tips hiking

Tips Hiking Pertama Kali | Daki Gunung Semanggol

Artikel kali ini agak istimewa. Saya nak berkongsi sedikit tips hiking pertama kali bagi sesiapa yang teringin nak menawan puncak Gunung Semanggol. Untuk pengetahuan, ketinggian Gunung Semanggol ialah 390 meter bersamaan 1279 kaki sahaja dari aras laut. Gunung ini terletak dalam daerah Kerian dan secara tepat lagi dalam DUN Semanggol.

Bagi yang belum berpeluang ke sini, nah saya belanja view di puncak Gunung Semanggol. Manalah tahu, nanti anda ada peluang menikmati keindahan ini di depan mata sendiri pula kan 🙂

Kalau anda rajin membaca di blog pendaki-pendaki lain, biasanya mereka akan kata masa pendakian cumalah 40 minit ke satu jam. Tapi bila saya mencuba daki Gunung Semanggol pada Ahad lepas, 11 November 2018 perjalanan saya dan kumpulan ke puncak gunung dragged sehingga 1 jam 40 minit, haha!

Jadi mari saya kongsikan beberapa tips hiking pertama kali untuk anda, supaya kesilapan yang saya buat takkan anda ulang  🙂

5 Tips Hiking Pertama Kali ke Gunung Semanggol

1. Latih Stamina dan Buat Regangan

Trek Gunung Semanggol memang agak mencabar. Terdapat 5 checkpoint semuanya tetapi trek ‘pacak’ sudah bermula seawal penghujung Checkpoint 1. Stamina adalah sangat penting untuk pastikan pendakian anda berjaya. Jadi sebelum mula mendaki, pastikan anda boleh joging dan lain-lain untuk melatih otot yang kuat. Jika tidak, kaki anda boleh kejang nanti dan pastinya akan menyukarkan pendakian.

Walaupun sebelum ini saya memang selalu hiking ke Bukit Larut, Taiping ternyata dakian Gunung Semanggol sangatlah mencabar stamina saya. Bak kata Tok si otai hiking, dahi pun boleh cecah lutut tu bila naik Gunung Semanggol nie haha!

Bermula di Checkpoint 3, boleh dikatakan semuanya adalah trek ‘pacak’, jadi memang cukup memenatkan dan tercungap-cungap tak cukup nafas. Walaupun adik saya steadi je masa hiking tu, tapi keesokan harinya ada juga dia mengadu sakit kaki. Saya pula taklah rasa sakit kaki macam biasa saya pergi hiking Bukit Larut tu, cuma masa hari kejadian memang semput tak cukup nafas dibuatnya  :mrgreen:

So please, bagi anda yang sudah berlatih untuk stamina tapi agak pancit juga semasa mendaki it’s okay sebenarnya. Just take some rest, layan view barulah teruskan dakian ya.. macam saya hehe

2. Bawa Bekalan Air dan Makanan

Semasa saya mendaki Gunung Semanggol ini, saya cuma membawa sebotol air bancuhan Performance Drink Shaklee. Adik dan anak saudara saya cuma lenggang sahaja hehe. Alamatnya sebotol air isotonik Performance Drink kami kongsi bertiga. Mujurlah walau minum sedikit, tekak cepat lega dan boleh jimat-jimat air yang dibawa. Tapi bila sedikit lagi nak sampai ke puncak, saya memang hidrated habis sebab bekalan air sudah tiada. Asyik terbayang bestnya kalau bawa sebotol besar air tadi, hahaha!

Saya nasihatkan bawalah air banyak sikit, setakat 500 ml air masak memang tak cukup. Kalau air isotonik macam 100 Plus atau Performance Drink Shaklee mungkin boleh tahan sebab jenis air ni membantu untuk hidratkan badan kita dengan cepat.

Trek Gunung Semanggol anda takkan jumpa air mata air atau sungai, yang ada cuma lopak air. Jadi bawalah bekalan air minum secukupnya untuk daypack sekalipun. Bagi yang nak overnight di puncak gunung kena lebih persediaan lagilah ya.

Oh ya, bawa juga gula-gula in case kalau rasa bosan atau lost stamina sangat. Makanan pun boleh bawa, boleh makan dalam perjalanan atau masa tiba di puncak nanti.

3. Pakaian Yang Sesuai

Masa hari kejadian, saya memakai pakaian kasual yang lengkap. Yang paling perlu diberi perhatian mungkin ialah bab kasut. Kalau bukan kasut khas untuk hiking sekalipun, elok sangatlah pakai kasut bertutup semua ye. Bukan saja boleh elak pacat, nyamuk tapi apa yang lebih penting kaki akan lebih terjaga dari tercedera semasa mendaki trek yang curam dan kebanyakannya berbatu atau berakar kayu.

Adik saya cuma bersandal sahaja dan lepas tu mulalah mengadu banyak nyamuk. Manalah tak banyak nyamuk nak hurung sebab dia hanya pakai short pants melepasi lutut, tak berstokin dan baju berlengan pendek saja hehe

tips hiking
Pakai pakaian yang sesuai ye.

Saya dan anak saudara lebih selamat dari serangan nyamuk sebab kami pakai full, yang terdedah cuma muka dan 2 tapak tangan. See, kata nak mendaki kan, pakai la proper sikit ye tak?

4. Bawa Beg Bersama

Sebelum ini kalau saya hiking di Bukit Larut di trek bertar, ada ketikanya saya cuma membawa telefon, kunci kereta dan duit (tanpa dompet) sahaja di dalam poket. Nak bawa beg rasanya buat berat badan saja, lagipun tangan masih free untuk hiking sambil-sambil pegang fon nak selfie hehe. Tapi tidak kalau untuk mendaki Gunung Semanggol ye.

Kedua-dua tangan yang free adalah penting supaya boleh fokus mendaki dengan selamat. Kadang-kadang kita perlu berpaut pada pokok, batu atau tali. Jadi kalau nak selfie atau merakam pemandangan pun semasa mendaki agak-agaklah timing yang sesuailah ya. Ada juga curam jadi kena selalu jaga langkah dan pautlah pada apa-apa yang kukuh sebagi sokongan.

Lagi satu, sepanjang trek ada banyak pokok bertam yang berduri. Jangan tersilap berpaut pada batang pokok bertam pula, nanti tak pasal-pasal boleh berdarah pula tangan tu macam anak saudara saya yang sedikit terleka huhu T.T

Paling baik, bawalah beg galas. Kalau beg jinjit pun tak kurang sesuai sebab jenuh pula nanti nak pegang sepanjang dakian. Bila bawa beg galas ni boleh sumbat je semua barang macam kunci kereta, dompet, telefon, air, makanan dan lain-lain.

5. Jangan Mengalah

Yang ini datang dari motivasi dalaman kita sendiri. Sekali bertekad nak menawan puncak, rasa rugi sangat kalau tak tertunai tau. Jadi walau penat macam mana, ambillah rehat seketika dan teruskan dakian sampai ke puncak.

Saya berdua dengan anak saudara saya masa tu memang macam putus nafas nak mendaki Gunung Semanggol yang curam tu, sampai adik ajak kami balik sahaja since rasa give up kot asyik tengok kami berhenti rehat hahaha.

Tapi saya ni biasalah agak degil sikit, jadi memang taklah nak balik sebelum capai target. Usah cakaplah berapa kali berhenti rehat tu, tapi hasilnya kami berjaya juga sampai ke puncak. Yay!

Jangan mengalah okay!

Momen Manis  di Puncak Gunung Semanggol

Bila daki Gunung Semanggol sampai ke puncak, anda akan dihidangkan dengan pemandangan 360 darjah tau, memang cantik. Kalau yang mendaki sebelah malam atau awal-awal Subuh insyaAllah ada rezeki bertemu awan karpet.

tips hiking
Finally… I did it! Hehe

Jadi segala penat-lelah mendaki tu rasa berbaloi jugalah bila dapat view yang cantik-cantik ni.

Antara yang boleh dilihat dari puncak gunung ialah Tasik Bukit Merah, kawasan sawah padi, perkampungan Semanggol dan bandar-bandar terdekat. Menakjubkan, rasa macam buka Google Maps mode satelite aje, sebab bangunan dan jalan nampak kecil sangat dari atas ni.

Bagi sesiapa yang nak daki Gunung Semanggol, jangan lupa search Google Maps atau guna je Wave untuk cari Masjid An-Nur sebab permulaan hiking akan bermula di tepi masjid ini sahaja.

Selamat mempraktik tips hiking yang saya kongsikan ini!

Yang baik jadikan teladan, dan yang buruk jadikan sempadan okay 😉

Akhir sekali, saya tinggalkan anda dengan video berdurasi 3 minit 11 saat ini tentang pengalaman saya hiking yang dikuasakan oleh minuman tenaga isotonik daripada jenama Shaklee. Layan ~

 

Baca Lagi: Kebaikan Performance Drink Shaklee Untuk Menghidrat Badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge