trik untuk kurus

Trik Untuk Kurus | Berjaya Kurus dengan Gembira

Bergembiralah Untuk Kurus

Saya pernah ada rakan-rakan yang berusaha untuk kurus tau. Ada yang ambil ubat kuruslah, suplemen lah dan berdiet makan. Ada sekali hari tu rakan yang amalkan suplemen kurus tu sampai berkali-kali ulang masuk toilet, sampai kelat habis muka. Saya yang melihat pun rasa siksa, apatah lagi orangnya sendiri hihi. By the way, takde ke trik untuk kurus ni? Maksud saya kalau nak kurus tu mesti menderita tahan lapar, sakit itu ini ke baru boleh kurus? Misi untuk kurus tak boleh kalau chill sikit? :sweat_smile:

Jadi, hasil pembacaan saya nak share sedikit trik untuk kurus dengan anda semua. Well, misi hendak kurus patutnya memberi pengalaman gembira bukan sebaliknya.

Kalori, Satu Konsep Utama

Ini sangatlah penting. Orang yang mahu kuruskan badan kena faham konsep kalori ni dahulu.

Lemak dalam badan adalah tenaga berlebihan yang tidak diguna. Ia jadi tenaga standby bila badan kita perlukannya. So, kalau nak buang lemak lebihan supaya boleh kurus, konsep utama ialah BENARKAN LEMAK BERTUKAR MENJADI TENAGA.

Bagaimana lemak boleh ditukar menjadi tenaga? Caranya ialah kita MENGURANGKAN KALORI masuk ke dalam badan kita dari kuantiti yang sepatutnya diperlukan. Bila hutang kalori berlaku, maka lemak dalam badan akan dipaksa terurai menjadi tenaga untuk cover keperluan badan. Ini yang dikatakan membakar lemak.

Kesimpulan ringkas, untuk kurus seseorang itu mesti KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN DI BAWAH PARAS TENAGA KEPERLUAN BADAN.

5 Trik Untuk Kurus

1. Minum Air Kosong

Nampak macam tak sedap dan gembira kan. Tapi nak tau, air kosong sangat bagus untuk kecantikan kulit. Bukan kulit je, ia membantu detoks badan dengan lancar. Kalau jenis yang susah nak turun berat badan tu walau daj worout bagai nak rak, ketahui salah satu puncanya sebab badan anda banyak toksin.

Tukar minuman manis anda kepada air kosong. Senab utama untuk tujuan kurus ialah anda dah hadkan pengambilan kalori melalui minuman. Ya, air kosong adalah zero calorie.

Bukan kata tak boleh langsung minum air manis, tapi pastikan lebihkan air kosong sementara misi diet ni okay. Setakat 1-2 cawan air manis sehari tu okay lagi.

Kalau rasa susah tekak nak terima air kosong, boleh je letam hirisan lemon ke, mint ke sebagai penambah rasa.

2. Lebihkan Protein, Buah dan Sayur

Siapa yang berdiet Atkins tentu faham fungsi protein yang boleh buatkan perut tahan lapar lebih lama. Betullah tu. Selain tu, buah dan sayur-sayuran pun boleh buat tahan lapar lebih lama ye sebab banyak kandungan serat. Ia juga bagus untuk elak rasa cravings, yang sekejap-sekejap rasa nak makan dan mengunyah tu. Bahaya kalau cravings memanjang, sebab nanti masukan kalori dah berlebihan tanpa sedar.

3. Lakukan Senaman

Malas bersenam? Mungkin ia normal untuk ramai orang, sebab kebanyakan kita melalui sedentary lifestyle.

Trik untuk kurus melalui senaman tak susah sebenarnya. Anda boleh pilih aktiviti fizikal kesukaan anda, apa-apa sahaja asalkan ia membuat anda keluar peluh.

Beberapa contoh senaman yang boleh anda buat:

  • Parking kereta sedikit jauh dari bangunan anda mahu pergi, jadi anda perlu jalan lebih sedikit bukan?
  • Kalau selalu naik lif, apa kata biasakan diri naik tangga pula. Tak kisahlah di tempat kerja atau semasa shopping di mall.
  • Menyertai kelas tarian.
  • Menyertai kelas zumba.
  • Menyertai larian amal. Walau mungkin anda cuma berjalan kaki tidak berlari pun, anda sudah berjaya membuat aktiviti fizikal.
  • Senaman dalam rumah. Tiada teman bukan alasan untuk tidak bersenam sebab di dalam rumah pun anda boleh skipping, aerobik dan latihtubi.
  • Hiking.
  • Berenang.
  • Jungle trekking.
  • Workout di gym.

… Dan banyak lagi! Buatlah ikut hobi dan kegemaran anda. Sekalipun tak suka dan malas pada senaman, anda harus akui yang ia dapat mempercepatkan misi anda untuk kurus kerana membakar lemak lebih cepat.

4. Tambah Suplemen

Lesu demi kurus memang tak best! Trik untuk kurus yang seterusnya ialah tambahkan suplemen dalam diet sihat anda setiap hari.

Antara suplemen yang sesuai ialah seperti protein shake untuk membuat tahan lapar lebih lama dan multivitamin yang menyokong kesihatan anda akibat pengurangan berat yang sedang berlaku. So takdelah badan jadi lemau je masa nak kuruskan badan ni. Emosi pun stabil dan tak mudah rasa nak give up untuk konsisten dengan misi kurus!

5. Berpuasa

Bagi orang Islam, rajin-rajin juga berpuasa sunat. Selain dapat pahala, puasa membabtu badan untuk detoks. Ia juga boleh mengawal pengambilan kalori badan kita. No more cheat diet sebab memang tak boleh makan pun kalau dah puasa kan? Hehe

Tapi awas, jangan melantak sakan pula bila tiba waktu berbuka. Kalori masuk tetap kena jaga ya..

Kesimpulan

Untuk kuruskan badan, diharap semua tidak terperangkap dengan diet drastik yang tak menyihatkan. Pemakanan haroan tetap pwrlu seimbang nutrisinya, apa yang perlu diubah hanyalah kuantiti dan kualitinya (eat clean). Buat senaman untuk mempercepatkan hasil dan ambil vitamin dengan bijak.

Ada lagi trik untuk kurus yang anda tahu? Mari kongsi dengan saya di ruangan komen ya 😉

 

Baca Selanjutnya: Cara Mengira Kalori Badan Harian

40 comments

  1. 1 2 3 5 tu memang aoda buat since 2-3 bulan lepas. nak dpt kan 55kg 🙂
    Jaga kalori.
    Elak air manis.
    Suplemen aida x amik. More to oats.
    But kalau dgn suplemen, sure lebih cepat kot kurus nya kan.

    1. Boleh cuba sis. Semangat mau kuat hehe. Paling membantu kalau kita ada geng yang sama2 nak kurus mesti lagi semangat nanti 🙂

  2. so far alhamdulillah khai dah 2 minggu stop minum manis. semua air kosong walaupun dugaan bulan puasa ni macam2 tapi tak timbang lagi berat berapa. hopefully turun lah! hahaa

    1. Alhamdulillah khai! Bulan puasa memang banyak dugaannya…jangan kata air manis, kuih2 manis pun banyak haha.. Rasanya kalau pergi timbang berat ada perubahan tu khai 🙂

  3. Minum air kosong tu memang salah stu tips terbaik untuk kurus tapi kalau bab bersenam tu liatnya sebab kadang2 tak de masa. Buat senaman sendiri dengan pilih untuk naik tangga daripada naik lif pon boleh dikira sbgai senaman juga kan .HAHAHA

  4. Betul, nak kurus tak perlu bergantung dengan ubat kurus yang macam2 ada kat pasaran sekarang ni..kadang kita tak tahu effect dia dalam jangka masa panjang..Yg penting, kalau betul nak kurus kena jaga makan dan juga konsisten senaman..antara senarai kat atas, yang saya buat masa nak turunkan berat, byk minum air kosong, kurangkan pengambilan air manis, bersenam + berzumba..

    1. Konsep utama pasal kalori tu dulu kena faham. Dan kena ingat kena ingat nak kurus ni bukan boleh sehari dua huhu..

  5. Bersenam tu alehai…tak konsisten sungguh. Harapkan bulan puasa ni berat badan turun dengan jayanya. Minum air tu pun sama. Tak banyak minum air.

    1. Betul..bab senaman la susah nam konsisten rasanya..saya pun sama.. Lepas puasa ni memang kena ligat balik lah nam hiking dan bersenam hehe

  6. Thank you for the tips, hehe. Nak share artikel ni kat kawan. Dia tengah struggle nak kurus tu. Kita sebagai akwan kasi moral support jela mampu.

  7. Thanks for sharing dan SA sememangnya sedang menuju ke arah itu supaya boleh pakai Kebaya raya ni…alhamdulillah walau hasil blom mendadak..ada sedikit penurunan..SA kurangkan pengambilan nasi tapi lebihkan sayur- syuran dan buah- buahan, pengambilan vitamin pun tak dilupakan..

  8. Yeay. Kita suka tips ni.. Kdg2 tips cmnilah yg bagus utk org amalkan.. Dari amik jln singkat dgn makan pil kurus yg xmenjamin keselamatan bdn… Ada org nak cpt je kurus tp senaman pon malas buat…thanks share tips ni…

  9. Tips yang bagus untuk kurus..orang sekarang nak caepat, dia makan je pil, padahal sepatutnya cara biasa macam ni patut diamalkan. Pemakanan yang seimbang, bersenam, perlu buat juga.

  10. Azam bulan puasa ni nak turunkan berat badan, tapi yang sedih tu tak turun2 jugak..sedih betoi. Tapi salah sendiri jugak sebab tak pandai nak control makan..maklum bulan puasa ni makanan sedap2 depan mata..ummm. Ok lah..nanti lps Raya lah plan diet semula..hehehe

    1. Hehe begitulah..biasa lah tu bukan puasa memang banyak dugaan makanan beraneka jenis. Apepon memang kena kawal nafsu makan 🙂

  11. Untuk kurus, macam senang je kan nak buat. Haha. Bila dah menginjak ke 30-an. Saya mula sedar kenapa suplimen saya makin tidak berfungsi. Saya kena bertukar ke vitamin yang serasi dengan gaya hidup saya sebagai ibu, isteri, usahawan dan kerjaya. Jadi, kita kena tahu keadaan diri kita. Jika masa usia remaja, makan apa sahaja tidak mudah menggemukkan badan. Sudah capai 25 berat naik. Masa itu perlu lihat kandungan gula dalam darah, dan permasalahan lain. Nak kurus, senang je. Jaga pemakanan.

    1. Bet juga ni cakap Ruby.. Seiring usia keperluan badan kita pun dah tak sama. Ada zat yang kita perlu dengan lebih banyak. Betul tu paling utama kena jaga makan 🙂

  12. Thanks for the great tips, I’ve just finish delivering a baby and I’m starting off from zero again, these are great to remind myself, I try my best to eat properly and workout at least 3 times a week.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge