Saya rasa ramai yang masih tercari-cari skincare terbaik untuk kulit wajah masing-masing. Ada kes yang sudah mencuba pelbagai jenama, tapi akhirnya belum sampai 2 minggu sudah terbiar sepi? Hehe. Well, mencari skincare terbaik untuk kulit semestinya perkara yang amat penting. Fokus utama mestilah ia serasi dengan kulit. Dan antara poin yang amat-amat penting mestilah mahu ia berkesan untuk mencantikkan kulit kita, betul?
Saya teruja mahu berkongsi tentang satu skincare ini.
Namanya Youth Skincare.
Ada yang kenal?
Bagi yang belum kenal, Youth Skincare adalah keluaran jenama hebat Shaklee. Shaklee pula ialah syarikat pengeluar suplemen semulajadi yang organik dan selamat, telah bertapak di Malaysia sejak 1956 lagi. Lama dan kukuh!
Apa Kriteria Skincare Terbaik Anda?
Selalu orang yang bertukar-tukar skincare ini sebab apa ya? Saya percaya semua nak mencari skincare terbaik yang sesuai dengan kulit, dapat menyelesaikan masalah kulit wajah macam jerawat, parut dan sebagainya malah ia mesti berbaloi juga dari segi harga.
Mari saya kongsikan apa Youth Skincare boleh berikan pada anda.
Testimoni Youth Skincare
Kesan 1
Jerawat yang menimbun dulu, dah hilang. Kulit kemerah-merahan dulu pun dah lesap. Parut-parut kesan jerawat yang banyak tu pun dah beransur hilang.
Kesan 2
Selepas mengguna produk Youth selama 3 bulan, kulit muka nampak lebih berseri dan tona kulit sekata.
Kesan 3
Kulit muda 5 tahun dari usia sebenar, pori semakin kecil, tona kulit sekata, kulit lebih lembut dan cerah.
Kesan 4
Kulit lebih bersih dan glowing, parut jerawat pudar, feel more confident.
Kesan 5
Perubahan pada kulit muka sangat ketara apabila jerawat tak tumbuh, parut jerawat sudah hilang dan kulit muka makin lembut.
Berdasarkan testimoni yang saya kongsikan di atas, ternyata Youth Skincare dapat memberi kesan baik kepada kulit seperti berikut:
- Membantu mengurangkan masalah jerawat.
- Memudarkan parut dan kemerahan pada kulit wajah.
- Menjadikan kulit glowing dan tidak kusam.
- Mengecilkan liang pori dan mengurangkan masalah kulit berminyak.
- Melembutkan kulit.
- Menyihatkan kulit.
- Menampilkan kulit yang awet muda.
- Tona kulit lebih sekata.
Bagaimana, banyak kan kesan Youth Skincare ini? Boleh dikira sebagai skincare terbaik kan!
Pendapat peribadi saya, Youth Skincare mampu menyelesaikan pelbagai masalah cela kulit. Memang berbaloi untuk digunakan selain dapat pula kesan awet muda hehe. Maklumlah, sebenarnya Youth Skincare ini adalah kategori anti-aging skincare tau, sebaris dengan SKII dan lain-lain. Tapi kalau difikir balik, adakah jenama anti-aging skincare lain dapat memberikan kesan-kesan tambahan seperti Youth ini? Belum ada kan.
Kalau rasa Youth Skincare mahal, kesannya ternyata lebih berharga. Bayangkan, dalam pemakaian satu set Youth, anda akan dapat kesan baik yang pelbagai pada kulit. Bagus kan?
Berminat nak cuba Trial Set bagi Youth Skincare? Boleh WhatsApp saya untuk details 🙂
Pernah dengar and cuba pencuci muka youth ni. Alhamdulillah okei dengan saya. Cuma tak continue. Mungkin kena cuba one set ao baru tahu keberkesanannya.
Oh kenapa tak continue Mek 🙁
YOUTH nie nampak membantu ye. Harga dia camne? Mampu milik ke mampu tengok? Haha. Tapi Rawlins nie sejenis kulit super sensitif.
