tips atasi susah tidur malam

Tips Atasi Susah Tidur Malam @ Insomnia | Buat 5 Perkara Ini

Tips Atasi Susah Tidur Malam @ Insomnia | Ada masa-masanya memang kita susah nak tidur malam. Ini biasa terjadi kalau kita terlalu banyak berfikir, ada masalah tertentu, risau yang keterlaluan dan stress. Susah nak tidur malam ni kalau sekali-sekala tu normallah sebenarnya. Tapi andaikata susah nak tidur ni berlaku hampir setiap hari, berlanjutan pula berbulan-bulan itu dah jadi kes insomnia namanya. Awas ya!

tips atasi susah tidur malam

Gambar ni menunjukkan kajian yang dilakukan oleh Nielsen Malaysia tentang tabiat tidur rakyat Malaysia. Lihat pada statistik 2, 4 daripada 10 orang rupanya mengambil masa 30 minit sebelum betul-betul terlena. Lihat pula statistik nombor 3, 4 daripada 10 orang bangun tidur dalam keadaan mengantuk, penat dan lesu. Secara ringkas, rakyat Malaysia ni bukan je ada masalah insomnia, tapi ada masalah tidur yang tak berkualiti juga.

Tips Atasi Susah Tidur Malam

Kali ini saya ingin kongsikan tips atasi susah tidur malam ya. Tips untuk tidur yang berkualiti pula nanti saya kongsi di lain entry 😉

1. Amalkan rutin tidur dan bangun tidur yang seragam

Ini bermakna kalau nak tidur malam tu pastikan kita set masa yang sama je setiap hari. Even pada hujung minggu sekalipun, cuba untuk tidur pada masa kebiasaan kita tidur. Rutin waktu tidur yang sama ini akan membantu untuk programkan minda kita supaya bersedia untuk tidur.

2. Atasi Stres Dengan Baik

Kerisauan adalah antara punca susah tidur. Cara terbaik semestinya dengan mengurus stres dengan baik. Belajar tangani stres, elak kerisauan yang berlebihan dan plan urusan esok hari dengan teratur seperti tulis To-Do-List. Maka bolehlah masuk tidur dengan lebih tenang 🙂

3. Cipta Suasana Tidur Yang Selesa

Kalau jiran sebelah asyik karaoke tengah-tengah malam buta, macam mana nak tidur kan? Ciptakan apa-apa saja suasana yang membolehkan kita dapat tidur, contohnya padam lampu, elak bising, letak wangian aromaterapi, mandi air suam sebelum masuk tidur, minum susu, tilam yang selesa dan pastikan keadaan bilik tidak terlalu panas atau sejuk.

4. Buat Aktiviti Fizikal di Siang Hari

Jika kita seorang yang bekerja ringan sahaja setiap hari, ambil inisiatif untuk melakukan aktiviti fizikal supaya badan sedikit penat. Buat senaman seperti jogging, beriadah dan bersukan. Namun pastikan aktiviti ini tak dilakukan ketika hampir waktu tidur, supaya badan tidak terlalu aktif sehingga sebaliknya bertambah susah mahu tidur.

5. Jaga Makan dan Minum

Elak atau kurangkan pengambilan nikotin, kafein dan alkohol dalam diet seharian. Bahan-bahan ini boleh merangsang otak jadi lebih aktif dan susah hendak terlelap di malam hari, lagi-lagi jika diambil dekat dengan waktu tidur.

Jangan biar perut lapar atau terlampau kenyang juga semasa mahu tidur. Perut jadi tidak selesa dan pasti akan mengganggu kualiti tidur yang baik.

Ada juga jenis vitamin dan suplemen yang boleh membantu supaya mudah tidur. Jadi, kita juga boleh amalkan ia sebagai tips atasi susah tidur malam yang berkesan. Salah satunya macam Set Vitamin Tidur  ini.

Elak Sebelum Parah

Insomnia atau gejala susah tidur malam mungkin nampak biasa-biasa. Tapi ketahui bahawa ia boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang. Kualiti dan prestasi kerja kita di siang hari juga boleh menurun keran rehat yang tidak cukup. Paling menakutkan, mengantuk dan lesu di siang hari boleh je mengundang bahaya dan kemalangan!

Cegahlah sebelum parah. Berjumpa doktor dan dipreskripsi ubat tidur mungkin baik untuk mengatasi masalah susah tidur, tapi sikap dan amalan tidur yang baik adalah penentu supaya masalah insomnia kita takkan berulang.

Lagipun, takkan nak bergantung pada ubat tidur semata kan?  😆

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *