vitamin untuk jantung

Vitamin Untuk Jantung Kekal Sihat | Info Yang Wajib Semua Tahu Khasnya Pesakit Jantung

Baru-baru ini, saya mendapat pertanyaan tentang Set Gastrik Shaklee. Beliau sebenarnya adalah bapa kepada pelajar hometuition saya. Semasa bersembang, saya cuba fahami masalah kesihatan yang beliau hadapi. Rupanya apa yang lebih tepat untuk beliau selain set gastrik ialah vitamin untuk jantung.

Begini kisahnya.

Hampir setahun lepas, beliau menjalani pembedahan memasukkan ‘bateri’ perentak pada jantungnya kerana keupayaan jantung yang semakin terbatas. Ada sekotak ubat yang isteri beliau tunjukkan pada saya yang perlu beliau ambil secara konsisten berikutan pembedahan tersebut. Tapi malangnya kesan ubat tersebut membuatkan beliau mengalami gastrik dan muntah-muntah akhir-akhir ini, kira-kira 10 bulan pengambilan ubat doktor.

Apa yang tidak kena agaknya? Sedangkan pola pemakanan harian sama sahaja, bukan sebab skip makan atau apa..

Sebenarnya, memang benar. Ini adalah salah satu kesan ubatan kimia. Doktor yang merawat beliau juga mengakui hal ini dan tempoh memakan ubat hanya dipreskripsi selama setahun selepas pembedahan tersebut.

Saya perhatikan ubat-ubatan beliau. Yang saya perasan, ada ubat turunkan darah tinggi dan ubat tahan sakit (painkiller).

Berdasarkan pengetahuan saya, kesan sampingan ubatan jenis painkiller memang menyebabkan pendarahan dalaman (bleeding). Selain pembacaan di laman web bertauliah dan buku, [engetahuan ini ada juga dalam sukatan subjek Kimia tingkatan 5. Jadi saya agak, sebab itulah mungkin beliau mengalami masalah gastrik. Makna kata, telah berlaku pendarahan di dalam perut.

Baca: Set Gastrik Shaklee

Jadinya, gastrik adalah masalah yang datang selepas pengambilan ubat berkaitan jantung. Saya cukup berbesar hati kerana beliau menjelaskan keseluruhan cerita tentang masalah kesihatan beliau, jadi saya dapat mencadangkan vitamin Shaklee yang terbaik untuknya.

Maka, selain set gastrik, saya kenalkan juga beliau dengan vitamin untuk jantung yang mudah-mudahan dapat membantu memulihkan kesihatan jantung beliau.

Vitamin Untuk Jantung | Rawat Sebelum Parah, Bersedia Sebelum Kena

Maka, saya ingin berkongsi dengan semua pembaca tentang vitamin untuk jantung, seperti yang saya kongsikan kepada pelanggan saya tersebut.

Bila bercakap pasal jantung, jangan main-main ya. Selain otak, jantung adalah organ yang sangat penting dalam badan kita. Ini kerana fungsi jantung yang membawa segala keperluan badan kita seperti oksigen dan nutrien. Tanpa jantung, sel-sel badan kita akan mati kerana tidak mendapat bekalan yang diperlukan.

Sebab itu kena takut dengan risiko sakit jantung.
Sebab itu kena takut dengan risiko serangan jantung yang boleh berlaku secara tiba-tiba.

Sekali jantung kita ‘shut down’, maka seluruh jasad akan ‘turn off’ juga.

Jadi, sila beri perhatian dengan info vitamin untuk jantung yang saya kongsikan ini.

Yang sudah ada penyakit berkaitan jantung, pastikan konsisten dengan ubat doktor. Yang belum ada apa-apa penyakit berkaitan jantung pula, jangan senang hati sangat okay. Kalau tak dijaga dari sekarang, tak mustahil sakit jantung boleh menyerang anda pula. Maka, pengetahuan vitamin untuk jantung ini elok dibaca oleh semua golongan.

4 Vitamin Untuk Jantung Wajib Tahu

1. Ko-enzim Q10

Otot yang paling kuat bekerja dalam badan kita sememangnya jantung. Bayangkan, jantung kita yang sebesar penumbuk tangan bekerja untuk mengepam darah ke seluruh inci badan, maka ia perlu kuat dan bertenaga tinggi. Oleh itu jantung terbina dari otot yang namanya otot kardiak, otot yang cukup bertenaga mengecut dan mengendur melakukan kerja mengepam darah.

Kerja otot ini dibantu dengan adanya ko-enzim Q10 dalam badan kita. Q10 mentenagakan otot-otot jantung. Tapi malangnya, semakin badan kita menua, sel badan ikut menua. Begitu juga kuantiti Q10 dalam badan semakin merosot jumlahnya.

Kredit: Amazon.co.uk

Mahukan otot jantung yang kekal bertenaga? Maka kita juga tak akan termengah penat. Suplemen ko-enzim Q10 adalah jawapannya. Jadi kena banyakkan memakan makanan yang kaya dengan ko-enzim Q10 ini iaitu…

2. Asid Lemak Omega 3

Omega 3 adalah dari kategori lemak baik. Ia ada dalam makanan seperti daging ikan,…

Kredit: StylEnrich

Kategori lemak jahat seperti lemak haiwan, santan dan minyak masakan menggalakkan salur darah kita tersumbat. Keupayaan jantung menjadi tinggi dan perlu bekerja keras kerana mahu mengepam darah melalui saluran darah yang semakin sempit.

Bezanya dengan lemak baik Omega 3 ialah ia akan meneutralkan lemak jahat. Pengambilan dengan kuantiti yang tepat akan membantu untuk membersihkan semula sumbatan pada salur darah.

Dengan itu, kerja jantung menjadi normal semula. Ini akan memelihara kesihatan jantung yang lebih lama.

3. Polifenol

Polifenol adalah sejenis anti-oksidan yang terdapat dalam tumbuhan jenis beri contohnya, strawberi, mulberi, blueberi dan raspberi.

Kebaikan polifenol ialah dalam meningkatkan penghasilan nitrik oksida dalam badan kita. Fungsi nitrik oksida membantu untuk salur darah berada dalam keadaan relaks. Secara tak langsung, tekanan darah dapat dikurangkan.

Apa kaitannya turunkan tekanan darah dengan kesihatan jantung? Ya, jawapannya kerana tekanan darah yang normal dan rendah adalah kata kunci untuk tidak akan membebankan keupayaan jantung mengepam darah.

4. Resveratrol

Satu lagi khasiat didapati dalam tumbuhan terpilih ialah yang namanya resveratrol. Ini juga sebenarnya adalah kategori anti-oksidan dan ia lebih istimewa kerana kuasa anti-oksidanya sangat kuat jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan anti-oksidan lain.

Dikatakan sumber yang famous untuk resveratrol ialah wain merah dan coklat hitam.

Untuk yang beragama Islam, jangan pula cari wain merah pula lepas ni ya. Haram tu.. :joy:

Walau bagaimana pun, di Shaklee memang ada suplemen yang kaya dengan polifenol dan resveratrol ini. Ianya disahkan HALAL. Jadi kalau nak dapatkan khasiat resveratrol dan polifenol, bolehlah dapatkan suplemen tersebut daripada saya. Namanya ialah Vivix. Ingat, hanya Vivix Shaklee yang dibuat untuk pasaran Malaysia sahaja yang diyakini halal.

Amaran: Jika anda membeli dari laman web e-dagang seperti Shopee dan lain-lain, anda harus ragui sama ada Vivix tersebut adalah halal atau tidak oleh kerana tidak pasti ia dibuat untuk pasaran Shaklee Malaysia atau tidak. Contohnya, Vivix untuk Shaklee US adalah tidak halal kerana ia mengandungi campuran wain. Membelilah dari Pengedar Shaklee Malaysia yang sah. Saya salah seorang dari Pengedar Shaklee yang boleh anda percayai 🙂

Konsisten Itu Paling Utama

Selain 4 khasiat dan vitamin untuk jantung yang saya kongsikan di atas, sebenarnya ada banyak tips lagi yang boleh dilakukan untuk memelihara kesihatan jantung kita contohnya sentiasa menjaga pemakanan dan kerap bersenam. Tapi apa yang lebih penting, sebenarnya ialah untuk sentiasa konsisten dengan amalan-amalan sihat tersebut.

Bagi yang belum ada apa-apa masalah berkaitan jantung, masukkanlah 4 vitamin untuk jantung ini di dalam pemakanan seharian. Ingat, mencegah sentiasa lebih baik dari merawat dan mesti sentiasa beringat sebelum kena.

Bagi yang sedang diuji dengan penyakit berkaitan jantung pula, tak terkecuali untuk membetulkan semula pola makan dan sangat-sangat digalakkan untuk mengamalkan 4 zat di atas dengan kuantiti tertentu bagi menyokong proses pemulihan jantung anda. Ini bukan bermakna boleh abaikan ubat doktor, tetapi ia adalah untuk menyokong proses penyembuhan dengan lebih cepat.

Untuk kedua-dua tujuan, saya sangat menggalakkan bagi yang mungkin terasa culas untuk mengamalkan 4 zat makanan ini melalui pemakanan seharian, mengapa tidak amalkan saja suplemen? Ada set vitamin untuk jantung yang sesuai untuk anda dari jenama Shaklee.

vitamin untuk jantung
Sila Klik Pada Gambar Untuk Menghubungi Saya

Satu pesanan khas, bagi yang ingin mengamalkan set vitamin untuk jantung ini bolehlah menghubungi saya untuk membuat pembelian. Sebagai pelanggan saya, saya akan cuba memahami masalah anda dan memberikan cadangan set yang terbaik.

Cadangan untuk setiap orang adalah tidak akan sama ya. Ini kerana setiap orang mempunyai sejarah kesihatan yang berbeza dan ada kekangan tertentu yang perlu diambil kira sama ada sesuai untuk anda mengamalkan vitamin untuk jantung tersebut. Jadi, mungkin bukan 3 item ini yang paling tepat untuk anda. Hubungilah saya, berkongsi cerita dan saya akan cuba memberi konsultasi terbaik untuk gabungan set vitamin Shaklee yang paling bersesuaian denga anda.

Akhir kata, saya berharap semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Jaga kesihatan ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge