vitamin kecutkan fibroid

Vitamin Kecutkan Fibroid Yang Semulajadi dan Selamat | Ikhtiar Sebelum Kena Bedah

Fibroid – Ketumbuhan Pada Rahim Yang Menggugat Kesuburan

Vitamin kecutkan fibroid? Boleh ke vitamin membantu kecutkan fibroid ni?

Anda nak tahu, baca sehingga habis πŸ˜‰

Fibroid biasanya terjadi pada wanita di dalam lingkungan usia subur, yakni usia boleh mengandung. Fibroid bukanlah kanser, tetapi ia ketumbuhan yang terjadi pada rahim wanita sama ada di dinding luar atau dalam rahim seseorang itu. Jadi ia sangat berkait rapat dengan kesuburan dan boleh mengganggu keupayaan seorang wanita untuk mengandung. Bagi wanita yang sedang hamil pula, jika ketumbuhan fibroid semakin membesar, ia boleh membahayakan bayi dengan sebab mungkin berlaku kelahiran pra-matang.

vitamin kecutkan fibroid

Rawatan yang biasa untuk fibroid ialah dengan cara pembedahan membuangnya. Ini penting sekiranya fibroid semakin membesar, sehingga boleh memudaratkan kesihatan wanita atau bayi yang dikandungnya. Apa yang merisaukan ketika dibedah ialah takut berlaku komplikasi sehingga doktor terpaksa meminta persetujuan untuk membuang rahim wanita juga. Seram, minta dijauhkanlah ya..

Dalam sesetengah kes, pembedahan membuang fibroid boleh jadi tidak perlu. Tahu kenapa? Sebab fibroid yang terjadi telah mengecut dengan sendirinya, maka pembedahan dapat dielak. Ada pelbagai ikhtiar untuk kecutkan fibroid semulajadi ni, salah satunya ialah dengan pengambilan vitamin kecutkan fibroid yang akan saya huraikan ini.

Tanda-tanda Ada Ketumbuhan Fibroid dalam Rahim

vitamin kecutkan fibroid

Sebelum bercerita lanjut, saya senaraikan tanda-tanda seseorang mungkin mengalami ketumbuhan fibroid. Jika anda ada tanda-tanda ini, dinasihat jangan terus membuat kesimpulan sendiri ya. Berjumpalah doktor untuk pengesahan dan ikhtiar lebih awal πŸ˜‰

1. Haid yang banyak dan lama
2. Aliran darah yang tidak stabil semasa tempoh haid
3. Perut membuncit
4. Tidak lawas membuang air kecil
5. Sakit pinggang
6. Kerap buang air kecil
7. Sakit di bahagian pelvis
8. Sakit semasa hubungan intim
9. Terasa ketulan yang padat di bahagian abdomen
10. Kesukaran mendapat anak

Bahaya Ke Jika Ada Fibroid Ni?

Sekali lagi, kebanyakan fibroid tidak berbahaya kerana ia bukanlah sel kanser. Namun akibat buruk boleh terjadi apabila fibroid semakin membesar. Bila saiz fibroid semakin membesar, akan berlaku ketidakselesaan dan mungkin terjadi pendarahan yang banyak.

Bagi wanita yang sedang hamil, fibroid yang membesar akan boleh menyebabkan risiko keguguran bayi. Dan sebab itulah biasanya doktor akan mencadangkan pembedahan membuang fibroid bagi wanita-wanita mengandung supaya ia tidak mengganggu tumbesaran bayi dan membolehkan si ibu melahirkan bayi secara normal.

Selain itu, fibroid juga boleh meningkatkan risiko kelahiran bayi tak cukup bulan, mengganggu pertumbuhan bayi dalam rahim dan risiko tertanggalnya plasenta dari dinding rahim yang mana plasenta ini sangat penting sebagai sistem sokongan bayi di dalam rahim si ibu.

Oleh itu, memang sangat-sangat penting untuk kecutkan fibroid ni, tak kisahlah kalau anda wanita hamil atau tidak, sudah bersuami atau bujang. Pendek kata, fibroid boleh mengganggu kesuburan, kesihatan dan keselesaan kita – maka jangan sesekali diabaikan begitu saja! Kan bagus jika dapat merawat dari awal.

Siapa Berisiko Terkena Fibroid?

Sesiapa saja wanita berisiko mendapat fibroid, tapi ada beberapa ciri yang lebih berisiko contohnya seperti 3 faktor ini:

1. Ada Sejarah Fibroid dalam Keluarga

Jika ibu atau kakak kita pernah mendapat fibroid, maka kita juga ada risiko untuk mendapatnya.

2. Keturunan Amerika Afrika (genetik berkulit gelap)

Ada kajian yang mengatakan wanita dengan genetik berkulit gelap lebih berisiko untuk mendapat fibroid berbanding wanita daripada bangsa lain.

3. Pengaruh Gaya Hidup dan Persekitaran

Sel fibroid mudah membesar bagi mereka yang didatangi haid awal semasa zaman remaja, yang mengamalkan pil perancang, mereka yang obes, mereka yang kekurangan vitamin D, mereka yang selalu makan daging merah dan mereka yanh selalu makan alkohol.

Vitamin Kecutkan Fibroid Secara Semulajadi

Kita mungkin tidak dapat berbuat apa-apa jika terdedah kepada risiko fibroid oleh faktor keturunan dan genetik kan? Tapi dari segi faktor persekitaran dan gaya hidup, ya kita mampu mengubahnya mudahan.

Ada banyak cara untuk mengecutkan fibroid secara semulajadi dan menghalangnya daripada terus aktif dan membesar. Salah satu cara ialah dengan menjaga pemakanan kita dan memilih nutrisi yang sesuai kerana nutrisi yang betul dapat membantu untuk menyihatkan badan kita daripada pelbagai penyakit termasuklah fibroid.

Saya kenalkan jenis vitamin kecutkan fibroid yang telah membantu ramai wanita dengan masalah fibroid mereka, Alhamdulillah!

Vitamin Kecutkan Fibroid

Seperti artikel saya yang lepas, fibroid boleh jadi aktif dan membesar kerana 2 sebab, iaitu kekurangan nutrisi tertentu atau masalah hormon yang tidak stabil (estrogen berlebihan). Jadi, di bawah adalah senarai vitamin kecutkan fibroid yang patut diambil perhatian ye.

1. Beta Karotene – badan menukarkan zat beta karotene kepada Vitamin A di dalam badan. Vitamin ini membantu untuk pertumbuhan dan pemulihan tisu yang sihat, jadi akan berguna untuk merawat fibroid. Produk Shaklee yang mengandungi beta karotene ialah CarotoMax.

2. MultiVitamin dan Zat Besi – semasa haid, fibroid mungkin membuatkan wanita kehilangan banyak darah disebabkan pendarahan. Zat Besi membantu mengembalikan kepakatan hemoglobin darah supaya badan tidak lemah. Multivitamin pula sangat baik untuk mencukupkan keperluan nutrisi badan supaya kekal sihat. Produk Shaklee yang mengandungi multivitamin dan diperkaya zat besi ialah VitaLea.

3. Minyak Ikan – ia bersifat anti-radang, yang membantu mengurangkan keradangan iaitu salah satu faktor yang membuatkan fibroid aktif dan makin membesar. produk Shaklee yang mengandungi khasiat minyak ikan bergred farmaseutikal ialah Omega Guard.

4. Vitamin D – kekurangan vitamin D meningkatkan risiko fibroid. Maka sebaiknya pastikan badan tidak kekurangan vitamin ini. Produk Shaklee yang bolehΒ  membantu membekalkan vitamin D mencukupi kepada badan ialah OsteMatrix.

5. Polifenol – ini adalah antioksidan yang sangat kuat yang dapat membantu mengelakkan keradangan supaya fibroid tidak aktif dan membesar. Ia melindungi sel-sel badan daripada serangan radikel bebas supaya fibroid semakin mengecut. Polifenol terdapat di dalam Vivix Shaklee.

6. B Complex – kekurangan vitamin B dalam diet menyebabkan organ hati tidak dapat menjalankan prosesnya mengawal paras hormon estrogen dengan baik. Jadi cukupkan keperluan vitamin B supaya kestabilan hormon dapat dikekalkan dan mengelak fibroid dari terus membesar.

Set penuh vitamin kecutkan fibroid ialah seperti berikut:

vitamin kecutkan fibroid
Klik Gambar Untuk Membeli Online Menggunakan Kad Kredit / Debit

Eh boleh ke makan vitamin banyak-banyak ni sekaligus? Mungkin ada yang risau pasal ini kan.

Sebenarnya vitamin yang saya senaraikan ini adalah antara nutrisi yang penting dalam hal fibroid. Bercakap pasal nutrisi, sememangnya kita boleh mendapati ia daripada pemakanan sehari-hari. Tetapi masalah yang selalu berlaku ialah kuantiti yang tidak konsisten, betul tak? Jadi apa cara termudah untuk melawan fibroid dengan berkesan daripada sudut nutrisi? Ya, pengambilan suplemen semulajadi ini jawapannya! Tak bermakna anda tak perlu jaga makan ya, jangan salah faham.

Pendapat saya, berbincanglah dengan doktor yang merawat anda terlebih dahulu jika anda ingin mengambil sebarang vitamin tambahan. Biasanya doktor akan setuju asalkan vitamin yang diambil adalah berkualiti malah bersumber semulajadi dan organik seperti jenama Shaklee ini..

Testimoni Pengguna Kecut Fibroid

Apa kata mereka yang telah berikhtiar kecutkan fibroid dengan set vitamin ini? Jom hayati beberapa kisah ye.

vitamin kecutkan fibroid

vitamin kecutkan fibroid

vitamin kecutkan fibroid

Cara Dapatkan Vitamin Kecutkan Fibroid daripada Shaklee

vitamin kecutkan fibroid
Klik Gambar Untuk Membeli Online Menggunakan Kad Kredit / Debit

Mencegah sentiasa lebih baik dari merawat. Selagi boleh ikhtiar, selagi itulah kita mencari penawar untuk setiap penyakit kita. Semoga info saya di sini dapat membantu anda yang sedang mengalami fibroid ketika ini.

Bagi yang ingin bertanya lanjut tentang produk mahupun fibroid, boleh saja hubungi saya di WhatsApp. Saya boleh berikan konsultasi dan cadangan kombinasi vitamin mengikut bajet anda.

 

Baca Juga: 5 Cara Mengecutkan Fibroid | Ikhtiar Sebelum Pembedahan

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge