tips memilih skincare

6 Tips Memilih Skincare Yang Sesuai Untuk Kulit Anda

Tips Memilih Skincare Terbaik

Memilih skincare yang sesuai dengan kulit masing-masing adalah poin pertama yang perlu diambil kira oleh seseorang sebelum buat  keputusan memilih jenama skincare. Betul kan? Jadi kali ini, saya ingin berkongsi tips memilih skincare yang sesuai untuk kulit wajah. Serba-sedikit info adalah dari web WikiHow sebagai rujukan saya.

tips memilih skincare

Waktu saya remaja dulu, saya tidak terdedah sangat dengan tips ni semua. Hanya beli dan amalkan saja, hihi. Tapi mungkin waktu itu kulit tak banyak masalah jadi pencuci muka yang biasa-biasa tu boleh blend saja tanpa sebarang komplikasi kulit. Malangnya bila berusia sekitar 21 tahun (seingat saya ketika saya mula buat latihan industri di Rengit, Johor), wajah saya mengalami jerawat batu. Ketika itu, taklah begitu serius tapi lama-kelamaan memang memberi kesan kepada penampilan wajah dan keyakinan diri saya..

Seiring usia dan masalah jerawat batu saya yang semakin pulih ni, saya memang berhati-hati untuk memilih skincare. Almaklumlah, taknaklah nanti kulit wajah yang nak pulih ni makin teruk pula kan :’(

6 Tips Memilih Skincare Yang Patut Anda Tahu

1. Jenis Kulit

Semua orang ada jenis kulit masing-masing. Malah dalam kalangan adik-beradik pun, jenis kulit mungkin tak sama tau. Kenali dulu jenis kulit masing-masing, bila dah kenal jenis kulit ni kita lebih mudah nak buat pilihan skincare memandangkan ramuan dalam setiap skincare tidak sama. Ada yang sesuai untuk kulit kering dan ada yang sesuai untuk kulit berminyak. Begitulah lebih kurang.

Kalau tak pasti, berjumpalah dengan ahli dermatologi untuk dapatkan nasihat. Boleh juga baca artikel Jenis Kulit dan Cara Penjagaan yang pernah saya tulis sebelum ini sebagai rujukan.

2. Awas Si Kulit Sensitif

Kalau kulit kita jenis yang mudah gatal, merah-merah atau breakout bila kita guna sesuatu produk kecantikan atau kebersihan itu tandanya kita mempunyai kulit sensitive. Jenis kulit sensitive ni kena teliti sikit bila memilih skincare. Biasanya kulit jenis ini lebih serasi dengan skincare organic, berlabel untuk kulit sensitive, hipoalergenik dan bebas dari pewangi.

tips memilih skincare
Pelbagai produk skincare di pasaran untuk anda pilih

3. Bebas Bahan Kimia Berbahaya

Bahan kimia terlarang seperti hidrokuinon, merkuri, paraben dan tretonoin adalah antara bahan yang merbahaya kepada kesihatan kita. Elakkanlah dari memilih produk skincare yang ada kandungan ini.

Kalau nak tahu bahan-bahan kimia terlarang lagi, boleh semak di web Farmasi Malaysia. Masukkan saja nama produk di ruangan carian untuk tahu sama ada ia di’ban’ atau tidak dalam pasaran.

Ingat, tips memilih skincare yang selamat dari segi ingredients ini amat-amat penting dititikberatkan supaya tiada kesan sampingan di kemudian hari.

4. Kenali bahan aktif di dalam produk

Pilihlah produk dengan bahan aktif yang telah dibuktikan berkesan secara klinikal. Semak label dan pastikan kandungan bahan aktif adalah selamat dan efektif.

Ini antara bahan aktif biasa yang terdapat di dalam skincare.

  • Vitamin A

Membantu untuk melembap, jerawat dan dermatitis. Biasa dilabel sebagai retinoic acid, retinol atau retinyl-propionate.

  • Vitamin B dan B5

Melembapkan kulit, bagus untuk masalah jerawat, gatal, eczema dan sunburn. Biasa dilabel sebagai niacin, nicotinamide, panthotenic acid atau panthenol.

  • Vitamin C

Memperbaiki struktur kulit dengan cara mengurangkan kedutan dan kerosakan akibat cahaya matahari. Biasa dilabel sebagai L-ascorbic acid.

  • Vitamin E

Membantu melembapkan kulit dan membantu menghalang kedutan. Biasa dilabel sebgai Dl-alpha-tocopherol.

5. Lengkapkan dengan Moisturizer

Paling basic, lengkapkan pencuci muka yang kita beli tu dengan moisturizer. Untuk kesan lain-lain, barulah ditambah dengan toner, exfoliators (pengelupas), serum, dan krim rawatan yang lain. Yang ini lebih bergantung kepada gaya hidup kita sama ada aktif dan selalu terdedah kepada punca kerosakan kulit.

6. Baca Review Pengguna sebelum Membeli

Bila sudah kaji jenis kulit sendiri, mungkin sudah ada beberapa jenama skincare yang menjadi pilihan kita. Untuk memilih yang terbaik, elok juga kalau kita baca dulu review pengguna melalui internet atau dengar dari pengalaman individu itu sendiri.

Ketahui kesan sampingan yang telah berlaku kepada mereka jika ada. Jika review semua bagus, maka ternyata skincare yang ingin kita pilih itu adalah produk yang bagus juga.

Saya berharap, kesemua  6 tips memilih skincare ini boleh menjadi panduan semua semasa membuat pilihan produk skincare masing-masing. Ingat bahawa jenis kulit kita masing-masing tidak sama, alergi kulit juga tidak sama. Jadi, anda kena bertenang dan membuat pertimbangan sebaik-baiknya sebelum membeli produk. Jangan terpengaruh dengan pengalaman orang lain jika sudah terbukti jenis kulitnya memang tidak sama dengan kita. Namun, meminta pandangan ahli dermatologi adalah satu cadangan yang baik supaya kita tidak tersalah tafsir tentang kulit kita sendiri.

Semoga bermanfaat!

 

Baca Juga: Youth Shaklee: Testimoni Pengguna Sebelum dan Selepas

2 comments

    1. Aah kena bergantung pada keperluan kulit kita. ada orang nak hilangkan jerawat, ada orang nak hilangkan parut..so amiklah apa2 yang bersesuaian + dengan ilmu jugak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge