senarai vitamin shaklee

Senarai Vitamin Shaklee Berserta Harga dan Fungsinya

Kepentingan Vitamin Untuk Kesihatan

Kalau anda pernah baca artikel saya sebelum ini, anda tentu faham yang vitamin adalah salah satu nutrisi yang badan kita perlukan untuk mengekalkan kesihatan badan. Oleh itu, kali ini saya ingin berkongsi senarai vitamin Shaklee untuk anda.

Vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi yang didapati daripada sumber yang organik. Ia dijamin selamat, halal dan berkesan.

Perlu ke Ambil Suplemen?

Bagi pendapat peribadi saya, pengambilan suplemen jenis vitamin adalah perlu bila seseorang tu mengalami tanda-tanda kekurangan vitamin yang ketara.

Selain itu, pengambilan suplemen vitamin juga menjadi penting dengan keadaan pencemaran sekarang ini, yang menyebabkan kita tidak mendapat zat secukupnya hanya dari pemakanan sahaja, selain faktor stress yang merosakkan sel-sel badan kita.

Kalau nak bergantung mendapat vitamin daripada pemakanan sahaja, seseorang tu perlu ambil kuantiti makanan kaya vitamin yang banyak. Dan kebanyakan sumber vitamin datang dari buah dan sayuran. Masalah bila tak semua orang mampu makan dengan cukup dan konsisten, setuju?. Jadi jalan terbaik adalah dengan mencukupkan nutrisi vitamin melalui pengambilan suplemen juga.

5 Senarai Vitamin Shaklee sebagai Tambahan Pemakanan Seharian

senarai vitamin shaklee

Ini dia 5 senarai vitamin Shaklee. Istimewanya vitamin Shaklee adalah kerana ia adalah hasil kajian sains selama bertahun-tahun sebelum dipasarkan. Ia dari sumber semulajadi yang organik, selamat dan berkesan. Ujian klinikal juga dilakukan untuk memastikan kesannya cukup terbaik untuk pengguna.

1. VitaLea

Ia adalah multi-vitamin dan multi-mineral yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA.

1 Botol mengandungi 120 tablet, yang disalut dengan spirulina dan diperkaya dengan zat Besi.

Kajian klinikal telah membuktikan yang pengambilan VitaLea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Yang paling membanggakan ialah apabila VitaLea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Kandungan vitamin yang ada di dalam VitaLea ialah:

  • Vitamin A
  • Vitamin D
  • Vitamin E
  • Vitamin C
  • Asid Folik
  • Vitamin B1
  • Vitamin B2
  • Vitamin B3
  • Vitamin B6
  • Vitamin B12
  • Biotin
  • Vitamin B5

Kandungan mineral di dalam VitaLea pula ialah:

  • Kalsium
  • Fosforus
  • Iodin
  • Zat Besi
  • Magnesium
  • Copper
  • Zink

Harga: RM 93.75 (0% GST)
Kandungan: 120 tablet
Kegunaan: 3 bulan

2. Sustained Release Vita C Plus

Vitamin C ini direka dengan teknologi pelepasan berperingkat (sustained release). Ini kerana jika dos 500mg per tablet terus dilepaskan ke dalam darah kita, ia akan banyak terbuang melalui air kencing akibat penyerapan badan kita yang terhad. Pelepasan berperingkat akan membantu supaya badan menyerap kesemua 500mg vitamin C dalam tempoh masa 5 jam.

Ia diperkaya dengan 120 mg bioflavonoid per tablet (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang dikenali sebagai vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam badan kita, melegakan inflamasi, menentang jangkitan bakteria dan radikel bebas.

Harga: RM 97.50 (0% GST)
Kandungan: 180 tablet
Kegunaan: 6 bulan

3. B Complex

Hampir 99% asid folik yang terdapat di pasaran bersifat sintetik. Tapi dengan suplemen ini, para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan yang sangat tinggi dan berkualiti.

Sebotol B Complex ini mempunyai kesemua 8 komponen penting vitamin B untuk keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Harga: RM 58.75 (0% GST)
Kandungan: 120 tablet
Kegunaan: 3 bulan

4. Vita E Complex

Sumber Vitamin E ini adalah daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E.

Juga mengandungi 10mg zat Selenium semulajadi supaya menggalakkan penyerapan vitamin E dalam badan kita. Selenium juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Selain untuk kesihatan kulit, vitamin E juga bagus untuk memelihara kesihatan jantung dan kesuburan lelaki.

Harga: RM 156.25 (0% GST)
Kandungan: 120 sofgel
Kegunaan: 3 bulan

5. CarotoMax

CarotoMax adalah suplemen Vitamin A.

Ia membekalkan lebih 13mg (21500 IU) karotenoid berfaedah seperti lutein, likopena dan beta karotena.

CaratoMax mengandungi 6 jenis karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggut, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain.

Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5 ke 9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah, seterusnya memelihara kesihatan mata, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

Harga: RM 77.50 (0% GST)
Kandungan: 30 sofgel
Kegunaan: 1 bulan

Kesimpulan

Senarai vitamin Shaklee ini diharap dapat membantu anda yang masih tercari-cari suplemen vitamin yang sesuai untuk diri sendiri. Perlu diingat pengambilan vitamin yang cukup sama ada melalui pemakanan atau top up dari suplemen adalah perkara yang sangat penting untuk memelihara kesihatan badan kita untuk tempoh jangka masa panjang.

Jagalah kesihatan kita baik-baik ya 🙂

=

Bagi anda yang ingin mendapatkan vitamin Shaklee sebagai tambahan kepada pemakanan anda boleh dapatkan daripada saya selaku pengedar Shaklee Malaysia yang sah. Hubungi saya Jaja Zaleha di talian 01136198300 untuk sebarang pertanyaan dan pembelian.

Anda boleh juga walk in ke branch Shaklee berdekatan untuk membeli terus di kaunter. Nak beli dengan harga ahli yang jauh lebih murah? Boleh guna ID saya untuk buat belian anda di branch dan jimat RM anda 😉

Nama: Zaleha Binti Mohamad Saidin

Shaklee ID: 1227002

Kalau anda seorang yang sibuk, dapatkan vitamin Shaklee anda secara online sahaja. Boleh klik Laman Web Shaklee untuk buat pembelian online dengan medium bayaran kad kredit atau kad debit anda dan tunggu sahaja vitamin sampai ke rumah.

 

Rujukan: Info Vitamin Shaklee

Baca Selanjutnya: 21 Tanda-Tanda Kurang Kalsium dalam Badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *