vitamin untuk ibu mengandung

Vitamin Untuk Ibu Mengandung | 6 Sebab Si Ibu Perlu Dapatkan Bantuan Suplemen

Vitamin Untuk Ibu Mengandung | Gembiranya saat pertama kali bila doktor sahkan yang korang mengandung kan! Alhamdulillah, berita menggembirakan macam kehadiran zuriat penyeri rumahtangga ni semestinya adalah yang ditunggu-tunggu setiap pasangan. Tahniah dari saya di vitamin.merah ucapkan 😘

Tempoh mengandung adalah fasa perkembangan bayi di dalam rahim ibu. Bukan calang-calang fasa ye sebab di sinilah menentukan kesihatan bayi yang bakal lahir tersebut. Jadi di sini saya akan kongsikan beberapa jenis vitamin untuk ibu mengandung yang sangat penting semasa fasa ini.

6 Vitamin Untuk Ibu Mengandung

1. Asid Folik

Asid Folik diperlukan seawal sebelum kehamilan lagi sebenarnya, iaitu elok diamal oleh wanita yang merancang untuk hamil.

Kepentingan asid folik ialah untuk mengurangkan risiko spina bifida pada bayi iaitu kes di mana saraf terkeluar dari tulang belakang bayi.

vitamin untuk ibu mengandung
Kejadian spina bifida – Sumber: MayoClinic.org

2. Zat Besi

Vitamin untuk ibu mengandung seterusnya ialah zat besi.

Semasa hamil, keperluan darah si ibu meningkat kerana menampung keperluan bayi juga. Tidak cukup darah bukan aje boleh membahayakan bayi tetapi tahap kesihatan si ibu juga.

3. Kalsium

Ibu mengandung juga perlu Kalsium yang cukup untuk perkembangan baik tulang bayi. Untuk ibu pula, Kalsium yang cukup membantu mengelak kekejangan otot dan kerosakan gigi.

4. Vitamin D

Vitamin D ialah vitamin untuk ibu mengandung yang tak kurang pentibgnya selain Kalsium kerana ia juga berperanan dalam kesihatan gigi dan tulang si ibu dan bayi. Vitamin D membantu penyerapan Kalsium dan mengekalkan tahap Kalsium dan fosforus di dalam badan.

5. Asid Lemak Perlu

Asid lemak Omega 3 adalah yang penting diambil oleh ibu mengandung kerana kandungan DHA dan EPA di dalamnya membantu perkembangan otak dan saraf bayi yang sempurna.

Sumber makanan yang kaya dengan Omega 3 ialah daging ikan.

Semua vitamin untuk ibu mengandung ini seharusnya didapati daripada pemakanan sehari-hari. Namun atas kekangan tertentu, mungkin semua keperluan ini tidak dapat dipenuhi secara konsisten.

Hal ini tidak bagus untuk kesihatan ibu, dan tentunya perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan. Maka, di sinilah peri pentingnya si ibu mengambil suplemen ibu hamil sebagai alternatif.

6 Tanda Bahawa Ibu Mengandung Patut Ambil Suplemen

Ini 6 tanda bahawa si ibu memang perlukan suplemen untuk tempoh kehamilan mereka. Perhatikan, mungkin ada yang sedang anda alami sekarang?

1. Morning Sickness Yang Teruk

Perubahan hormon semasa mrngandung menyebabkan alahan morning sickness terjadi. Ada ibu mengandung yang hanya alah semasa trimester pertama kehamilan tetapi ada juga yang mengalaminya sepanjang 9 bulan mengandung.

Alahan yang teruk boleh menyebabkan dehidrasi pada badan si ibu. Selera makan juga mungkin tidak menentu. Zat makanan amat penting semasa kehamilan. Tetapi disebabkan alahan mengandung yang teruk, si ibu mungkin telah mengabaikan bab pemakanan ini. Suplemen adalah alternatif yang baik.

2. Masalah Hb Rendah

Bila cek darah di klinik, keputusan ujian darah adalah hemoglobin rendah? Ini petanda ibu mengandung tak cukup zat besi, folat dan vitamin B.

Cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan hemoglobin darah ialah perbanyakkan makanan yang kaya dengan zat besi. Namun bila cek darah lagi untuk temujanji seterusnya pun hemoglobin susah nak naik?

Nah, korang memang perlu ambil suplemen vitamin B dan zat Besi nampaknya.

3. Kurang Tenaga

Trimester pertama ialah di mana perubahan hormon menyebabkan rasa penat untuk sesetengah ibu hamil. Semasa ini, badan ibu menghasilkan banyak darah untuk membawa nutrien kepada bayi.

Pemakanan seimbang dan mencukupi amat penting untuk mengatasi penat dan kekurangan tenaga. Jika masih juga cara ini tidak berkesan, maka ambillah suplemen tenaga seperti protein shake supaya ibu hamil kekal bertenaga untuk melakukan tugas harian.

4. Masalah Rambut dan Kulit

Tompok gelap, jeragat, rambut menipis, jerawat, kuku nipis dan stretch mark adalah perubahan yang mungkin berlaku semasa hamil. Ini bermaksud si ibu kekurangan zat protein yang berperanan dalam menjaga kesihatan kulit, rambut dan kuku.

Suplemen protein shake adalah yang paling sesuai diambil jika si ibu mengalami masalah ini.

5. Kekejangan

Semakin kandungan membesar, otot kaki mudah menjadi kejang. Kejang juga bermaksud si ibu hamil kekurangan zat kalsium dan magnesium, kerana bayi turut mengambil zat ini dari si ibu. Sekali lagi berbalik kepada faktor pemakanan untuk mencukupkan keperluan ini.

Nak lagi mudah tak mahu kerap terjaga tengah malam disebabkan kejang kaki? Amal je suplemen kalsium kan senang.

6. Sembelit

Ibu mengandung digalakkan menjaga diri sebaiknya semasa tempoh hamil supaya keselamatan bayi dan ibu terjaga. Lagi pula bebanan bayi dalam rahim membuatkan so ibu tidak boleh lasak dan perlu membataskan pergerakan. Ini antara punca sembelit terjadi, jika kurang pergerakan.

Nak elak sembelit kenalah makan sayur dan buah yang banyak untuk sumber serat, tak lupa juga minumlah air yang cukup. Tapi kadang-kadang sembelit masih jadi walau dah cuba sedaya upaya ambil serat dan minum air. Nampaknya tambahan vitamin untuk ibu mengandung perlu dipertimbangkan dalam hal ini.

Bagaimana, ada tanda-tanda ini tak pada korang yang sedang mengandung tu? Atau untuk para suami yang membaca artikel saya ni, perasan apa-apa tanda pada isteri masing-masing tak? Ha.. bermakna perlunya suplemen dan vitamin untuk ibu mengandung yang bersesuaian ye.

Baca: Set Hamil Shaklee

Semoga artikel ini bermanfaat khasnya untuk bakal ibu buat pertama kali 😘

 

(Rujukan: Portal MyHealth)

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge