cara elak jerawat tumbuh

Tips Elak Jerawat Tumbuh | Misi Untuk Wajah Flawless Yang Berkekalan

Bila jerawat timbul, kita mulalah nak salahkan itu dan ini – produk muka tak sesuailah, suplemen tak berkesanlah dan lain-lain. Eh betul ke punca jerawat disebabkan itu semua? Jadi, sebelum kita melompat salahkan apa-apa, saya nak kongsi 6 tips elak jerawat tumbuh berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya hehe 😉

Pertama sekali kita perlulah faham yang jerawat ni ia timbul sebab berlakunya keradangan pada kulit kita. Keradangan boleh jadi sebab liang roma tersumbat dengan kotoran, sebum dan sel kulit mati. Keradangan dari dalam badan pun ada juga, contohnya sebab perubahan hormon akibat stress dan kawal atur kimia badan.

Jadi sebenarnya banyak faktor yang boleh menyumbang kepada timbulnya jerawat ni, iaitu:

🌸 Pemakanan
🌸 Kebersihan
🌸 Alahan
🌸 Rutin jagaan muka
🌸 Stress
🌸 Tidur

6 Tips Elak Jerawat Tumbuh

Baiklah mari kita terus ke tips-tips tersebut.

1. Jaga Kebersihan Muka, Pakaian dan Tempat

Kalau kotoran lekat di muka dan kulit, kemungkinan untuk naik jerawat tu memang tinggi. Jadi pastikan selalu untuk jaga kebersihan kulit, pakaian yang kita pakai dan persekitaran kita juga.

tips elak jerawat tumbuh

  • Cuci muka sekurangnya 2 kali sehari
  • Bersihkan sisa mekap sebelum tidur.
  • Cuci alatan mekap dengan kerap seperti span, dan lain-lain.
  • Usah pegang muka dengan tangan, takut-takut tangan kita tak bersih.
  • Pilih pakaian yang tak memerangkap peluh supaya tak timbul jerawat pada badan.
  • Cuci pakaian, tuala, sarung bantal dan cadar selalu dengan bahan pencuci yang tidak memberi kesan alahan pada kulit.

2. Elak atau Kurangkan Makanan Bergoreng, Berminyak dan Tinggi Gula

Makanan berlemak, berminyak dan tinggi gula adalah antara penyebab berlaku keradangan dalam badan. Bagi sesetengah orang, keradangan ni akan buatkan jerawat timbul. Jadi pastikan kawal makanan jenis ini supaya tak melampau dalam diet masing-masing ye.

 

tips elak jerawat tumbuh

Sebagai kawalan, korang boleh cek makanan apa yang korang tak boleh makan contohnya bila makan sesuatu tu, esoknya jerawat terus timbul. Okay itu mungkin bermakna makanan tu korang perlu elakkan lain kali ye.

Baca: 9 Vitamin Shaklee Untuk  Jerawat | Cegah Sebelum Parah

3. Jauhi Punca Alahan Kulit

Petua elak jerawat timbul yang ini ada kaitan dengan bahan yang di apply pada kulit macam skincare, krim, losyen, sabun dan mekap. Orang yang cenderung mudah jadi jerawat ni kena alert lah dengan produk yang korang nak guna. Cari yang non-comedogenic supaya tak menyumbat liang pori. Selain tu cari juga berlabel hypersensitivity tested ye supaya ia terjamin tak beri alahan pada kulit.

Apa-apa pun sebelum beli sesuatu produk tu mungkin boleh buat patch test dulu. Atau kalau dah terbeli dan guna rasa tak serasi dengan kulit eloklah hentikan penggunaan sebelum memburukkan lagi tekstur kulit dan penyebab jerawat.

4. Ubahlah Sikap

Bila jerawat timbul nak-nak pula kat muka, memanglah rasa geram sangat haha. Rasa nak picit je jerawat tu biar cepat surut :sweat_smile:

Opss, sayang seribu kali sayang perbuatan tu tak membantu langsung! Jerawat makin banyak dan tinggal kesan parut adalah, huhu. Jadi jangan buat.

tips elak jerawat tumbuh

Ubah sikap kita yang betul dan amal tips elak jerawat tumbuh seperti:

  • Usah picit jerawat, biar ia kecut sendiri sebab badan sedang melawan bakteria pada kulit – jangan ganggu tugas badan kita.
  • Jangan kopek keruping jerawat, nanti lagi lambat nak baik jerawatnya.
  • Jangan pegang wajah. Yang ni balik kepada isu kebersihan. Yelah tangan kita walau nampak bersih kita tak tahu mungkin ada debu dan bakteria yang tumpang sekali. Jadi elakkanlah memegang muka bila tak perlu.
  • Jangan malas mencuci muka dan bersihkan mekap.
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Elak makanan yang tinggi minyak, lemak dan gula. Elak juga makanan yang memberi alahan untuk kes korang yang alergik tu.
  • Bersenam secara teratur. Bersenam ni bukan je badan boleh sihat, tapi dia buang toksin dalam badan kita. Toksin pun antara punca naik jerawat tau sebab kulit cuba keluarkan bahan bertoksid tu melalui kulit kita huhu.

5. Hindari Stress dan Kawal dengan Baik

tips elak jerawat tumbuh

Yang ni pula secara tak langsung memang stress takde kaitan dengan timbul jerawat, tapi kesannya secara tak langsung sebenarnya. Stress tu menyebabkan kimia badan kita terganggu terutamanya hormon. Bila hormon kacau, kesihatan pun akan terjejas dan kulit boleh naik jerawat sebab biasanya hormon tu buatkan lagi banyak sebum terhasil pada kulit dan menyumbat liang pori.

Ada sesetengah orang walau stress macam mana steady je dia tak timbul jerawat, so spesies ni banyak-banyaklah bersyukur ye. Tapi bagi sesetengah orang, asal stress sikit mula la nak timbul jerawat tau. Macam saya sendiri hoho :joy:

Lagi satu nak pesan, kalau nak cepat pulih atau elak jerawat baru timbul tolong jangan tengok muka kat cermin selalu okay. Bukan apa, bila tengok cermin ni akan rasa stress sebab nampak banyak jerawat, bekas jerawat dan parut malah struktur kulit yang tak rata tu. Memang bertambah stress jadinya jadi boleh timbul jerawat baru pula nanti. Selain tu, tangan pun akan gatal rasa nak pegang muka dan picit jerawat tu. Adoi jangan ya. Jadi, tak perlulah tengok cermin selalu okay.

6. Tidur Yang Cukup

Ini pun bahaya – tak cukup tidur berkualiti. Kadang tu biasalah ada masanya kita mungkin tidur lewat sebab kerja terlampau banyak sampai tak boleh nak elak, faham tu. Masa tidur pun jadi tak cukup, tak menentu dan paling teruk sekali mungkin tak berkualiti.

Penting cara elak jerawat timbul dengan cara cukupkan tidur bagi orang yang memang jenis kulit berjerawat. Untuk orang yang berkulit normal pun sebenarnya akan mudah naik jerawat kalau tak cukup tidur ni, jadi tidur adalah penting.

Sebabnya bila tak cukup, badan kita hasilkan radikel bebas yang mengganggu fungsi sel dalam badan termasuk sel kulit. Jadi sejauh mana radikel bebas tu beri kesan pada kulit, maka orang yang kurang daya tahan tu akan mudahlah nak naik jerawat.

tips elak jerawat tumbuh

Tapi macam mana nak cukupkan tidur kan? Yalah, tugasan kita seharian yang tak menentu mungkin susah untuk kita dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti setiap hari.

Sebenarnya bukan isu tidur yang panjang atau tak kat sini. Ia adalah isu tidur yang berkualiti ke tak berkualiti. Tidur 3-4 jam pun kalau lena dan berkualiti, badan akan sihat dan kulit susah breakouts.

Ini ada beberapa tips untuk dapatkan tidur yang berkualiti walaupun tempoh tidur korang cuma sekejap tak sampai 8 jam sehari:

  • Gunakan bantal, tilam dan selimut yang selesa.
  • Pastikan suasana tempat tidur adalah selesa seperti tidak bising, tidak panas dan aman untuk berehat.
  • Jangan minum kopi atau teh selepas lewat petang. Kafein boleh membuat otak kita aktif dan susah hendak tertidur nanti.
  • Minum susu atau ambil suplemen Kalsium dan Magnesium selepas makan malam. Ini membantu untuk tidur yang lena.
  • Bolehmandi air suam sebelum tidur supaya tidur lebih selesa.
  • Elak tengok TV, main telefon atau menghadap PC sebelum masuk tidur sebab cahaya biru dari skrin gajet boleh beri kesan pada kualiti tidur.
  • Usah stress, lagi banyak stress lagi tidur tak menentu dan susah nak deep sleep tau.

Nota Penting

Jadi banyak juga faktor yang mempengaruhi naik jerawat ni. Jangan ingat skincare adalah satu-satunya masalah dia tau. Itu baru satu bab, padahal banyak lagi yang perlu diambil berat.

Cuba ubah mana tabiat kita yang tak sesuai tu supaya boleh kurangkan masalah jerawat ni. Yelah takkan nak hadap jerawat yang berulang ni saban masa betul tak. Selagi jerawat tak setel selagi tu jugalah masalah parut jerawat akan ada. Jadi jom sama-sama kita mulakan amalan yang baik sebagai cara elak jerawat timbul, pesanan ni termasuk la untuk yang sedang menulis ni hehe.

Semoga berjaya semua!

Ops, kalau ada nak tambah tips drop a comment kat bawah okay! InsyaAllah kita sama-sama share benda baik 🤗

 

Rujukan bersama:
(1) https://www.hmetro.com.my/node/288598/amp
(2) https://ohbulan.com/dulu-muka-berjerawat-rosak-teruk-gadis-ini-kongsi-perkara-penting-korang-perlu-jaga-elak-jerawat/
(3) https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/symptoms-causes/syc-20368047

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge