Review Produk Untuk Kulit Bayi Sensitif Jenama Shaklee

set-mandian-bayi-organik-2

Produk Untuk Kulit Bayi Sensitif

Mencari produk untuk kulit bayi sensitif mungkin memeningkan ibubapa. Maklumlah ia jadi amat-amat penting supaya serasi dengan kulit anak yang ada alergi kulit macam eczema. So kali ini saya nak review satu produk untuk kulit bayi sensitif daripada jenama Shaklee. Produk ini dipanggil Shaklee Baby.

Shaklee Baby baru je dilancarkan di Malaysia pada Februari 2018 yang lepas. Ia adalah produk organik, lembut dan selamat untuk bayi. Berikut ialah ciri-ciri utama produk ini:

Ciri Utama Shaklee Baby

  1. Bahan semulajadi dan organik

  2. Tidak menimbulkan alahan

  3. Bahan-bahan yang digunakan telah disahkan sebagai organic

  4. pH seimbang

  5. Diuji secara klinikal

  6. Diuji oleh pakar pediatrik

  7. Hipoalergenik

  8. Diformulasi tanpa bahan kimia berikut:

  • Paraben
  • 1,4-dioxidan
  • Natrium laurel sulfat (SLS)
  • Warna tiruan atau wangian
  • Phthalates
  • Bisphenol-A (BPA)
  • Formaldehid

Produk untuk Kulit Bayi Sensitif: Set Shaklee Baby

Di dalam rangkaian Shaklee Baby, ada 3 item semuanya.

  1. Gentle Wash

Gentle Wash digunakan sebagai sabun mandian untuk si bayi. Ia dicipta dengan formula tidak memedihkan mata, jadi sangat sesuai dengan bayi. Selain teksturnya yang lembut, ia juga telah diuji untuk sensitiviti kulit. Jadi tak perlu risau jika mandian ini boleh sebabkan alahan pada kulit bayi.

Kandungan Gentle Wash ni ialah chamomile, lavender dan aloe vera organic.

  • 99% semulajadi
  • 76% bahan organic
  • pH seimbang

Label penuh seperti gambar di bawah:

produk untuk kulit bayi sensitif

  1. Soothing Lotion

Lotion gunanya untuk memastikan kelembapan pada kulit bayi. Sebenarnya dewasa pun boleh gunakan lotion ni, sebab ia memang sesuai untuk kulit yang sensitive pada bayi dan dewasa.

Soothing Lotion  akan memberikan kesan kelembapan yang optimum, menenang dan melegakan kulit malah mengembalikan nutrient pada kulit.

Ia mengandungi chamomile, lavender, minyak rosemary, minyak vanilla, minyak biji bunga matahari, minyak biji jojoba dan shea butter organic. Dengar bahan saja pun tentu semua dapat menilai yang ramuan dalam lotion ini sangat bagus untuk kelembutan kulit.

  • 99% semulajadi
  • 87% bahan organic

Label penuh seperti gambar di bawah:

produk untuk kulit bayi sensitif

  1. Massage Oil

Urut bayi dengan Massage Oil Shaklee Baby ni akan membelai kulit dengan baik sebab ia melembap dan melegakan kulit.

Kandungannya ialah minyak biji bunga matahari, lavender dan chamomile.

  • 99% semulajadi
  • 73% bahan organik

Label penuh seperti gambar di bawah:

produk untuk kulit bayi sensitif

Keistimewaan produk untuk kulit bayi senstif macam Shaklee Baby ni ada kelebihannya biarpun mungkin agak mahal daripada produk lain di luar sana. Faktornya adalah kerana Shaklee Baby telah diuji secara klinikal dan oleh pakar-pakar pediatrik. Bab ujikaji dan pengesahan ni memang memakan masa dan bukanlah boleh direka-reka. Jadi produk Shaklee Baby tak dibuat secara semberono tapi disokong oleh kajian dan dapatan yang sahih.

Selain itu, produk ini ada label “Hipoalergenik” yang membawa maksud ia memberi risiko alahan yang amat minima pada kulit. Jadi tak perlu risau untuk gunakan pada kulit bayi.

Ditambah pula dengan ramuan yang semulajadi dan organic, nampaknya Shaklee Baby memang menepati citarasa ibubapa yang mencari produk untuk kulit bayi sensitif mereka.

Dapatkan Untuk Bayi Anda

Produk Shaklee Baby boleh dibeli daripada pengedar Shaklee seluruh negara. Klik untuk hubungi pengedar anda, Zaleha dengan ID: 1227002 untuk sebarang pertanyaan mahupun belian.

Anda boleh juga terus membeli melalui laman web Shaklee dengan cara menggunakan medium bayaran kad debit atau kad kredit, ia mungkin lebih mudah buat anda yang mahu buat belian dengan cepat. Tempah saja online dan tunggu pihak Shaklee hantarkan Set Shaklee Baby anda ke rumah 😉

 

Rujukan: Shaklee Malaysia & Shaklee U.S.

Baca Selanjutnya: Testimoni Mandian Bayi Organik Shaklee Baby | Review Pengguna

One comment

  1. Hi friend,
    I found your article to be very useful for my baby as he is growing rapidly. Now he going to cross 8 months and child is very active in other activities. My baby enjoys a lot with playing to parents in home.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge