bukit larut

Aktiviti Riadah Di Bukit Larut & Taman Tasik Taiping

Riadah Suatu Gaya Hidup Sihat

Mendaki Bukit Larut

2 hari lepas, saya berpeluang luangkan masa bersama seorang teman untuk hiking di Bukit Larut. Lebih kurang 8.15 pagi, kami mula mendaki ikut trek laluan jip sahaja sebab lebih mudah jalannya berbanding ikut trek hutan. Target untuk daki sampai ke pondok 2 yang terletak 2.6 km dari tapak mula tapi tak kesampaian sebab kawan dah kepenatan hihi, maklumlah baru nak bina stamina semula lepas sekian lama tak ke siniΒ  πŸ˜†

Dalam 20 minit dah sampai ke pondok 1 yang terletak 1.6 km dari titik mula. Jadi kami ambil sedikit masa untuk berehat dan…? Selfie! Kah.

bukit larut

1.6 km yang ditempuhi sebenarnya agak berbaloi tau untuk tempoh senaman. Lagi pula kena berpatah balik lagi 1.6 km menjadikan yang perjalanan kami sejauh 3.2 km dah. So worth it kalau ingat nak beriadah santai-santai sambil sihatkan badan just sampai pondok 1 pun okay sangat.

Menapak turun memang menyeronokkan, sebab tak sepenat naik tadi. Laju je kaki melangkah, kami siap lari-lari lagi hehe. The best part bila ke Bukit Larut ni kita akan jumpa ramai pengunjung yang lain sewaktu naik dan turun bukit. Biasanya diorang ni semua tak lokek senyuman dan akan greet kita dengan ucapan good morning atau salam. So, bila datang sini walau kau penat macam mana jangan buat muka ketat ya! Be nice, senyum selalu dan ringankan mulut untuk balas ucapan diorang. Semua bangsa pun ada, kita satu Malaysia kan πŸ˜‰

bukit larut

Lepas turun dari Pondok 1, jam masa tu belum lagi pukul 10 so kami lepak dulu kat bawah kawasan berhampiran titik mula nak lalu ke trek hutan. Bila jumpa kawan lama ni memanglah sembang tak henti haha! Girls’ day out lah katakan πŸ˜€

Berkayuh Itik di Taman Tasik Taiping

9.45 pagi macam tu kami gerak ke Taman Tasik Taiping pula untuk berkayuh itik. Bila sampai, kaunter pun belum buka lagi da.. so tunggulah sampai 10 lebih baru beli tiket (RM12.70 je) dan ready to go!

bukit larut

Masa first kayuh itik ni perghh rasa macam berat betul nak kayuh tau. Maybe masa tu kaki dah penat hiking kot. Mujur kayuh berdua so tak rasa sangat penat tu. Bila dah lama mengayuh barulah boleh adapt dan rasa biasa. Habis satu tasik kami pusing sebab nak cukupkan 30 minit masa yang diberi tu. First customer of the day pulak tu, di pagi nan indah.. orang semua sibuk bekerja, kita sibuk berkayuh itik. Haha..

Kalau berkayuh itik, make sure tak kayuh berdekatan dengan pulau ye sebab selalunya ada biawak yang bertenggek kat pulau-pulau tu. Nanti kalau korang yang jenis lemah semangat tu tak ke akan jerit histeria tengah tasik siapa nak tolong? Kan… πŸ˜€ Lagi satu, elakkan juga itik kita tu melanggar pokok buluh tumbang ke dalam air, takut-takut nanti tersangkut pulak itik tu. Kalau itik jammed tengah tasik, macam mana pula kita nak panggil-panggil abang assistant itik dekat pangkalan tu, nak-nak pulak terlindung pulau dan jauh. Ha tak ke menggelabah nantik kan? Apa pun, jaga diri ye.

Perut pun dah lapar lepas main itik, jadi kami pun lunch di Kamunting tengah hari tu. Rasa puas sangat sepagi bersama dengan teman seorang ni. Nama je duduk dekat tapi nak berjumpa tu makan tahun tau, haha!

InsyaAllah lepas ni boleh repeat lagi lah πŸ™‚

Jemputlah Datang!

Korang yang berkira-kira nak pergi Bukit Larut tu dan berkayuh itik, jemputlah ya sebab memang santai dan menghiburkan. Kali ni kami Cuma sampai Pondok 1 saja, tapi lepas ni memang berhasrat nak up check point sampailah ke puncak Bukit Larut, insyaAllah. View dari atas memang cantik, boleh tengok seluruh Bandar Taiping dan Tasik Bukit Merah pun.

Oh ya, kalau rasa tak larat nak hiking naik jip sampai ke puncak boleh juga kot-kot ada yang datang dengan family dan ada budak-budak kan.

Waktu saya datang tempoh hari (bulan 4 juga), tiket naik jip berharga RM10 untuk Dewasa dan tiket perlu dibeli awal pagi kalau tidak memang sold out awal. Yang kurang best ialah jip akan naik menjelang tengah hari je dalam 12.30, pagi memang tak ada trip jip sebab mungkin beri laluan pada hikers kot. Apa-apa pun boleh tanya kaunter dulu ya.

Selamat bersantai!

 

Baca Selanjutnya: Pengedar Shaklee Semanggol | Pengedar Vivix Shaklee

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge