerangkan lanjut tentang produk untuk melicinkan kulit daripada Shaklee ini, biar saya tunjukkan satu testimoni pengguna. Lihat di bawah ni.

produk untuk melicinkan kulit muka
Foto Kredit: Facebook Page Shaklee_best_price

Cuba bandingkan gambar kiri dan kanan. Nampak jelas kan kulit pengguna ni makin licin berseri bebas cela, walla!

Produk untuk Melicinkan Kulit Muka dari Jenama Shaklee

Sekarang, saya kenalkan anda dengan produk untuk melicinkan kulit muka yang diberi nama Collagen Powder ini ya.

produk untuk melicinkan kulit muka

Apa kebaikan Collagen Powder Shaklee ni sehingga boleh licinkan kulit muka ye? Ini antara manfaatnya:

  • Meningkatkan kelembapan kulit.
  • Mengurangkan kekasaran dan kekeringan kulit
  • Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan

Lagi Testimoni Pengguna

Lihat beberapa testimoni pengguna lain pula. Mereka pun dapat effects kulit yang semakin licin dan cantik selepas mengamalkan Collagen Powder ni.

produk untuk melicinkan kulit muka
Foto Kredit: Facebook Page Kekal Sihat Cantik Berseri
produk untuk melicinkan kulit muka
Foto Kredit: Facebook Liyana Hisamuddin
produk untuk melicinkan kulit muka
Foto Kredit: Facebook Nor Fazilah
produk untuk melicinkan kulit muka
Foto Kredit: Facebook Syamsidah Isa

Apa Beza Produk Kolagen Shaklee Dengan Kolagen Jenama Lain?

Kalau anda nak membeli sesuatu jenis produk tu mesti anda tertanya-tanya apa beza antara satu jenama dengan jenama yang lain kan. Jenama Shaklee ada produk kolagen, jenama lain pun ada produk kolagen juga.

Jadi di sini biar saya jelaskan apa beza kolagen Shaklee dengan jenama lain okay.

1. Sumber Kolagen Yang Premium

Collagen Powder Shaklee diambil daripada kolagen sisik ikan merah. Ikan merah hidup di laut dalam di mana mengalami tekanan akuatik yang tinggi. Kandungan kolagen padanya adalah tinggi, tahan lasak dan lebih bebas dari risiko pencemaran. Jadi, kolagen yang didapati adalah berkualiti tinggi. Ini menjelaskan mengapa harga Collagen Powder Shaklee adalah antara produk koalgen termahal dalam pasaran – ia kerana kualiti kolagen itu sendiri.

2. Diperkaya Dengan Khasiat 6 Ramuan Lain

fungsi collagen powder shaklee 4

6 ramuan tambahan di dalam Collagen Powder Shaklee mempunyai kebaikan masing-masing iaitu:

  • membantu penyerapan kolagen yang optimum ke dalam badan pengguna
  • menyokong kesihatan kulit dengan membekal elastin, menggalakkan kolagen dan asid hialuronik yang baik untuk kelembapan kulit
  • membekal anti-oksida untuk menghindari serangan radikel bebas

Bahan-bahan ini secara langsung adalah bonus di mana ia akan menjamin keberkesanan produk.

3. Molekul Kolagen Yang Ringan

Dengan berat 1000 Dalton, molekul kolagen dalam produk ini adalah ringan. Molekul ringan lebih mudah diserap oleh badan pengguna. Maka pengguna akan lebih cepat mendapat kesannya.

4. Terbukti Berkesan

Ujian klinikal telah dibuat terhadap Collagen Powder. Ujian klinikal bermaksud sampel kolagen diuji ke atas manusia supaya dapat mengkaji kesannya terhadap pengguna secara lebih tepat.

Hasil analisa adalah seperti berikut, di mana tempoh kajian ialah selama 8 minggu.

fungsi collagen powder shaklee 4

Untuk mudah faham carta palang di atas, saya beri suatu contoh.

Untuk palang pertama, kalau anda mengalami masalah kulit muka yang agak kering, selepas 8 minggu meminum Collagen Powder Shaklee hasilnya ialah kulit anda akan jadi sangat lembap sebanyak 90% berbanding asal! – boleh faham kan? Jadi begitulah kriteria-kriteria kulit yang lain yang akan diperbaiki apabila anda mengambil kolagen ini.

Ia memang telah terbukti berkesan  😎

Dapatkan Untuk Diri Anda

Bagi yang masih mencari produk untuk melicinkan kulit muka, saya berharap Collagen Powder Shaklee akan menjadi salah satu senarai anda ye. Pendapat saya, apa yang penting ialah produk ini sememangnya adalah terbaik dari segi kualiti, keberkesanan dan hasilnya. Jadi anda pasti boleh harapkannya untuk dapatkan kulit licin idaman anda tu! 🙂

Tempah Collagen Powder ini daripada mana-mana Pengedar Shaklee berdekatan anda atau boleh hubungi saya di 011-3619 8300 (klik sini) atau boleh juga terus membeli online di laman web Shaklee (klik sini).

Jika ada sebarang pertanyaan, sudi-sudilah komen di bawah ye insyaAllah saya akan reply anda.

 

Baca: Fungsi Collagen Powder Shaklee – Bonus Awet Muda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge