punca buah pinggang rosak

Punca buah pinggang rosak sebab suplemen ke?

Suplemen Jadi Punca Buah Pinggang Rosak

Selalu kita dengar viral pasal pesakit di diagnos punca buah pinggang rosak akibat suplemen kan. Perasan tak?

Yang beri pendedahan atau pun buka cerita tu dahlah doktor pula, jadi memang ramai lah yang percaya.

Saya makan suplemen, ah sudah!

Saya memang pemakan suplemen Shaklee. Bila dengar benda macam ni memang bikin seram jugalah..huhu

Tapi berasas ke dakwaan sebegitu? Jeng jeng jeng.

Atas faktor ingin tahu dan berjaga-jaga, walaupun saya sendiri adalah seller suplemen Shaklee harus diingat saya juga adalah pengguna dan pemakan suplemen. Oleh sebab tu, saya lakukan sedikit kajian melalui beberapa laman web dengan label HONCODE untuk mengetahui sendiri punca buah pinggang rosak ni.

Yes, tak adillah kan nak dengar cerita sebelah pihak saja.

punca buah pinggang rosak

Punca Buah Pinggang Rosak

Buah pinggang ni adalah organ badan kita yang membantu untuk menapis darah dari bahan toksik supaya ia dikeluarkan dari badan melalui air kencing. Selain tu, ada lagi beberapa fungsi ginjal yang lain iaitu:

  • Membuang cecair berlebihan dari badan
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengawal asid dalam darah
  • Mengawal mineral di dalam darah
  • Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah dan vitamin D untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan tulang

Melalui laman Healthline dan Portal MyHealth KKM yang saya baca, punca buah pinggang rosak ialah:

  1. Kencing manis yang tidak terkawal
  2. Tekanan darah yang tinggi
  3. Penggunaan ubat tahan sakit tanpa pengawasan
  4. Kecederaan buah pinggang akibat kemalangan
  5. Suka menahan kencing / batu karang
  6. Dehidrasi / Kekurangan air dalam badan
  7. Jangkitan
  8. Bebanan toksin dari logam berat
  9. Penyakit dan serangan jantung
  10. Pengambilan dadah dan alkohol

Kenapa Suplemen Disalahkan?

Bila keluar isu viral suplemen penyebab kepada buah pinggang rosak ni sebenarnya saya suka ambil pendekatan yang lebih adil. Mungkin ya benar suplemen boleh jadi salah satu penyebabnya, tapi faktor kesihatan awal pengguna tu sendiri sebelum mengambil suplemen perlu diambilkira juga kan. Manalah tahu yang sebelum mengambil suplemen lagi, buah pinggang pengguna sudahpun menunjukkan tanda-tanda kerosakan.

Selain tu, faktor gaya hidup pengguna juga mainkan peranan. Dah kalau kurang minum air kosong, lepas tu amalkan pengambilan gula dan garam yang tinggi dalam diet, memanglah ia antara risiko rosak buah pinggang kan.

Begitu juga kalau seseorang tu adalah pengamal panadol yang kerap. Panadol, atau ubat tahan sakit yang lain yang diambil tanpa kawalan doktor memang bahaya, sebabnya ada kesan sampingan yang merosakkan buah pinggang.

Semua faktor2 ni adalah penyumbang kepada kerosakan buah pinggang tau! Jadi tak adil kan kalau meletakkan kesalahan cuma pads suplemen?

Sangat multi-factors tau.

Lagi pula, dakwaan viral sebegini tiada bukti kukuh yang hanya suplemen adalah punca buah pinggang rosak yang utama. Bukti ujian klinikal pun tak ada, kebenarannya boleh dipertikai. Cumanya kalau pengguna memang seorang penghidap kencing manis, amal pula suplemen jenis gula tinggi macam jus kurma dan jus belanda ke, memang tak mustahil untuk berisiko rosak buah pinggang kan. Well balik kepada factor kencing manis yang tak terkawal pula..huhu

Kesimpulan

Saya tinggalkan anda untuk turut berfikir bersama ya.

Galakan dalam Islam sendiri ada menyebut, makanlah kamu dari makanan yang halal lagi baik. Makanan kita selain HALAL, kena titikberatkan pasal TOYYIB (BAIK) juga. Kalau sesuatu makanan tu tak baik untuk kesihatan kita meskipun ia halal, tidak seharusnya kita ambil. Ia balik kepada ilmu, sebab tu antara kempen suplemen Shaklee ialah SUPPLEMENT WISELY. Bukan semberono amal vitamin saja tanpa tahu kebaikan dan kekurangannya.

Selamat menimbang tara isu dengan hati yang lapang!

 

Baca Selanjutnya: Senarai Vitamin Shaklee Beserta Harga dan Fungsinya

2 comments

  1. supplemen mmg boleh rosakkan buah pinggang.. kalau dia mengandungi racun berjadual, atau supplemen tu terlalu tinggi gula, atau campuran bahan kimia sintetik.. masalahnya kalau tanak makan supplemen tak boleh juga, sebab zaman sekarang ni semuanya segera, semuanya dah tercemar. Jadi pilih la yang paling baik supplemen tu. Jangan semberono je nak beli.

    1. Betul tu Eana, salah satu punca buah pinggang boleh rosak sebab ada timbunan toksin dari logam berat dan dadah juga. Sebab tulah ramai kata suplemen penyebab buah pinggang rosak kan…sebab pukul rata aje. Alhamdulillah Shaklee ni jenis suplemen semulajadi dan organik, sebab tu atlet Julian Yee pun ambil takde masalah isu doping 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge