vitamin shaklee untuk jerawat

9 Vitamin Shaklee Untuk Jerawat | Cegah Sebelum Parah

Bagi yang ada masalah jerawat tu mesti tercari-cari vitamin shaklee untuk jerawat anda kan? Jadi di sini saya ingin kongsikan 7 jenis vitamin Shaklee untuk jerawat yang benar-benar dapat membantu anda.

Suplemen Boleh Bantu Masalah Jerawat ke?

Mungkin ada yang bertanya begini kan. Sebenarnya perlu difahami, yang punca jerawat boleh jadi di luar badan atau dalam badan itu sendiri.

Kalau faktor luar badan, jerawat boleh muncul sebab penggunaan skincare yang tidak sesuai, kadang sebab stress dan wajah yang tak dijaga bersih.

Faktor dalaman pula seperti badan yang banyak toksin, hormon tak seimbang, antibodi tak kuat, minyak kulit yang terlampau berlebihan, tindakbalas kulit akibat keradangan dan kekurangan zat tertentu yang bertanggungjawab memelihara kesihatan kulit.

Jadi, untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bebas jerawat, kedua faktor luaran dan dalaman badan perlu diambilkira.

Wajah perlu dijaga kebersihan dengan baik melalui pemilihan skincare yang sesuai. Perlu juga mengamalkan pemakanan yang seimbang, bijak menangani stress dan mengambil suplemeb yang diperlukan dengan bijak.

9 Vitamin Shaklee untuk Jerawat

vitamin shaklee untuk jerawat

1. Sustained Release Vita-C Plus

Sebagai antioksidan, vitamin C memelihara kesihatan kulit yang baik. Ia juga meningkatkan imun badan untuk melawan jangkitan dan bakteria termasuklah bakteria jerawat.

Vitamin Shaklee untuk jerawat ini juga menggalakkan penghasilan kolagen yang bagus untuk kulit.

2. B Complex

Vitamin B terkenal sebagai vitamin anti-stress. Sedar atau tidak sedar, stress juga antara faktor jerawat muncul. Kurangkan simptom jerawat stress ini dengan pengambilan vitamin B yang cukup.

Selain itu, vitamin B juga memelihara kesihatan usus supaya detoks semulajadi badan berjalan lancar. Badan yang kurang toksin biasanya tidak mengundang jerawat yang berlanjutan.

3. Omega Guard

Khasiat Omega 3 dalam suplemen ini mempunyai sifat anti-radang yang sangat bagus untuk meredakan jerawat dari dalam dengan cepat. Jerawat baru seperti jerawat batu (seperti pengalaman saya sebelum ini) pun boleh kecut seawal 3 hari.

4. Herb-Lax

Pernah dengar istilah jerawat sebab darah kotor? Benar. Darah kotor atau sebenarnya bermaksud badan banyak toksin adalab antara penyebab jerawat yang berlanjutan.

Penyerapan zat makanan di usus akan menjadi kurang dan terganggu jika organ usus kita kotor dan banyak toksin. Jerawat pula muncul pada kulit kerana reaksi untuk membuang toksin yang berlebihan dalam badan. Perlu difahami kulit juga antara organ detoks semulajadi badan.

Herb-Lax adalah jenis ramuan herba yang membantu untuk membersihkan usus dan detoks secara lembut. Apabila organ usus sihat, badan kurang toksin dan penyerapan zat makanan berlaki dengan baik, maka jerawat dapat dielakkan.

5. Vitamin E Complex

Vitamin E berkhasiat kepada kulit dengan cara memulihkan dan memudatkan parut jerawat. Ia juga jenis antioksidan yang membantu memelihara sel kulit dan badan daripada ancaman radikel bebas yang merosakkannya.

6. GLA Complex

Suplemen ini mengandungi khasiat Omega 3 dan Omega 6 yang seimbang.

Kebaikan GLA Complex membantu untuk menstabilkan hormon pada mereka yang mengalami jerawat ketika fasa datang bulan terutamanya.

Ketidakstabilan hormon lebih-lebih lagi pada kaum perempuan yang hampir atau baru lepas tempoh haid biasanya menyebabkan penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit. Ditambah dengan faktor kebersihan, pori kulit amat mudah tersumbat dengan minyak dan kotoran. Jika kulit tidak dijaga dengan baik dalam tempoh ini, jerawat sangat mudah terjadi.

Oleh itu, hormon yang stabil akan memastikan yang rembesan minyak pada kulit adalah terkawal setiap masa, yang mana akan mengurangkan satu lagi faktor munculnga jerawat.

7. ESP

Banyak feedback pengguna ESP yang mengaku kulit jadi lembut dan makin putih. Betul tu, tapi apa peranan ESP dalam kes jerawat?

ESP adalah protein yang berasaskan tumbuhan soya. Protein adalah komponen penting untuk membaiki dan mengganti sel kulit yang rosak kerana jerawat. Ia berguna dalam penghasilan kolagen kulit.

Selain berikan protein yang cukup untuk sel kulit rosak cepat pulih, ESP juga membantu untuk memberi kelembapan pada kulit, sebab ia mengawal minyak berlebihan.

Kulit yang berminyak melampau ni memang antara faktor selalu mengundang jerawat. Jadi ESP membantu dari sudut ini.

8. Collagen Powder

Sesuai dengan nama, ia adalah sumber kolagen yang diekstrak daripada sisik ikan merah laut dalam, jauh dari pencemaran.

Kolagen, adalah satu komponen pada kulit manusia yang jadikan kulit jadi tegang, lembut, tidak berkedut dan struktur yang gebu.

Walaupun badan kita boleh hasilkan kolagen sendiri tetapi semakin meningkat usia kolagen semakin berkurang. Jadi pengambilan Collagen Powder sangat-sangat membantu untuk pulihkan penampilan kulit dengan cepat.

Secara jujur, Collagen Powder mungkin tidam menyelesaikan masalah jerawat, tetapi paling sesuai untuk memperbaiki struktur kulit yang rosak akibat jerawat.

Nasihat saya, sekiranya anda ada masalah jerawat tetapi berminat untuk mencuba Collagen Powder, ambillah set basic jerawat bersama. Penampilan kulit yang cantik tapi masalah jerawat masih datang dan pergi tentu tidak berbaloi kan?

9. Vivix

Vivix adalah suplemen minuman botani yang kaya dengan khasiat anti-oksidan yang bagus untum memelihara kesihatan badan rtermasuklah kesihatan kulit.

Antioksidan dalam Vivix adalah lebih berkuasa daripada jenis antioksidan lain seperti vitamin A, C dan E.

Istimewa sekali, Vivix dapat memulihkan kerosakan sel di peringkat DNA. Kulit kita yang rosak akan dibaiki strukturnya dari akar umbi.

Vivix berharga RM503.50 (harga bukan ahli Shaklee) sebotol. Ia adalah suplemen yang paling baik diamalkan jika anda jenis yang malas nak amalkan suplemen tablet dan bancuh yang pelbagai tu.

Untuk masalah jerawat, Vivix memang sesuai. Bergantung pada jenis jerawat juga, mungkin ada beberapa suplemen yang perlu ditambah untuk keperluan masing-masing sebab masalah jerawat tak sama bagi setiap orang. Jadi, saya galakkan anda berbincang dengan agen Shaklee anda untuk konsultasi ya đŸ˜‰

Kesimpulan

Sebenarnya isu jerawat setiap orang tidak sama. Kes berbeza-beza kerana setiap dari kita memiliki jenis kulit berlainan, gaya hidup yang tidak sama dan sikap tertentu yang mungkin menyumbang kepada jerawat tu sendiri.

Nasihat saya, hubungi agen Shaklee bertauliah tempat anda atau boleh hubungi saya (Shaklee ID: 1227002) sahaja untuk meminta pendapat dan konsultasi.

Tidak semua item yang saya senaraikan dia atas perlu anda ambil untuk selesaikan masalah jerawat anda, sebab itu adalah penting untuk ceritakan masalah anda terlebih dulu kepada kami.

Akhir kata, saya berharap semoga anda yang sedang mengalami masalah jerawat sekarang ini akan cepat pulih dan dapat mengembalikan keyakinan diri anda secepatnya. Saya merasai perasaan anda sebab saya juga pernah mengalami masalah yang sama sebenarnya..

InsyaAllah, di lain artikel saya akan berkongsi tentang masalah jerawat saya yang pulih dalam tempoh 2 bulan dengan bantuan vitamin Shaklee untuk jerawat yang benar-benar tepat untuk saya. Stay tuned :blush:

Ingin tahu lebih lanjut vitamin mana paling berkesan untuk masalah jerawat anda? Silakan hubungi saya untuk sebarang pertanyaan đŸ™‚

 

Baca Selanjutnya: Cara Mengecutkan Jerawat Batu dengan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge