tips kulit glowing

Tips Kulit Glowing | 3 Panduan Memilih Produk Yang Terbaik Untuk Kulit

Kulit wajah kusam nampak tak bermaya dan tak sihat! Padanlah ramai yang mencari produk untuk kulit wajah glowing. Bila sebut glowing ni, tentulah kita bayangkan wajah yang putih bersih tanpa cela dan nampak berseri-seri kan. Nak tips kulit glowing?

Sebenarnya apakah rahsia kepada kulit yang glowing berseri ini?

Kulit Wajah Yang Glowing Bermaksud..

Mari kita perincikan dahulu apa yang dinamakan glowing itu, kemudian baru pergi kepada tips kulit glowing.

Mengikut laman web kecantikan DermStore.Com, glowing bermaksud penampilan kulit wajah dengan liang pori yang halus, cantik berseri dan semestinya bebas cela.ย Simple saja! Tapi kita pun tahu yang kita semua maksudkan dengan wajah glowing mestilah wajah yang tidak kusam, sebaliknya wajah yang bersih dan berseri. Tak kisah kulit cerah atau gelap, kedua-duanya boleh glowing asalkan ia nampak ‘bersih’ dan sihat. Setuju?

Jadi sudah jelas kan?

Bila sudah jelas, insyaAllah mahu mencari produk untuk kulit wajah glowing pun jadi mudah. Sebabnya kita sudah tahu tips kulit glowing secara umum ini.

3 Tips Kulit Glowing dan Produk Terbaik

Bab memilih yang sesuai, pastinya satu perkara yang agak rumit. Sebabnya bila ia melibatkan kulit wajah, tentulah kena cerewet sedikit supaya ia tidak mendatangkan kesan buruk. Berhati-hati memilih produk okay?

Di sini, saya kongsikan 3 panduan mudah untuk memilih produk yang bersesuaian dengan diri anda masing-masing. Tujuannya ialah mahu kulit glowing!

  1. Memberi / Mengekalkan Lembapan Kulit

Untuk kulit nampak bermaya dan berseri, lembapan adalah satu komponen yang penting. Kalau kulit kering sahaja, tentu ia nampak tak sihat. Malah kedutan mudah kelihatan nanti.

tips kulit glowing
Foto Kredit: Serenity Medspa Kiri: Kulit Kering vs Kanan: Kulit Lembap

Jadi tips pertama ialah produk yang anda mahu pilih mestilah yang berupaya memberi dan mengekalkan lembapan kepada kulit. Contoh bahan yang selalu diguna untuk tujuan ini ialah hyarolic acid. Pernah dengar?

selain itu, ada juga bahan-bahan lain dengan nama yang pelbagai. Yang penting, bertanyalah secara details kepada seller produk tersebut okey.

  1. Menggalakkan Kolagen Kulit

Kolagen membuatkan kulit nampak plumpy, gebu dan lembut. Cuba lihat gambar di bawah, dengan wajah yang kaya dengan kolagen kulit. Nampak berseri dan sihat kan?

tips kulit glowing
Kredit Foto: New York Post
  1. Membuang Sel Kulit Mati

Selย  kulit mati adalah sebab mengapa kulit wajah boleh kelihatan tua dari usia sebenar selain masalah pigmentasi lainnya. Malahan, bagi sesetengah orang pengumpulan sel kulit mati boleh sebabkan jerawat, awas!

tips kulit glowing
Buang sel kulit mati supaya kulit sentiasa baru, muda dan glowing!

Sel kulit mati membuatkan kulit nampak tua. Mahu nampak kulit yang lebih mudah dan segar, kenalah cari produk yang dapat menanggalkan sel kulit mati. Exfoliator? Toner? Face mask? Scrub? Membuang sel kulit mati antara tujuan mengapa rutin tersebut direka tahu.

Mudah kan 3 tips ini! Silakan jadi panduan semasa anda mahu membeli produk untuk tujuan mendapatkan kulit wajah yang glowing okey.

Pemilihan produk untuk kulit wajah glowing tidak semestinya jenis skincare atau krim luaran sahaja ya. Ada juga jenis produk suplemen yang turut bertujuan sama, iaitu dapat memberi kulit wajah yang glowing. Anda mahu memilih yang mana, terpulang โ€“ ikutlah keselesaan dan minat masing-masing.

Yang terbaik? Mungkin kedua-dua prosuk skincare atau suplemen sekaligus, mungkin skincare sahaja dan mungkin supplemen sahaja! Syaratnya produk yang anda pilih itu mesti ada ketiga-tiga ini; melembapkan, menggalakkan kolagen dan membuang sel kulit mati.

Semoga bermanfaat tips kulit glowing ini!

 

Baca Lagi: Set Vitamin Kulit Glowing | Biar Wajah Cantik Berseri Dari Dalam

12 comments

  1. Wah.. Mmg nak kena jaga kulit muka bila dah menjangkau ke usia 30 an.. Berdepan dgn keje sampai kulit muka kusam.. Jadi hujung mggu nie AM nak ber Me Time.. Hadiah utk diri sendiri.. Leh la follow tips yg disarankan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge