Set Trial Youth Skincare | Ramai yang berkenan dengan Youth Skincare jenama Shaklee ni tau! Tapi apabila diberitahu harga, perlahan-lahan ramai yang mengundurkan niat hehe.
Betul.. Youth Skincare memang terbaik, dan semestinya ia sepadanlah dengan harganya.
Nak kata terlampau mahal tu, pendapat peribadi saya rasa tidaklah. Sebabnya bila diambil kira bab kualiti, keberkesanan dan bahannya yang ekslusif, nilai Youth ternyata lebih dari harganya tau!
Tapi mungkin ramai yang takut juga, bila beli tiba-tiba tak sesuai pula dengan kulit? Terasa membazir kan, sebab sudah melabur sejumlah duit. Betul?
Alhamdulillah, suka saya kongsikan berita gembira untuk semua khasnya untuk mereka-mereka yang sudah lama mengidam Youth Skincare ini, hehe.
Mengumumkan, sekarang Shaklee sudah release Youth Travel Set tau.
Bila sebut namanya Youth Travel Set, memanglah untuk tujuan senang dibawa ketika travel ke mana-mana. Tapi, saya suka juga untuk war-warkan set ini sebagai Set Trial Youth Skincare. Sebabnya ia memang sangat-sangat sesuai untuk mereka yang baru nak cuba Youth ini.
Saiznya mini. Tak terlalu banyak, tak terlalu sedikit.
Nak cuba-cuba Youth? Inilah masanya. Set Trial Youth Skincare ni memang berbaloi untuk anda!
Kandungan Set Trial Youth Skincare
Di dalam Set Trial Youth Skincare ada 4 item kesemuanya dalam versi jimat.
4 item tersebut ialah:
- Luminous Gel Oil Cleanser 20ml
- Perfecting Skin Toner 30ml
- Activating Serum 7ml
- Advanced Renewalย Night Creamย (Rich) 10g
Bacaan Berkaitan: Youth Skincare | Krim Anti-Penuaan Yang Organik, Selamat dan Berkesan Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit
Yang menariknya, bekas Set Trial Youth Skincare ni sangat comel dan trendy tau. Memang ready-to-go, perfect! Ukurannya ialah lebih kurang sebesar tapak tangan orang dewasa.
Harga?
Harga pun cun-cun sahaja dan semestinya mampu milik.ย Anti-aging skincare dari US Youth ini tahu, dipatenkan dan diuji secara klinikal okay!

Berminat? Jangan lupa tempah satu untuk korang sendiri okay ๐ Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Cepat ya! Barang bagus, trial set pula tu memang laku keras nanti. Takut-takut nanti cepat habis di pasaranย
terima kasih atas perkongsian mengenai produk ni. semoga ramai yg mengetahui tentang produk skincare ni.
Sama-sama Khairil ๐ Insya-Allah..
Ada set trial macam ni bagus lah kita boleh cuba juga hehehehe sementara nak tengok keserasian dengan kulit dan juga keberkesanan pada kita. Jenama ini memang diyakini dan juga telah popular…
Betul tu Maha. Maha pun mari la cuba, hehe
Mahal sebab kualiti. Sekali investment untuk dapatkan kulit yang cantik. Yang penting produk selamat digunakan!
Setuju tu.. ๐
Owhh ada set trial gak ya..bagus utk sesiapa yg nak cuba atau nk bawak travel. Sis masih ada lagi produk wajah yg sis dah lama guna..dh habis ni leh le cuba yg ni pulak
Okay Hanny, selamat mencuba ya! Hubungi saya kalau nak beli hehe
omgggggg suka sgt packaging dia, i think i will buy one set just because of that cute mini travel luggage hehe. harga set ni brp sis?
Grace, saya sudah reply harga through email ya, check it out ๐
SENANG ADA SET TRIAL NI..MANA YANG NAK CUBA DULU TAKDELA BELI YANG BESAR..BELI YANG TRIAL DULU..JIMAT KN
Betul tu, jimat dan dapat cek sama ada serasi dengan kulit tak. Kalau rasa serasi, bolehlah beli set yang besar terus ๐
Dulu masa pantang mmg consume set shaklee ni, and by looking at this, aduhhhh geram lak sebab comel juga packaging dia.
Kalau geram sambar la 1 hihi
comelnya set dia ..dapat bekas tu sekali ker…? nanti kalau dah habis skincare yg saya guna ni nak cuba jugaklah ….
Iya Saidila, akan dapat travel case yang warna biru tu sekali. Marilah cuba, hubungi saya kalau nak beli okay? ๐
wow dah ada pack trial. senang untuk travel and senang juga untuk mereka yang just nak cuba cuba je dlu. bagus shaklee come out dengan pack trial ni.
Bagus kan.. ๐ hehe
owh ada set trial rupanya. boleh la cuba kalau nak cuba macam ni. packaging yang macam luggage tu macam comel je. heheh
Ya comel hehe. Sebesar tapak tangan aje tu tau!
Produk dia nampak meyakinkan meskipun jenama baru. Ada tengok yg review produk nie sblm nie dan semua bagi feedback positif
syok ada ni, mudah kalau time travel boleh bawa ni sahaja. tambah spf 50 tu kan
RAIHANAH AHMAD recently posted…Bolehkah Ibu Mengandung Minum Shake Protein?
ya memang syok! hehehe
Bagus gak beli set trial ni. Boleh bawa pergi travel sekali. Nanti Qiss nak cuba juga. Mana tau serasi dengan kulit kan. Suka betul kalau ada set ni nanti.
ya memang handy aje set ni Qiss. silakan cuba, mudahan serasi ๐