Tanda Kekurangan Vitamin Dalam Badan Jangan Diabaikan

Mengapa Badan Kita Boleh Kekurangan Vitamin?

tanda kekurangan vitamin

Tanda kekurangan vitamin dalam badan ni wajib kita tahu ye!

Vitamin adalah salah satu dari 7 kelas makanan yang kita perlukan. Kecil-kecil cili padi sifatnya. Mengapa saya kata begini sebabnya kita hanya perlukan vitamin dalam kuantiti yang sedikit, tak boleh tidak. Sebab secara umum, vitamin memainkan peranan dalam kelancaran proses-proses badan kita. Jadi bila badan kita tidak mendapat vitamin yang mencukupi, proses-proses dalam badan akan terganggu, tanda kekurangan vitamin akan berlaku dan lama-kelamaan boleh pula menyebabkan penyakit.

Jadi, mengapa ya badan kita boleh kekurangan vitamin sebenarnya?

Pertama-tama, sudah tentu kerana pemakanan kita tidak memberikan kuantiti vitamin yang cukup. Ini termasuklah sama ada kita sendiri kurang makan sumber vitamin berkaitan seperti tabiat tidak makan sayur dan lain-lain. Selain itu, zat di dalam makanan kita sekarang ini banyak juga terjejas akibat kaedah penanaman yang menggunakan bahan kimia, faktor pencemaran, cara kita memasak dan lain-lain.

Jadi, seandainya kita tidak mengamalkan pemakanan seimbang, kita sangat berisiko untuk mengalami kekurang vitamin dalam badan. Bahkan boleh jadi risiko kekurangan kelas-kelas makan yang lain juga.

6 Vitamin Utama

Mari kenali 6 jenis vitamin, apa sumber makanan yang kaya dengannya, fungsi vitamin dan kesan apabila kekurangannya seperti yang saya ringkaskan di bawah  😎

1. Vitamin A

Sumber:

Tomato, lobak merah, minyak hati ikan kod, sayuran hijau, kuning telur.

Fungsi Utama:

  • Membantu penglihatan malam atau penglihatan dalam cahaya malap.
  • Memelihara kesihatan kulit.

Tanda Kekurangan Vitamin A:

  • Rabun malam
  • Kulit kering dan bersisik

2. Vitamin B

Sumber:

Roti gandum penuh, bijirin, telur, susu, sayuran hijau.

Fungsi:

  • Memelihara kesihatan kulit.
  • Memelihara sistem saraf.
  • Membantu perkembangan sel darah merah.
  • Membantu pembebasan tenaga daripada karbohidrat.

Tanda Kekurangan Vitamin B:

  • Beri-beri (kelumpuhan)
  • Dermatitis (gangguan kulit)
  • Pelagra (gangguan mental dan penyakit kulit)
  • Anemia (kekurangan sel darah merah)

3. Vitamin C

Sumber:

Buah-buahan segar, sayuran hijau.

Fungsi:

  • Memelihara kesihatan tisu.
  • Menyembuhkan luka.
  • Membina ketahanan terhadap penyakit.

Tanda Kekurangan Vitamin C:

  • Skurvi (gusi berdarah, pendarahan dalaman otot dan kulit)

4. Vitamin D

Sumber:

Minyak hati ikan kod, kuning telur, boleh terbentuk dalam kulit oleh cahaya matahari.

Fungsi:

  • Menggalakkan penyerapan kalsium dan fosforus.
  • Menguatkan gigi dan tulang.

Tanda kekurangan Vitamin D:

  • Rikets (betis pengkar dan lutut bersentuhan)
  • Osteomalasia (pelembutan tulang)

5. Vitamin E

Sumber:

Gandum penuh, germa gandum, minyak sayuran.

Fungsi:

  • Membantu pembentukan membran sel
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot.
  • Memelihara fungsi sistem pembiakan.

Tanda Kekurangan Vitamin E:

  • Kemandulan

6. Vitamin K

Sumber:

Sayuran hijau, tomato, kuning telur, dihasilkan oleh bakteria di dalam usus besar.

Fungsi:

  • Penting untuk pembekuan darah.

Kesan Kekurangan Vitamin K:

  • Pendarahan yang berlanjutan.

Tanda Kekurangan Vitamin | Apa nak buat?

Jalan terbaik untuk mengatasi kekurangan vitamin semestinya ialah cuba sedaya upaya untuk mencukupkan ia dalam keperluan harian kita. Ada 2 cara yang kita boleh lakukan  🙂

1. Cukupkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin berkaitan.
2. Ambil suplemen vitamin yang semulajadi. Ia dapat mengisi lompong-lompong vitamin yang kurang dari pemakanan kita.

 

Rujukan: MyHealth

Baca Selanjutnya: Senarai Vitamin Shaklee Beserta Harga dan Fungsinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge