cara menaikkan hb darah

Cepat Letih, Pucat dan Anemia? Semak 10 Tanda Kurang Zat Besi Dalam Badan

Zat Besi adalah antara mineral penting yang badan manusia perlukan. Fungsi utamanya berkait dengan penghasilan sel darah merah kita. Jadi kalau kulit seseorang tu nampak pucat, itu besar kemungkinan ialah tanda kurang zat besi yang menghasilkan cukup darah dalam badan.

Oleh kerana zat besi ni sangat penting untuk hasilkan darah merah, jadi beberapa risiko besar boleh terjadi kalau badan kita kekurangan zat yang satu ini.

Antara risiko bila badan kurang zat besi ialah:

1. Anemia

Kurang zat besi, maka kurang juga sel darah merah dalam badan. Fungsi sel darah merah ialah mengangkut oksigen ke seluruh organ badan supaya boleh berfungsi dengan baik. Tapi disebabkan kurang sel darah merah, bekalan oksigen yang badan dapatkan akan berkurang juga. Badan akan jadi lemah, kurang tenaga, cepat letih, rasa nak pitam dan boleh pengsan bila-bila masa. Risiko paling buruk ialah boleh bawa kepada kematian sebab badan tak cukup oksigen sepatutnya yang ia perlukan.

2. Masalah jantung

Jantung perlu bekerja mengepam lebih kuat dan laju supaya boleh menyokong kekurangan oksigen yang dibawa oleh sel darah merah yang terhad. Bahaya, ini boleh buatkan risiko jantung membesar atau kegagalan jantung!

3. Masalah semasa kehamilan

Pernah dengar ibu hamil risau sebab masalah darah rendah? Inilah risiko semasa kehamilan sebab kurang darah merah semasa tempoh ini boleh bahayakan nyawa kedua-dua ibu dan bayi.

Risiko untuk bayi ialah kelahiran pra-matang atau kekurangan berat. Manakala risiko untuk ibu paling ditakuti ialah komplikasi semasa bersalin akibat kehilangan darah yang boleh meragut nyawa.

4. Masalah Pembesaran

Bagi bayi dan kanak-kanak pula kurang zat besi yang membawa kepada masalah anemia boleh sebabkan tumbesaran mereka terganggu. Selain itu, dikatakan juga mereka lebih mudah mendapat jangkitan (sistem imun yang lemah).

10 Tanda Kurang Zat Besi

Pada permulaan mungkin tanda kurang zat besi ini kurang ketara ya, tapi awas lama-kelamaan simptomnya makin jelas. Jadi bila nampak tanda-tanda ini janganlah diabaikan ya, takut-takut risiko yang lebih besar boleh terjadi nanti.

Tanda kurang zat besi
Sumber: Portal myHealth

Antara tanda kurang zat besi yang dapat diperhatikan ialah:

1. Keletihan yang melampau.

2. Badan asyik lemah-lemah.

3. Penampilan kulit yang pucat.

4. Sakit di bahagian dada, degupan jantung yang laju dan nafas pendek.

5. Kerap pening dan sakit kepala.

6. Kaki dan tangan menjadi sejuk dari bahagian badan lain.

7. Berlaku keradangan pada lidah.

8. Kuku yang rapuh.

9. Wujud keinginan untuk makan benda merapu seperti sampah dan kertas.

10. Hilang selera.

Jadi anda dah semak ke tanda kurang zat besi yang mungkin anda sendiri ada? Kalau ada banyak simptom tu, tiba masanya untuk cari penyelesaian okay 😉

Punca Kekurangan Zat Besi?

Ada beberapa punca mengapa badan kita boleh kekurangan zat besi ini. Antaranya:

1. Kehilangan Darah

Kehilangan darah boleh jadi sebab tercedera, haid pada wanita atau pendarahan dalam badan. Berkaitan haid, sebab itu dikatakan wanita lebih mudah dapat simptom anemia berbanding lelaki tau.

2. Kehamilan

Ibu hamil berkongsi nutrisi, oksigen dan keperluan badan lain dengan bayinya. Sebab itu, kekurangan zat besi boleh berlaku.

3. Faktor Pemakanan

Ini selalu terjadi untuk ramai orang. Kita kekurangan zat besi kerana kita kurang mendapatnya melalui pemakanan kita! Cara atasi? – mestilah makan makanan yang kaya zat besi okay.

4. Masalah Penyerapan

Sudah makan makanan kaya zat besi tapi 10 tanda kurang zat besi di atas masih ada? Ini mungkin sebab penyerapan zat besi yang lemah dalam badan. Makan saja tapi ia tak diserap sepenuhnya, memanglah merugikan dan simptom tak juga reda. Nasihat saya, berbincanglah dengan doktor jika ada rasa mengalami masalah penyerapan ini.

Bagi yang ada tanda kurang zat besi di atas, rajin-rajinlah makan makanan kaya zat besi ya. Atau sebagai alternatif, boleh ambil suplemen tambah darah yang ada zat besi untuk kesan yang lebih cepat dan menjamin.

(Sumber)

 

>>> Baca Lagi: Cara Menaikkan HB Darah | Tambah Darah Dengan Cara Semulajadi <<<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge