suplemen protein terbaik

6 Tips Memilih Suplemen Protein Terbaik di Pasaran

Pilih Suplemen Protein Terbaik Anda

Mahu mencari suplemen protein terbaik? Sebelum itu mungkin anda nak tahu betul ke anda perlukan suplemen protein. Jadi, boleh semak artikel saya sebelum ini bertajuk Adakah Saya Perlukan Suplemen Protein? – check it out ya!

Sememangnya kita mendapat protein daripada pemakanan kita hari-hari. Contohnya sumber protein yang biasa kita makan ialah daging, ikan, ayam, kekacang dan hasil tenusu. Keperluan mengambil suplemen protein terbaik ni adalah apabila protein yang kita makan sehari-hari tidak mencukupi daripada keperluan sebenar badan.

Antara faktor mengapa badan kita tidak mendapat protein yang cukup ialah:

  • Waktu makan yang tidak teratur
  • Pengambilan makanan ringan dan makanan segera
  • Kaedah memasak yang mengurangkan zat protein
  • Pengambilan yang tidak cukup dengan keperluan badan sebenar

Anda mungkin kekurangan protein kalau anda ada beberapa petanda yang dikongsikan oleh laman Healthline ini:

  1. Edema – ia macam pengumpulan cecair dalam badan, contoh macam geleber pada abdomen perut. Kekurangan protein buatkan cecair akan terkumpul pada bahagian-bahagian badan tertentu.
  2. Hati Berlemak – ia dikaitkan dengan kurangnya protein pembawa lemak jadi menyebabkan pengumpulan lemak pada hati. Hati berlemak ni memang berbahaya sebab boleh mengganggu fungsi organ hati dalam badan kita.
  3. Rambut, Kuku dan Kulit yang tidak sihat – protein membina rambut, kuku dan kulit kita. Jika kekurangan protein, maka bahagian ini tidak subur dan sihat seperti masalah kuku rapuh, kulit kasar dan rambut gugur.
  4. Kehilangan Jisim Otot
  5. Risiko Keretakan Tulang yang Tinggi – Protein juga membentuk kolagen pada tulang untuk mencantumkan struktur tulang. Kurangnya protein bermakna struktur tulang juga menjadi lemah.
  6. Pertumbuhan Terbantut – Kanak-kanak dan usia remaja amat memerlukan protein untuk pertumbuhan. Begitu juga bagi bayi di dalam kandungan.
  7. Merendahkan Daya Tahan Penyakit – antibodi adalah dari protein. Begitu juga sel darah putih yang bertanggungjawab dalam pertahanan badan kita.
  8. Selera Tinggi dan Cenderung Mengambil Kalori Berlebihan

suplemen protein terbaik

6 Ciri Suplemen Protein Terbaik

1. Protein berasaskan Soya

Pilihlah suplemen protein berasaskan soya. Protein daripada tumbuhan adalah lebih baik kerana:

  • 100% daripada sumber tumbuhan yang sesuai untuk vegetarian
  • Khasiatnya yang rendah kolesterol dan kurang lemak
  • Pengambilan berterusan membantu wanita menghadapi sindrom menopous seperti panas badan

2. Tiada Gula Tambahan

Suplemen protein terbaik tidak sepatutnya ditambah gula. Kebanyakan pengeluar suplemen protein cenderung untuk menambah gula ke dalam produk untuk memperbaiki rasa produk.

Namun amalan ini kurang baik kerana ada gula bermaksud ada kalori tambahan. Ia tidak sesuai diamalkan bagi anda yang mempunyai penyakit kencing manis, sedang berdiet atau sedang workout.

Kelebihan suplemen protein tanpa gula tambahan ialah:

  • Mendapat sumber protein yang mencukupi supaya dapat mengelak kalori yang berlebihan dalam diet
  • Ia membantu untuk mengekalkan kadar gula dalam darah yang rendah.

3. Mempunyai Indeks Glisemik yang Rendah

Indeks Glisemik adalah ukuran yang digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu makanan itu akan menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat atau tidak.

Semakin rendah Indeks Glisemik sesuatu makanan itu lebih baik kerana ia bermakna kadar gula dalam darah tidak naik secara mendadak. Sugar spike dalam darah perlu dielakkan sebab ia akan menyebabkan risiko kencing manis, keletihan dan cepat berasa lapar kembali.

  • Mengekalkan kadar gula dalam darah yang rendah
  • Mengurangkan rasa lapar kerana ia membuat anda tahan lapar lebih lama.
  • Mudah untuk mengawal makanan yang anda makan bagi sesiapa yang ingin kawal berat badan

4. Lengkap dengan 9 Asid Amino Perlu

2 komponen protein ialah Asid Amino Perlu dan Asid Amino Tidak Perlu. Kedua jenis asid amino ini ada kegunaan masing-masing.

