Ada Fibroid Seawal Usia 16 Tahun! Ini 6 Nasihat Untuk Para Gadis

Baru-baru ini saya menerima seorang pelanggan yang baru berusia 16 tahun berhasrat mahu mengambil Set Kecutkan Fibriod. Sememangnya saya terkejut, kerana adik ini terlalu muda sudah pun ada fibroid? Allahu..

tips fibroid
Kasihan adik ini.. baru berusia 16 tahun. Terlalu muda!

Mengikut Portal MyHealth Malaysia, punca fibroid mengikut kata pakar boleh jadi kerana faktor genetik, hormon dan persekitaran.

Bab genetik memang tidak dapat disangkal tetapi ia insyaALlah dapat diatasi dengan sokongan gaya hidup yang sihat.

Hormon dan persekitaran pula adalah faktor yang paling mungkin andai kata seseorang itu tiada langsung sejarah ahli keluarga yang mempunyai pengalaman fibroid. Hormon estrogen dan progesteron yang tidak seimbang dan berlebihan dikatakan akan menggalakkan ketumbuhan fibroid ini.

Buat semua para gadis, ingatlah anda semua berisiko untuk terkena fibroid sama ada anda masih bujang atau sudah berumahtangga. Hati-hati ya!

Perkara yang perlu kita titikberatkan semestinya menjaga kesihatan diri supaya hormon sentiasa seimbang dan tidak menyebabkan risiko kejadian fibroid, yang antara risiko terburuk ialah menjejaskan kesuburan.

Di sini, saya kongsikan 6 tips untuk mengekalkan hormon yang seimbang dalam badan, terutama hormon estrogen dan progesteron yang mana kedua-dua hormon ini jika berlebihan sangat menggalakkan kejadian fibroid. Awas!

Elak Fibroid | 6 Tips Untuk Memelihara Keseimbangan Hormon

Hormon estrogen dan progesteron yang tidak terkawal akan menggalakkan perkembangan fibroid menjadi lebih besar tau. Jadi adalah penting sentiasa mengawal keseimbangan hormon sama ada melalui gaya hidup, pengurusan stress dan pemakanan.

Ikuti 6 tips ini untuk membantu mengawal keseimbangan hormon tersebut.

  1. Bersenam Secara Konsisten

Senaman bagus untuk merendahkan hormon insulin dalam darah. Ia juga meningkatkan sensitiviti kerja insulin. Apa kaitan hormon insulin dengan estrogen dan progesteron? Gerak kerja pelbagai hormon dalam badan kita memang saling berkait, iaitu bila insulin meningkat sebenarnya ia menggalakkan pula rembesan hormon estrogen dan progesteron.

  1. Elakkan Gula dan Karbohidrat Ringkas

Memakan makanan atau minuman yang kaya gula dan karbohidrat ringkas akan menyebabkan bacaan gula naik mendadak dalam darah (sugar spike). Ini merangsang paras hormon insulin yang tinggi. Secara langsung, paras hormon estrogen dan progesteron turut akan meningkat.

  1. Belajar Menangani Stress Dengan Baik

Selain insulin, satu lagi hormon yang mengaktifkan rembesan estrogen dan progesteron yang tinggi dalam badan ialah hormon kortisol. Kortisol terhasil apabila badan dalam keadaan stress, kerana menyediakan badan daripada situasi kecemasan, ancaman dan lain-lain.

Apabila stress, hormon kortisol meningkat.

Estrogen dan progesteron akan meningkat.

Untuk mengawal keseimbangan hormon, marilah sama-sama belajar untuk menangani stress dengan baik ya. Salah satu suplemen yang boleh diamalkan untuk masalah cepat stress ialah vitamin B. Jika tidak mahu mengamalkan suplemen, boleh juga makan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti coklat dan lain-lain.

Memasuki kursus pengendalian stress juga amat baik sekali.

  1. Elakkan Terkurang Atau Terlebih Makan

Terkurang makan tidak bagus. Kajian mengatakan jika pengambilan makanan kurang dari 1200 kalori sehari akan meningkatkan paras hormon stress kortisol.

Terlebih makan juga tidak bagus. Ia meningkatkan pula paras hormon insulin yang bekerja untuk menukarkan makanan menjadi tenaga simpanan.

Kedua-dua hormon kortisol dan insulin akan menggalakkan paras estrogen dan progesteron yang tinggi. Jadi, bersederhanalah ya.

Hmm, betul saranan Nabi bukan. Makan ketika lapar, dan berhentilah sebelum kenyang.

  1. Makan Banyak Makanan Kaya Serat

Buah dan sayuran adalah makanan yang kaya serat. Serat meningkatkan sensitiviti hormon insulin, jadi dapat berkerja dengan baik dan menurunkan parasnya dengan seimbang.

Baca Juga: Vitamin Kecutkan Fibroid Yang Semulajadi dan Selamat | Ikhtiar Sebelum Dibedah

  1. Konsisten Dengan Tidur Yang Berkualiti

Diet yang sihat dan senaman konsisten sahaja  tidak bermakna tanpa tidur yang cukup. Ketidakcukupan tidak memang memang menyebabkan hormon jadi tak seimbang, termasuk hormon insulin, kortisol, leptin (hormon lapar) dan hormon pertumbuhan.

Kalau boleh, mari sasarkan sekurangnya tidur 7 jam sehari, semestinya yang berkualiti.

Dapat 6 tips ini? Semoga bermanfaat!

Rujukan: Healthline.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge