Bila sebut tentang kolesterol tinggi, pasti kita akan kaitkan ia dengan masalah darah tinggi dan serangan jantung betul? Benar, semua ini memang berkait. Kolesterol tinggi menyebabkan salur darah tersumbat. Bila salur darah tersumbat, pengaliran darah menjadi terganggu. Jantung perlu mengepam darah dengan kuat, masalah darah tinggi berlaku.
Keupayaan jantung untuk mengepam darah dengan tekanan tinggi setiapkali akan menyebabkan lama-kelamaan otot jantung semakin lemah. Kini berdepan pula dengan masalah jantung, bahaya!
Memang serius kan? Padahal ia bermula dengan hanya masalah kolesterol tinggi.
Sebab itu, kali ini mari bincangkan tips kurangkan kolesterol tinggi dengan baik supaya sentiasa dapat menjaga kesihatan kita ya, mudah-mudahan.
3 Tips Kurangkan Kolesterol Tinggi dalam Darah
-
Elak Pemakanan Tinggi Kolesterol
Kolesterol adalah sejenis lemak. Dalam pemakanan manusia, sememangnya lemak diperlukan kerana ia ada fungsi tertentu dalam badan kita. Tapi pengambilan mestilah dalam kuantiti yang berpatutan.
Bagi kolesterol, ia berguna dalam pembinaan struktur membran sel badan dan penghasilan hormon.
Kolesterol pula ada 2 jenis, iaitu kolesterol HDL dan LDL. Kolesterol LDL adalah kolesterol yang jika berlebihan akan menyebabkan terkumpul dan menyumbat di salur darah.
Yang disebut kolesterol tinggi itu ialah apabila kolesterol LDL lebih banyak daripada kolesterol HDL. Nisbah ini sangat tidak seimbang.
Sebab itu, kena ambil berat hal pemakanan ya. Kurangkan makanan yang tinggi kolesterol. Bukan sampai tak boleh makan langsung, tapi kawal-kawal lah ya. Maklumlah, kesihatan perlu dijaga sentiasa, bukan bila didiagnos kolesterol tinggi baru nak jaga semua okay.

Contoh makanan yang tinggi kandungan kolesterol seperti yang dikongsi oleh Portal MyHealth ialah:
- Organ dalaman seperti otak, jantung, limpa, buah pinggang, hati dan telur ikan.
- Kepala ikan bilis dan udang.
- Telur dan produk yang mengandungi telur, contohnya mayonis.
-
Banyakkan Pengambilan Sterol dan Stanol
Tahu tak apa yang istimewa tentang buah dan sayuran? Untuk makluman, selain kandungan vitamin dan mineral, buah dan sayuran memberikan kita sumber serat.
Buah dan sayuran juga kaya dengan kandungan sterol dan stanol. Apa itu?
Sterol dan stanol adalah bahan kimia tumbuhan yang bermanfaat untuk menurunkan kolesterol tinggi dalam darah.

Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, sterol dan stanol membantu untuk menyeimbangkan kolesterol baik HDL dengan kolesterol jahat LDL. Dengan ini, paras kolesterol keseluruhan dalam darah akan kurang. Risiko salur darah tersumbat akan menurun!
Dari aspek sains, struktur sterol dan stanol tumbuhan ini rupanya menyamai struktur kolesterol jahat. Oleh sebab itu, mereka akan bersaing untuk penyerapan di usus kita. Tetapi sterol dan stanol tumbuhan akan terikat kepada reseptor di dalam usus, jadi meninggalkan kolesterol di belakang. Apa berlaku seterusnya? Ya, usus akan lebih menyerap sterol dan stanol berbanding kolesterol jahat tersebut! Selamat.
Jadi jelas kan kenapa kena banyakkan makan buah dan sayuran? Tak lain tak bukan sebab mahu khasiat sterol dan stanol tumbuhan di dalamnya yang boleh jadi penyaring kolesterol jahat dari diserap dalam badan.
Nak makan sterol dan stanol secara konsisten supaya boleh turunkan kolesterol tinggi? Saya cadangkan ambil Phytocol-ST Shaklee! Baca info lebih lanjut di sini.
-
Cara Masakan Yang Sihat
Memasak dengan kaedah menggoreng, gulai atau bersantan sememangnya mengandungi banyak kandungan lemak dan kolesterol.
Bukan langsung tidak boleh untuk memasak dengan cara begini okay, tapi fahami bahawa ia meningkatkan risiko untuk kita mendapat masalah kolesterol tinggi. Oleh itu, bersederhanalah ya!
Kaedah memasak yang paling digalakkan dan alternatif yang lebih sihat ialah dengan cara memanggang, merebus, membakar dan mengukus. Ya, salah satu sebabnya kerana kita sudah berjaya ketepikan minyak dalam masakan.
Takut tidak berselera makan?
Jangan risau. Sekarang sudah ada pelbagai resepi memanggang yang enak-enak tau! Tak percaya, cuba Google. Ada banyak resepi yang anda boleh cuba.

Bahkan sekarang juga banyak dijual gajet-gajet dapur untuk menggalakkan cara memasak yang sihat seperti air fryer bagi penggemar makanan bergoreng!
Akhir kata, selamat mencuba semua 3 tips kurangkan kolesterol tinggi yang saya kongsikan ini. Salam sihat-sihat selaluÂ đŸ™‚
Baca: Suplemen Semulajadi Untuk Menurunkan Kolesterol Tinggi Secara Semulajadi