cara hilangkan migrain

Set Migrain Shaklee Membantu Hidup Lebih Ceria Dan Punya Banyak Masa!

Migrain memang menyakitkan. Kadang sakit berjam-jam tapi boleh melarat juga berhari-hari kalau tak segera mengambil painkiller. Aduh memang siksa! Mungkin tiba masanya untuk anda cuba Set Migrain Shaklee untuk segera bebas dari serangan migrain!

set migrain shaklee
Migrain dah takde!

Kalau migrain menyerang alamatnya satu kerja pun susah nak dibuat. Asyik layan kepala yang sakit dan berat betul tak.

Macam customer Set Migrain Shaklee seorang ini, beliau alami sakit kepala teruk setiap hari. Selepas konsisten mengamalkan Set Migrain Shaklee syukur migrain tak lagi menyerang.

Bagaimana Set Migrain Shaklee Boleh Membantu?

Suplemen Shaklee bukan ubat ye, perlu jelas. Apa yang Set Migrain Shaklee boleh bantu ialah dari segi mencukupkan kekurangan nutrisi dalam badan supaya masalah migrain dapat dielakkan.

Memetik dari laman WebMD, penyebab migrain boleh jadi kerana kekurangan beberapa nutrisi iaitu:

1. Magnesium

Orang yang selalu diserang migrain didapati kurang zat magnesium di dalam badan mereka. Secara umum fungsi magnesium ialah mengawal tekanan darah, kandungan gula darah dan membantu otot serta saraf bekerja dengan lancar.

Migrain ada kaitannya dengan fungsi saraf dan kesihatan otot salur darah. Jadi tak hairanlah orang yang kekurangan magnesium akan selalu diserang migrain.

Untuk membantu masalah migrain, cadangan pengambilan Magnesium dalam sehari ialah 400 mg dan suplemen dapat membantu anda untuk tujuan ini 🙂

2. Vitamin B2 atau Riboflavin

Vitamin B2 memainkan peranan paling penting dalam penukaran makanan kepada tenaga dalam badan kita. Bagi orang yang diserang migrain, metabolisme menukar makanan menjadi tenaga ini boleh terganggu secara tiba-tiba. Gangguan ini malangnya akan membuatkan sakit migrain bertambah teruk.

Dengan bekalan vitamin B2 yang mencukupi di dalam badan, gangguan metabolisme badan secara tiba-tiba dapat dikurangkan, jadi ia tidak akan merangsang sakit yang lebih kritikal untuk migrain yang sedang dihadapi.

3. Ko-enzim Q10

Seperti vitamin B2, ko-enzim Q10 juga terlibat dalam kawal atur proses dalam badan kita.

Ada kajian yang menyebut bahawa kekurangan Q10 adalah salah satu sebab kepada migrain.

Dalam satu kajian kecil, sekumpulan orang diberi Q10 setiap hari di mana 60% daripada mereka telah mengalami 50% pengurangan serangan migrain pada akhir kajian tersebut. Ini bermakna Q10 yang mencukupi dalam badan dapat mengurangkan masalah migrain.

Set Migrain Shaklee

Ada 3 item di dalam Set Migrain Shaklee iaitu:

set migrain shaklee

1. OsteMatrix

OsteMatrix ialah suplemen yang mengandungi Magnesium dan beberapa mineral lain yang bermanfaat seperti vitamin D, Kalsium, Boron, Mangan, Kuprum, Zink dan Sulfur. Sebiji tablet OsteMatrix akan membekalkan sebanyak 100mg Magnesium yang sangat baik untuk menampung kekurangan Magnesium dalam badan mereka yang selalu diserang migrain.

Sebotol OsteMatrix mengandungi 120 tablet untuk kegunaan selama 1 bulan pada harga RM61.25.

2. B Complex

Dinamakan B Complex kerana ia mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuklah B2. Vitamin B2 seperti yang diterangkan di atas akan mengelakkan kesakitan migrain dari bertambah teruk.

Satu lagi kebaikan B Complex untuk masalah migrain ialah ia bersifat anti-stress yang mengurangkan tekanan. Stress atau tekanan bukanlah punca utama masalah migrain tetapi ia adalah penggalak kepada terjadinya serangan. Dengan mengurangkan stress, serangan migrain juga pasti akan berkurang.

Sebotol B Complex mengandungi 120 tablet untuk kegunaan selama 4 bulan lamanya pada harga RM58.75.

3. Co-Q Trol Plus

Selain membekal ko-enzim Q10, suplemen ini turut diperkaya dengan anti-oksidan jenis kumpulan resveratrol dan tokoferol.

Satu tablet membekalkan kebaikan 100mg Q10 dan khasiat resveratrol untuk memelihara kesihatan secara tidak langsung. Badan akan jadi lebih bertenaga di samping mengurangkan serangan migrain.

Sebotol CoQ-Trol Plus mengandungi 30 tablet untuk kegunaan selama 1 bulan pada harga RM148.75.

set migrain shaklee
“Dari kena migrain sebulan sekali, sekarang 4-5 bulan je kena..”

Harga penuh untuk Set Migrain Shaklee lengkap ini ialah RM278.25 termasuk kos kurier. Klik button di bawah jika anda berminat untuk membelinya. Pesanan anda akan diuruskan secara terus oleh pihak Shaklee nanti.

Klik BELI SEKARANG untuk membuat pembelian online menggunakan VISA / MASTER CARD

Bagi yang masih ada kekeliruan atau memerlukan konsultasi lanjut, boleh juga hubungi saya selaku Pengedar Sah Shaklee, Zaleha dengan ID: 1227002 untuk sebarang pertanyaan. Boleh juga buat pembelian Set Migrain Shaklee melalui saya jika anda kekurangan masa. Saya aka uruskan pembelian bagi pihak anda nanti. Dan berita baiknya anda boleh berJIMAT – ask me how! 🙂

pengedar shaklee taiping cod shaklee taiping 3

 

>>> Baca: 5 Cara Hilangkan Migrain Tanpa Ubat | Petua Semulajadi Wajib Cuba <<<

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge