vitamin-untuk-mengurangkan-kesan-berhenti-merokok

Vitamin Untuk Mengurangkan Kesan Berhenti Merokok

Kesan Berhenti Merokok – Bahaya Tak?

Ramai ke yang takut-takut nak berhenti merokok di luar sana? Bukan apa, kesan akibat berhenti merokok bukan alang-alang juga cabarannya. Namun, berita baiknya gejala atau kesan berhenti merokok ini tidaklah membawa sehingga kematian. Cumanya bagi mereka yang sedang mengalami, sukar nak ceritakan juga bagaimana azabnya. Waktu inilah, sokongan orang sekeliling amat-amat diperlukan. Berikan sepenuh sokongan anda kepada ahli keluarga yang sedang berusaha berhenti merokok ini. Kalau tidak ada idea sangat, boleh berikan mereka vitamin untuk mengurangkan kesan berhenti merokok ini.

Kesan berhenti merokok yang tidak menyelesakan sebenarnya terhasil akibat tindakbalas badan yang sedang bertarung melawan gian nikotin. Jika semasa merokok, badan sudah biasa dengan kesan nikotin yang memberi rasa ‘high’ dan relaks, jadi selepas berhenti merokok badan sudah tiada sumber nikotin yang berterusan. Maka terjadilah kesan berhenti merokok seperti berikut:

1. Naik selera

2 bahan kimia dalam rokok iaitu serotonin dan dopamine boleh mengurangkan rasa lapar. Bila seseorang berhenti merokok mereka akan rasa cenderung merasa lapar kerana menggantikan kelaziman kesan tidak merokok.

2. Gian / Ketagihan Merokok

Gian merokok boleh mula seawal 30 minit selepas seseorang itu mengambil rokoknya yang terakhir. Jadi bayangkanlah cabaran ketagih buat mereka yang ingin berhenti merokok secara total.

3. Batuk

Sistem pernafasan akan mula mencuci atau menyahtoksin bila nikotin tidak dibekalkan lagi. Semasa ini, bekas perokok akan batuk-batuk sebagai tindakbalas membuang toksin.

4. Pening dan Sakit Kepala

5. Keletihan

Nikotin adalah sejenis stimulant, di mana menyebabkan perokok berasa lebih bertenaga apabila mengambilnya. Bila tanpa rokok, badan akan berasa lebih letih, kurang selesa dan mengalami masalah sukar tidur (insomnia).

6. Sembelit

7. Stress

Stress termasuklah merasa resah, kemurungan dan kurang fokus.

kesan-berhenti-merokok

Vitamin Untuk Mengurangkan Kesan Berhenti Merokok

Vitamin bukan ubat untuk menghilangkan simptom berhenti merokok, tetapi ia dapat membantu mengurangkan kesan berhenti merokok yang dibincangkan di atas kerana mengisi lompong-lompong nutrisi yang terganggu akibat tabiat merokok sekian lama.

1. Vivix

Ada kandungan antioksidan yang sangat tinggi di dalam Vivix yang dipanggil resveratrol. Jika minuman ini diamalkan oleh perokok, kesannya sangat cepat untuk mereka hilang ketagihan merokok. Pendek kata, cravings merokok jadi merosot sebab proses penyaktoksidan nikotin sedang berlaku dalam badan. Bila nak merokok, rokok terasa pahit dan tidak sedap daripada kebiasaan. Sebab itu ramai yang ‘terpaksa’ berhenti merokok bila sudah amalkan minuman ini.

Vivix amat-amat digalakkan kepada mereka yang mahu berhenti merokok dengan cara yang amat mudah, amalkan saja minuman ini sesudu pagi dan malam.

KLIK UNTUK BACA: CARA BERHENTI MEROKOK DENGAN VIVIX BESERTA TESTIMONI

2. Vitamin E Complex

Bila seseorang merokok, ini mengurangkan vitamin E dalam badan dengan serius sehingga 45%, dah lebih separuh dari sepatutnya! Pentingnya vitamin E adalah sebagai antioksidan pelindung daripada radikel bebas yang disebabkan oleh tabiat merokok. Semakin seseorang merokok, maka semakin banyak juga vitamin E yang diperlukan. Namun selepas berhenti merokok pun sama, seseorang itu kena tingkatkan pengambilan vitamin E supaya dapat menangani radikel bebas yang berbaki dalam badan.

3. SR Vita C Plus

Mengambil vitamin C sebanyak 1000 mg sehari oleh orang yang mahu berhenti merokok dapat membantu melindungi fungsi vitamin E yang berkesan. Vitamin C dan vitamin E adalah saling berkaitan kerana kedua-duanya membantu supaya badan dapat melawan kerosakan yang disebabkan oleh nikotin. Ia juga membantu meningkatkan imun badan disebabkan ketagihan nikotin yang masih ada.

4. Vitamin A (CarotoMax)

Vitamin A sangat penting untuk melindungi daripada jangkitan paru-paru. Ia melindungi daripada kerosakan peparu yang boleh membawa kepada risiko kanser. Mengikut Persatuan Kanser Amerika, perokok tegar yang kekurangan vitamin A dalam badan didapati mempunyai risiko 3 kali ganda mendapat kanser berbanding perokok yang cukup vitamin A. Jadi bila sudah buat keputusan mahu berhenti merokok, cepat-cepatlah cukupkan vitamin yang perlu ya.

5. Vitamin B

Bila berhenti mereka, stress biasa datang sebabnya terpaksa menahan diri daripada ketagihan yang bukan biasa-biasa. Ambil vitamin B kerana ia boleh meredakan stress. Simptom lain juga boleh diatasi seperti sukar tidur malam (insomnia), kemurungan, keresahan dan jangkitan salur pernafasan.

kesan-berhenti-merokok

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:-

Nama: Jaja @ Zaleha

SID No: 1227002

No. Telefon: 011-3619 8300 (Klik Di Sini untuk WhatsApp Saya)

Email: vitamin.merah@gmail.com

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge