Vitamin Shaklee untuk Resdung
Punca Resdung
Resdung adalah penyakit yang berpunca daripada keradangan pada rongga pernafasan / sinus seseorang. Bahagian radang itu membengkak, menyebabkan mukus tersangkut dan menghasilkan simptom-simptom resdung. Contohnya seperti selesema, bersin, hidung berair, demam dan lain-lain. Jadi, apakah vitamin Shaklee untuk resdung yang sesuai?
4 Vitamin Shaklee untuk Resdung
1. Omega Guard – redakan radang
Omega Guard adalah suplemen minyak ikan yang kaya dengan DHA dan EPA, serta Omega 3. Khasiat Omega 3 membantu dalam meredakan keradangan.
Penyakit resdung berlaku kerana terjadi bengkak pada salur sinus (rongga pernafasan) kita. Bengkak ini adalah akibat tindakbalas imunisasi badan kita terhadap serangan virus, bakteria atau kulat penyebab resdung itu. Ketika ini, mukus dalam sinus dihasilkan dengan banyak untuk melawan serangan. Tapi disebabkan ada bengkak, ia akan memberi implikasi yang keterlaluan seperti hidung berair, nafas tak selesa, selesema dan sesak dada. Inilah dia simptom-simptom resdung.
Vitamin Shaklee untuk resdung Omega Guard ini dapat membantu. Ia mempercepatkan bengkak pada rongga sinus cepat susut. Orang yang diserang resdung akan cepat pulih daripada simptom-simptom resdung yang tidak menyelesakan!
2. SR Vita-C Plus – kuatkan antibodi untuk melawan serangan virus, bacteria dan kulat.
Vitamin C adalah suatu immune booster, iaitu ia dapat meningkatkan ketahanan badan kita daripada serangan penyakit.
Badan yang kurang daya tahan memang akan lebih mudah diserang resdung. Pengambilan vitamin C yang cukup insyaAllah boleh meningkatkan imun badan kita dari serangan yang kerap.
3. Alfalfa Complex – menangani alahan iaitu salah satu punca resdung
Alfalfa adalah sejenis tumbuhan herba. Ia sedikit ‘panas’, agen detoks dan ada khasiat anti alahan.
Alahan ialah respon badan yang tidak toleran kepada bahan tertentu. Contohnya ada orang yang gatal-gatal apabila makan udang kerana mereka alah dengan udang. Jika resdung pula, alahan berlaku apabila rongga sinus mereka dirangsang oleh bahan asing seperti habuk, debunga atau bulu binatang.
Alahan boleh berlaku bila-bila masa bila orang tersebut terdedah kepada persekitaran udara yang tercemar tadi. Rongga sinus menjadi bengkak kerana radang dan simptom resdung akan mulai ketara.
Amalkan alfalfa kerana sifat anti-alahan dalam alfalfa boleh membantu mengurangkan gejala alahan.
4. B Complex
B Complex adalah gabungan semua jenis vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12.
Vitamin B meningkatkan kadar metabolisme badan. Penukaran makanan kepada tenaga menjadi lebih cepat. Badan kita menjadi lebih bertenaga dan mengurangkan simptom kepenatan yang mungkin dialami oleh penghidap resdung.
Set Resdung Shaklee
1. Set Resdung Shaklee Bajet

2. Set Resdung Shaklee Premium

3. Set Resdung Kanak-Kanak

Cara Membeli
Jika anda ingin mendapatkan mana-mana vitamin shaklee untuk resdung / set resdung shaklee ini, boleh hubungi saya di talian 011-3619 8300 atau klik sahaja nombor telefon saya untuk mesej saya directly di WhatsApp.
Anda juga boleh klik button setiap gambar set di atas untuk terus membeli secara online dengan bayaran mudah secara kad debit atau kad kredit. 😉
Ketahui juga cara untuk mendapatkan mana-mana set resdung di atas dengan penjimatan sehingga 25%! Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
Baca Selanjutnya: Set Jeragat Shaklee | Merawat Dari Dalam Dengan Berkesan
Vitamin ni macam bagus… apa-apa yang kita makan, memanglah untuk kesihatan kita sendiri, kan?
Banyak variety to choose from jugak..
Betul dah tu..apa2 yang kita makan akan reflect kesihatan kita. So kalau ambil vitamin pastikan beli yang naturals ya 🙂
Memang bagus produk Shaklee ni. Saya pun ambil makanan tambahan dari Shaklee dan setakat ni alhamdulillah baik. Tapi sy takdelah masalah resdung. Maybe boleh suggest kat kawan cuba berikhtiarkan. Mana tahu berkesan. 😃
Wah terbongkar rupanya Hasif pun makan Shaklee ya..hehehe. Makan suplemen yang mana satu?
qeela takde masalah resdung, but good info jugaklah ni kot ada yang mencari ke kan..bila baca macam okay jugak..all the best!
Alhamdulillah Qeela takde resdung. Orang yang ada resdung ni sebenarnya masalah alergik… so simptom boleh datang bila2 masa. Boleh control je tak boleh sembuh..
Kawan I selalu ada masalah resdung. I will definitely getting this Vitamin Shaklee for her to try it out.
Sian kan tengok orang resdung ni.. asyik runny nose je selalu..huhu
Airah memang consume vit c shaklee untuk resdung dan untuk kulit jugak so far memang favvvv
Yeahh alhamdulillah 🙂
Shaklee ni dah lama. Tapi ai tak amalkan pun sebab ai tak yakin. Tapi baru-baru ni terjebak juga dengan vitamin shaklee. Not bad sebab tak pahit.
Oh..kenapa tak yakin tu Aisya? Dan….macam mana boleh terjebak?? hehe
Sinus is not easy to cure, even after many treatments not all will work, will try vit c shaklee and see if it helps with it.
Sinusitis memang tak boleh fully cure Jia Shin Lee… sebab ia masalah alergi sebenarnya… supplement intake macam shaklee ni cuma boleh bantu reduce the symptoms 🙂
Pernah makan semua vitamin tu. Memang best. Nak kema repeat order lagi ni.
Sila sila Afizah, recommended sangat 🙂
Nak recommend lah produk shaklee nie dkt kwan sy yg ada resdung. Kesian dia kalau dh mula dtg gatal tu, mcm cacing kepanasan.
Silakan Zharif.. at least kalau low budget sangat amik vitamin C saja dulu pon okay.. 🙂
Hilma mmg amalkan product shaklee ni..tp hilma just amik alfalfa lechilin n herbaflex kot nama dia..so far ok la..bdn rasa ringan je..
Set yang Hilma amek tu lebih kurang set detox tu.. no wonder badan ‘ringan’. Teruskan dear 🙂
saya ni tak tahu la resdung ke ape, tapi pantang betul makan makanan yg ada sambal belacan. mesti bersin 200 kali. hehe..
boleh consider guna shaklee nanti
Saya rasa nikkhazami alergik belacan kot..hihi
Macam sesuai dengan kita ada masalah resedung juga ni tapi tak serius sangat bila main habuk jer baru jadi hehehehe wakakakaka tapi harga boleh tahan…
Resdung pun jadik bila ada menda yang trigger dia Maha.. macam habuk, suasana sejuk ke, asyik berkipas ke..ha gitu la. Symptoms Maha tak serius sangat takpe la.. ada orang sampai ganggu rutin harian masalah juga tu…
Alhamdulillah setakat ni tak ada lah terbersin bersin dan punyai masalah resdung, tapi risau gan anak sb setiap pagi mesti bersin2. Nanti kalau ada ongkos lebih nak try jugak lah
Try Vitamin C dulu Hanny, maybe immune system anak tak berapa kuat kot..
so far saya takda resdung. Hehehe tak taw nak komen ape. Hehehehhe bagi yg ada readung kena suggest diorang ni kot lah ye. akak sy ada readung tapi tau dia ambik ubat ke tak. tgk mcm sihat manjangg je
Ow…dia jaga makan dan kebersihan persekitaran kot uzu.. elakkan dari alergen yang boleh sebabkan serangan resdung tu..
Resdung ni kalau dah menyerang memang sgt tak selesa. Ada yg sampai terpaksa amik MC. Kena lah ikhtiar macam amik set shaklee ni utk kurangkan serangan dan simptom resdung tu kan. Siap ada set resdung kanak2 lagi. Bagus shaklee.
Hehe kan… Suka shaklee tau!
Shaklee memang banyak set yang memang focus untuk masalah kesihatan which is very good. so org boleh tahu mana satu ak beli kan. 🙂
Betul innanie. Taktau pun boleh jer tanya direct kat distributor Shaklee..
Saya ada sinus juga masa kecik2 dulu. Alhamdulillaj sekarang dah ok. Dulu pernah amalkan shaklee, tapi berhenti sebab dapat tau yg saya allergy alfalfa.
Btw suka makan vit. c shaklee dulu. Kulit jadi lembut n licin.
Ouh Alfalfa ni memang la..tak semua orang serasi.. tengok orang jugak. Kalau tak serasi Alfalfa boleh replace dengan Garlic Complex juga 🙂
Garlic complex ni mmg xde kesan sampingan ye?..saye ade resdung n da mkn vit c sustained release tapi mcm tak de kesan sgt..kat badan ade banyak jerawat tumbuh merah2.. Segan rase nasib belom kawen..muka jerawat da kurang sket tapi ade parut2 lagi..sedehhh..
Ms Specky, Untuk resdung tak mencukupi tu hanya makan vitamin C saja. Saya cadang at least add on Alfalfa Complex dan B Complex ye, kalau bukan full set pun.
Berkaitan Garlic, ia ada sifat antibakteria yang bagus untuk tackle masalah jerawat sama dan untuk cuci darah dari toksin.
Jerawat ni tak boleh nak kata sangat sebab resdung sebenarnya.. ada je orang yang resdung teruk tapi muka licin yakmat tau. Ada punca-punca lain untuk jerawat..
Tapi kalau berminat nak setel parut jerawat dengan produk Shaklee, boleh try ESP, Collagen Powder dan Youth Skincare ya 😉
Garlic ada kesan mencairkan darah, so kena ambil lepas makan.
Kadang ada orang tak tau pun dia penghidap resdung until jumpa ejen shaklee. Bila dah makan dan berkurang gangguan hidung berair di waktu pagi. baru lah percaya dia ada resdung! Aiseymen. Sabar je la.
Assalamualaikum…untuk masalah jerawat muka dan badan set shaklee yg mne ye sesuai?mohon pencerahan.tQ
Waalaikumussalam cik da. Jerawat ni ada banyak faktor, jadi kena kenalpasti dulu apa masalahnya baru boleh cadangkan vitamin yg sesuai. Boleh hubungi saya ya kita sembang2 🙂