YOUTH memang berkesan tau! Alah harga pun okay Rawlins.. opkos la mampu beli, hahaha. Kulit super sensitif pun jangan risau, sebab semua ingredients Youth adalah sumber tumbuh-tumbuhan, organik dan bebas bahan kimia berbahaya okay.
Best Youth ni. Saya pakai hari-hari.. hasilnya memuaskan.. saya pakai seluruh set.. berbaloi la ngan harga.. hehe
Yeahh, fresh testimonial ni hehe
Menariklah produk nih, teruja pula rasa nak guna bila baca info-info diatas.
wow menariklah produk Youth nih, bila baca info-info diatas jadi teruja nak cuba! mana tau serasi untuk skin muka saya
Boleh cuba Bonde! Kalau rasa takut tak serasi, bolehlah beli yang Trial Set dulu..
Orang lelaki sesuai ka? haha. Naim jarang update pasal skincare ini. Semoga ia dapat sambutan oleh masyarakat kita. Insha Allah
Orang lelaki pun sesuai Naim, tak mengira jantina 🙂
Teringin juga nak try full set youth ni sebab tengok keberkesanan dia. Kena menabung dulu
Ala takpe, boleh cuba Trial Set dulu Airah.. lebih jimat 🙂
Baru baca tadi berkenaa produk ni, ni pun ada entry dia..haishh tergod atau denagn set skincare youth ni..nak muda selalu je..hehee
Hahaha.. ada jodoh ngan skincare ni kot.. 😀
Bila baca testimoni oengguna Youth ji rasa teruja pula. Yela sebab mrmang nampak ketara perubahan dan perbezaan sebelum dan selepas mereka memggunakan produk Youth tu
Apalagi, mari la cuba trial set hehe
Melihat pada testimoni sebelum dan selepas itu nampak produk ini berkesan. Jadi bagi yang merancang nak cari produk sebegini boleh lah cuba. Mana tau kali ini menjadi kan?
Betul tu.. setuju 🙂
Ada terbaca juga rakan gunakan produk ni. Dia pun rekomenkan juga sebab katanya puas hati dengan penggunaannya. Namanya pun memang kena sangat – macam meremajakan kulit gitu. Hihi.
Ya betul tu Hasif, Youth memang untuk meremajakan kulit sebab ia kategori anti-aging skincare tau.
Tak pernah dengar pasal Youth ni. Ohhh rupanya keluaran Shaklee. Packaging nampak cantkk dan kemas.
Iyer keluaran Shaklee.. sekarang dah tau la kan hehe 🙂
Ada org approach saya dengan set youth ni.. Terus terang out of my budget… Ya la kita paham kenapa harga dia mahal kan… Maybe ada rezeki lebih boleh try
tak apa, nanti ada rezeki boleh cuba 🙂
Best skincare ni saya ada guna juga
Terbaik Ziana!
mmg bagus produk shaklee ni.. wawa pernah consume produk kesihatan dia.. xsangka shaklee ade juga skincare ye… ramai kata bagus so boleh la try nnti
Silakan cuba Wawa 🙂
Kawan sis dah lama suruh cuba jenama ni. Tapi di sebabkan kulit sis jenis sensitif…so kena berhati-hati bab skincare ni. By the way… Shaklee memang jenama yang dah lama bertapak dan terkenal.
Kalau sis takut, boleh cuba trial set dulu.. 🙂
Nampak memang berhasil ya produk ni. terbaiklah. semoga lebih ramai yang akan kenal dan menggunakan produk ni. 🙂
Harap-harap begitulah. Produk yang berkesan memang jadi perhatian.
Eh, tak prnah dgr tentang skincare ni. But macam nice la. My skin selalu sensitive dgn produk. Susah nak cari yang sesuai. Maybe ini boleh help my skin to recover.
Selamat berkenalan dengan Youth Skincare Lala 🙂 Boleh cuba nanti, sebab ia sesuai untuk semua jenis kulit.
Wahhh… nak menarik ni. Rasa macam nak cuba pulak. I memang suka cuba produk2 baru.
Silakan Mira, semoga berpuas hati nanti!