Tidak Perlu bermaksud badan kita dapat menghasilkannya sendiri. Asid Amino Perlu pula tidak dapat dihasilkan dalam badan, jadi ialah perlu diambil daripada pemakanan.

Pilih suplemen protein yang ada kesemua 9 asid amino untuk keperluan badan yang terbaik.

5. Non GMO

Organisma Terubahsuai Secara Genetik (Genetically Modified Organism, GMO) adalah satu teknologi dalam kejuruteraan makanan untuk tujuan mempelbagaikan sumber makanan dengan ciri-ciri tertentu.

Namun, kesan teknologi GMO pada makanan masih tidak diketahui untuk tempoh jangka masa panjang. Cara terbaik ialah, elakkan makanan jenis GMO ini, termasuklah untuk suplemen protein terbaik anda.

Makanan bersumber non-GMO akan menjamin:

  • Mendapat nutrien asli daripada suplemen anda
  • Alternatif kepada makanan yang lebih selamat dan sihat.

6. Rendah Lemak

Harus diingat, anda mencari suplemen protein terbaik. Ia seharusnya mengandungi sumber protein sebagai zat utama, bukan lemak mahupun kolesterol. Lean protein orang kata..

Pilih produk suplemen protein yang memgandungi kurang dari 3% lemak bagi setiap sajian 100g.

  • Ia dapat mengekalkan jisim otot yang stabil
  • Ia dapat mengekalkan kadsr kolesterol yang rendah.

Kesimpulan

Ada banyak suplemen protein di pasaran. Untuk memilih suplemen protein yang terbaik, pastikan anda baca label dan buat kajian serba-sedikit.

Pastikan juga sumber protein adalah dari sumber semulajadi dan selamat.

Selamat memilih suplemen protein anda!

 

Baca Selanjutnya: Manfaat ESP Shaklee sebagai Suplemen Protein Yang Bagus

23 comments

    1. Yang ni saya setuju juga. Kadang-kadang ada yang ada masalah kesihatan tertentu, jadi better tanya doktor sebelum amik apa2 suplemen sebagai kepastian

  1. ada pernah baca perkongsian doktor2 yang tak berapa sarankan pengambilan berasaskan soya dengan kerap sebab boleh menyebabkan macam-macam masalah dengan mengganggu hormon etc, so since then I lagilah not really into supplement berasaskan soya 😅 maybe kalau sekali sekala xpe lah kot ek or tak taulah lain org lain outcomenya kan huhu. all the best tho.
    Qeela recently posted…IJM Land Half Marathon 2018 : Run For A Good CauseMy Profile

  2. Sumber protein mmg penting tp kalau boleh cuba ambil sumber protein dari sumber yg asli lagi baik. Pernah dengar juga issue pasal terlalu banyak ambil soya..not good..

  3. Bagus lah tips ini sangat berguna sebelum ni tak pernah nak fikir bila nak ambil suplement protein terbaik buat diri. Paling selalu tengok mesti dari bahan semulajadi jer…

  4. Bagus tips ni beri kesedaran betapa pentingnya protein dalam tubuh badan kita. Lagipun produk protein ni semakin banyak di pasaran. Cuma pilih je mana satu yang nak consume. Tapi sebelum nak ambil sebarang supplement kena dapat dulu nasihat daripada pakar. Takut jadi lain pulak nanti.
    kinah recently posted…Hadiah Hari Lahir Dari PrintciousMy Profile

  5. Vitamin dan supplements ni kena study dulu apa yang kita perlukan. Cek dengan doktor pun perlu juga. Ramai tidak melakukan full body check up. Makan vitamin hanya ikut simptom yg berlaku pada diri sahaja. Sebagai contoh, bila penat hanya makan vitamin executive B. Kemudian bila kulit wajah kusam dan rasa penat, makan vitamin c celup air tu. Bila dah sihat berhenti makan vitamin. Sebab supplements ni kena berterusan makan agar fungsi dia juga berterusan. Jadi antibodies kita akan serasi dengan supplements yang kita consume. Susah nak educate semua org. Harap mereka belajar membaca dengan cara perkongsian dari blog macam ni.

    1. Setuju gak ngan Ruby tu. Ada yang kita kena cek doktor ada yang kita boleh perasan sendiri kalau kekurangan sesuatu vitamin tu. Contoh kita amalkan susu sebab nak bagi cukup kalsium dalam badan. Semua faham keperluan macam ni jadi tak jumpa doctor pun okay.

  6. Protein memang elok untuk kita. kekadang ada jenis tak makan protein. Mcm uzu keladang malas makan . mmg elok apply supplement ni

    1. Jangan malas2 uzu, suplemen ni tolong support nutrition kita je. Makan tetap kena makan dengan balanced diet okay 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge