Sakit Lutut Kerana Kurang Cecair | Amalkan Ini Untuk Menyokong Pemulihan Secara Semulajadi

Sakit lutut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Punca sakit lutut boleh jadi kerana kecederaan, berat badan yang berlebihan, keradangan atau faktor penuaan. Semakin lanjut usia seseorang, sakit lutut juga mungkin berpunca daripada cecair lutut yang semakin kurang.

Struktur pada sendi lutut terdiri daripada tulang, rawan dan cecair lutut.

Struktur pada sendi termasuk di sendi lutut

Faktor penuaan membuatkan rawan semakin menipis dan cecair lutut semakin kurang. Rawan bertindak sebagai penyerap hentakan dan ia terletak di penghujung tulang. Cecair lutut pula bekerja sebagai pelincir yang melancarkan pergerakan sendi di lutut. Kemerosotan kedua-dua komponen penting pada lutut ini akan menyukarkan pergerakan pada sendi lutut dan akhirnya memberi kesakitan.

Apa Yang Boleh Dilakukan?

Jika anda ada sakit lutut dan pergi merujuk doktor, pastinya anda akan mendapat ubat-ubatan. Di antaranya pastilah ubat penahan sakit. Ini bertepatan untuk mengubati rasa sakit lutut yang dialami tersebut. Ambillah ia mengikut aturan yang diberikan doktor.

Namun, jangan lupa untuk ikhtiarkan sesuatu di samping ubat-ubatan. Salah satunya ialah dengan ikhtiar pemakanan yang bagus dan berimpak positif kepada kesihatan lutut anda!

Vivix dan Collagen Powder Untuk Sakit Sendi

Penuaan sel memang tidak dapat dielakkan. Ia dirujuk sebagai keupayaan sel yang semakin merosot sehingga boleh mengurangkan tahap kesihatan seseorang. Begitulah yang terjadi kepada sel badan kita termasuk di bahagian lutut. Lama-kelamaan, sel mudah diserang dan menjadi rosak sehingga menyebabkan kesakitan pada bahagian yang terlibat.

Salah satu cara untuk melambatkan penuaan sel atau dengan kata lain, meningkatkan semula keupayaan sel ialah dengan mengamalkan pemakanan dengan khasiat antioksida yang tinggi.

Kuasa antioksida dapat melindungi sel daripada kerosakan dan penuaan. Antioksida juga dapat memulihkan sel-sel yang rosak. Apabila sel-sel semakin sihat, kesakitan akan semakin berkurang dan badan akan menjadi semakin sihat.

Untuk tujuan ini, kami di VitaminMerah mencadangkan Vivix.

Vivix adalah suatu suplemen dengan khaisat antioksida yang tinggi dari kumpulan polifenol. Kandungan Vivix ialah 4 tumbuhan botani yang telah terbukti khasiatnya melalui kajian-kajian sains. Pembuatan suplemen Vivix bukanlah biasa-biasa kerana ia disokong oleh paten.

cara hilangkan sakit lutut

Khasiat Vivix dalam membantu masalah sakit lutut ialah:

  • Memperbaiki fungsi dan struktur sendi lutut
  • Mengekalkan kesihatan sendi
  • Melindungi sendi daripada keradangan
  • Menyihatkan sendi secara menyeluruh
  • Mengurangkan ketidakselesaan sendi
  • Membantu pergerakan sendi

Baca Juga: Fungsi dan Kebaikan Vivix 

Keduanya, pemakanan baik untuk masalah sakit lutut berkait juga dengan kolagen.

Kolagen bukan hanya ada pada kulit, tetapi ia juga adalah komponen yang penting dalam pergerakan di sendi. Paling utama, ia membentuk tulang rawan yang berfungsi untuk melancarkan gerakan tulang tanpa tergeser antara satu sama lain.

Salah satu punca sakit lutut ialah kerana penipisan lapisan rawan. Di sini, bekalan kolagen amat-amat perlu untuk dicukupkan dalam badan supaya ia menampung pembentukan semula struktur rawan tersebut.

Cadangan kami, amalkan Collagen Powder.

Collagen Powder ini adalah produk yang amat kaya khasiat kolagen dengan kebolehserapan yang sangat bagus. Pembangunan produknya amatlah teliti. Sumber kolagen yang didapati adalah daripada sisik ikan merah iaitu sumber yang sangat tinggi kandungan kolagen. Ia juga dipilih kerana bebas daripada pencemaran laut dalam demi menjamin kesihatan pengguna.

Antara kebaikan Collagen Powder terhadap masalah sakit lutut ialah:

  • Membina tulang rawan
  • Membaiki tisu sendi
  • Membantu mengurangkan rasa sakit
  • Meningkatkan keselesaan pergerakan pada lutut

Baca Juga: Fungsi dan Kebaikan Collagen Powder

Nota

Masalah sakit lutut yang tidak berpanjangan mungkin tidak merisaukan. Tapi awas jika masalah tersebut sentiasa dialami. Sakit lutut kerana kurang cecair adalah antara sakit yang akan berpanjangan jika tidak dirawat. Selain menerima rawatan, bolehlah ambil suplemen juga sebagai sokongan pemakanan sihat untuk membantu pemulihan sendi lutut tersebut.

Gabungan Vivix dan Collagen Powder adalah sangat baik untuk tujuan ini.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan suplemen-suplemen yang kongsikan, bolehlah menghubungi kami untuk tujuan belian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge