Saya ada kongsikan 3 tips untuk mendapat wajah yang glowing dalam artikel sebelum ini, iaitu mesti ada 3 komponen penting yang diberi oleh mana-mana produk kepada kulit kita iaitu, melembapkan, menggalakkan kolagen kulit dan menanggalkan sel kulit mati. Nah, di sini saya mahu berkongsi pula Set Vitamin Kulit Glowing dengan semua!
Vitamin Kulit Glowing
Sesetengah orang tak percaya, bahawa vitamin dan pemakanan akan mempengaruhi kulit kita untuk jadi cantik berseri atau glowing. Tapi, mesti semua pernah dengar inner beauty? Atau beauty from within? Paling koman pun mesti pernah dengar “kita adalah apa yang kita makan” setuju?
Ini bermaksud pemakanan memang ada kaitan untuk mendapat kulit yang cantik tau!
Di sini, saya senaraikan set vitamin untuk kulit glowing daripada jenama Shaklee.
-
ESP
ESP adalah serbuk minuman soya non-GMO yang berkualiti tinggi kerana organik dan indeks glisemik yang rendah.
Fungsi ESP untuk tujuan kulit glowing ialah:
- Memudarkan parut dan cela pada kulit
- Menggantikan sel kulit mati dengan sel kulit yang baru
- Memberi lembapan kepada kulit
- Membina kolagen
-
SR Vita C Plus
Fungsi Vitamin C adalah anti-oksidan yang melindungi badan kita daripada radikel bebas yang mengancam kesihatan. Ia dapat meningkatkan imun badan terhadap penyakit.
Bagi tujuan kulit glowing, fungsinya ialah:
- Mencerahkan kulit
- Melindungi sel kulit dari ancaman pencemaran dan UV
- Membantu protein badan membina kolagen
-
Collagen Plus Powder
Seperti namanya, minuman ini adalah sumber kolagen yang sangat baik untuk memelihara kulit yang cantik. Berbezanya Collagen Plus Powder Shaklee dengan jenama lain ialah ia mempunyai kadar penyerapan yang tinggi dan cepat, sehingga kajian makmal Shaklee merumuskan ia memberi kesan baik maksima hanya dalam 2 bulan tempoh penggunaan!
Baca Sini: Fungsi dan Testimoni Collagen Powder Shaklee
Antara kebaikan Collagen Plus Powder dalam Set Vitamin Kulit Glowing ini ialah:
- Melembapkan kulit
- Memudarkan parut dengan cepat
- Membaiki penampilan parut berlubang
- Mengecilkan liang pori
- Menghaluskan tekstur kulit
-
Vivix
Melembap sudah, membina kolagen sudah, membersihkan wajah dari cela pun sudah – sekarang ini item terakhir set ini, iaitu Vivix dan kepentingannya.
Minuman botani Vivix adalah ramuan polifenol dan resveratrol tumbuhan daripada 4 bahan istimewa. Polifenol dan resveratrol ialah kumpulan anti-oksidan yang sangat berkuasa tinggi, iaitu kira-kira 10 kali ganda lebih hebat berbanding vitamin C.
Apakah tujuan Vivix dalam set ini? Ini fungsinya:
- Memelihara sel kulit agar tidak mudah rosak
- Memelihara sel kulit yang sihat
- Memelihara sel kulit yang awet muda
Secara ringkas, Vivix memelihara kesihatan kulit yang baik supaya ia boleh tampil segar, berseri dan kelihatan awet muda yang berkekalan.
Selesaikan Masalah Kulit Kusam
Sudah jemu dengan masalah kulit kusam? Nak-nak pula orang asyik tersalah teka umur. Disangkakan anda lebih tua dari usia sebenar disebabkan penampilan kulit yang kusam!
Aduh.. hentikan ini.
Selesaikan!
Dapatkan set Vitamin Kulit Glowing daripada Shaklee ini.
Whattsapp saya untuk sebarang pertanyaan dan belian. Saya akan berikan konsultasi dan memberi cadangan kombinasi item terbaik untuk anda, kerana semestinya mungkin anda tidak perlu semua 4 item di atas!
Mahu lihat testimoni mereka yang sudah berjaya mendapat kulit glowing? Klik pautan ini.
kulit memang semakin muda apa bila amalkan vitamin…dulu saya kusam sangat. malu nak jumpa org