vitamin untuk kurus

Perlukah Vitamin Untuk Kurus? Suatu Penjelasan

Bagaimana Mahu Kuruskan Badan

Semasa saya hiking di Bukit Larut tempoh hari, saya mendapat seorang kenalan baru. Ketika berbual, beliau menyatakan hasrat memang mahu kuruskan badan. Beliau bertanya adakah vitamin untuk kurus memandangkan saya telah memberikan kad nama pengedar Shaklee saya kepadanya sebelum ini. Saya cuma tertawa… sejujurnya saya menjawab tidak ada. Saya akan jelaskan mengapa ya.

Untuk seseorang menjadi kurus, satu formula yang penting ialah:

KALORI MASUK < KALORI KELUAR

Ya, kalori yang masuk ke dalam badan kita mesti kurang daripada kalori yang keluar. Ini bermaksud untuk kurus, memanglah seseorang itu kena kurangkan makan dan lebihkan senaman. Suatu formula yang nampak mudah kan?

Di dalam rangkaian produk Shaklee memang ada satu set vitamin untuk kurus. Tapi hakikatnya, vitamin untuk kurus ini bukanlah vitamin ajaib yang memastikan pengguna akan kurus bila mengamalkannya. Jadi persoalannya kalau vitamin untuk kurus tidak boleh membantu pengguna menguruskan badan, perlukan vitamin ini diamalkan?

Kepentingan Vitamin Untuk Kurus

Testimoni

Mari hayati testimoni berjaya kurus ini.

vitamin untuk kurus

[ HILANG 10KG DALAM 10 MINGGU ]

.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.

Saya merupakan ibu kepada 2 orang anak. Umur saya baru mencecah 31 tahun dan saya adalah seorang yang gemar kepada makanan.

.

Badan saya mula naik bagai dipam-pam sejak pertengahan tahun 2015. Masa tu anak kedua saya, sudah semakin kurang menyusu badan. Saya dapat rasakan perubahan yang ketara pada diri saya. Saya makin kuat makan dan selera makan saya semakin membuak-buak. Setiap kali tiba waktu makan, saya pasti akan makan nasi bertambah.

.

Akibat daripada corak pemakanan yang tidak terurus dan tiada aktiviti senaman yang dibuat, berat badan saya semakin bertambah dah kemuncaknya pada Bulan Februari. Pada waktu itu, anak kedua saya dah pun wean off. Berat badan saya mencecah 97kg. Masa tu, keadaan diri saya sangatlah tidak selesa. Saya selalu rasa letih dan penat. Sukar nak bangun awal pagi. Badan selalu sakit-sakit. Nak solat pun susah. Selalu sakit kepala akibat tekanan darah meningkat dan selalu sangat mengah walaupun buat kerja ringan.
.

Selain daripada itu juga, baju-baju saya banyak yang dah tak boleh pakai. Saya terpaksa membeli baju baru dengan size XXXL. Sedih sangat. Baju-baju lama saya, semua terpaksa disimpan dalam almari buat perhiasan je. Kalau pakai jugak, memang tersembul-sembul keluar lemak perut..
.

Namun, pada pertengahan bulan Februari, saya mula nekad dan belajar cara pemakanan yang lebih sihat. Saya amalkan cara pengambilan makanan yang betul serta mengikut keperluan diri saya yang sepatutnya.. Saya belajar cara buat detox.. Saya mula konsisten mengamalkan Set Kurus Shaklee.. Dan mula bersemangat melakukan senaman.

.
4 perkara UTAMA yang saya buat sepanjang 10 minggu ialah :-

1- Saya amalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Saya kawal makanan yang masuk ke dalam badan saya. Saya jaga kuantiti makanan yang saya makan dan saya masak makanan yang lebih sihat dari segi penyediaannya.

2- Saya mula membuat detix. Saya mulakan dengan detox parasit selama 2 bulan (Feb&Mac). Kemudian saya sambung dengan detox cara Shaklee (April). Kedua-dua jenis detox ini saya menggunakan produk Shaklee. Produk detox yang saya gunakan ialah Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Garlic Complex, Herb-Lax, Peppermint Ginger & Nutriferon.

3- Saya mengamalkan Set Kurus Shaklee dengan konsisten dan dengan cara pengambilan yang betul. Tidak skip dan makan ikut dos yang sepatutnya. Antara suplemen yang saya amalkan ialah Cinch Shake, Cinch Tea Mix, Omega Guard & Lecithin.

4- Saya juga melakukan senaman seminggu 3 kali dengan konsisten. Antara senaman yang saya lakukan ialah, jogging, burpees, squats, plank dan aerobik.
.

Selepas melakukan keempat-empat perkara ni dengan konsisten dan istiqomah, berat saya mula turun dengan mudah sebanyak 10kg dalam masa 10 minggu.
.

Dan apa yang paling menggembirakan saya, banyak berlaku penurunan inci pada ukuran badan saya. Terutama di bahagian perut. Kalau dulu macam orang mengandung 8 bulan, sekarang dah kurang. Pakai baju pun dah tak nampak perut buncit. Malah saya dah boleh pakai semula baju saya bersaiz XL. Saya happy sangat-sangat. Gembira tak terkata.
.

Berat saya yang terkini adalah 87kg. Dan saya masih dalam misi menurunkan 20kg berat saya.

Doakan saya berjaya mencapai misi saya membuang 30kg berat badan keseluruhan.. Dan saya kongsikan cerita saya agar dapat memberi inspirasi kepada anda semua yang memerlukan.
.

Akhir kata daripada saya, apa pun yang kita lakukan,lakukan dengan bersungguh-sungguh. Nak kuruskan badan, mesti buat apa yang daya kongsikan tu supaya kita dapat hasil yang menakjubkan!

Seseorang itu tidak akan berjaya kurus dengan hanya mengamalkan Set Kurus Shaklee. Apa yang paling penting untuk menguruskan badan ialah mesti mengawal pengambilan makanan dan melakukan senaman supaya kalori dibakar dengan cepat. Vitamin pula diambil sebenarnya dengan tujuan untuk menampung kekurangan nutrisi semasa proses pembakaran lemak dan penurunan berat. Sel-sel dalam badan kita perlu sokongan nutrisi yang mencukupi semasa proses ini supaya boleh kurus dengan sihat dan selamat.

Set Kurus Shaklee

Saya perkenalkan set vitamin untuk kurus daripada Shaklee untuk anda. Ia terdiri daripada 3 fasa. Fasa-fasa tersebut ialah detoks, mengawal lemak dan mengurangkan makan.

vitamin untuk kurus

1. Detoks

Ada orang yang susah sekali untuk menurunkan berat badan. Buat workout bersungguh dan kawal makan pun tidak dapat menurukan berat dengan mudah. Dalam perkara, satu hal yang perlu disedari ialah ia mungkin kerana banyak kandungan toksin di dalam badan. Sesetengah toksin di dalam badan disimpan dalam bentuk lemak. Sebab itu apabila toksin ini tidak tersingkir, bermakna lemak juga tidak tersingkir dari badan. Seseorang perlu detoks terlebih dahulu supaya toksin ini dibuang dari badan barulah penurunan berat berlaku dengan mudah.

2 jenis vitamin yang boleh membantu badan kita detoks secara semulajadi ialah HerbLax dan Alfalfa Complex. HerbLax lebih fokus kepada pembersihan usus manakala Alfalfa ialah sejenis herba yang juga ada sifat detoksifikasi kepada badan.

2. Mengawal Lemak

Untuk kurus, lemak dalam badan perlu disingkirkan. Ini boleh berlaku melalui senaman atau pembakaran lemak badan kerana badan sendiri memerlukan tenaga yang berlebihan. Yang kedua ini berlaku kerana seseorang itu mengambil kalori lebih sedikit daripada tenaga yang diperlukan, jadi terdapat hutang kalori di sini. Lemak badan akan dipaksa untuk diuraikan menjadi tenaga untuk membayar kalori ini.

Suplemen Omega Guard dan Lecithin boleh membantu mengawal lemak di dalam badan. Omega Guard apabila diamalkan, ia akan meningkatkan kadar kolesterol baik LDL dalam darah. Kebaikan LDL ialah ia mengurangkan penempelan lemak tepu pada salur darah. Tempelan lemak pada salur darah bukan sahaja mengawal lemak baru dalam badan, ia juga bagus untuk mengurangkan tekanan darah tinggi serta memelihara kesihatan jantung.

Lecithin adalah sejenis pengemulsi lemak. Emulsi bermaksud ia akan memecahkan lemak kepada komponen yang lebih kecil dipanggil titisan lemak. Titisan lemak lebih mudah diserap oleh usus untuk kegunaan badan. ia membantu pencernaan lemak yang baik.

3. Mengawal Pengambilan Makanan

Cabaran orang mahu kurus ialah mungkin tidak tahan lapar atau tahan godaan makanan yang pelbagai dan lazat-lazat kan? ESP dan Cinch Shake boleh menjadi supporter yang baik untuk tujuan ini.

Pernah dengar Diet Atkins? Diet Atkins menjadikan protein sebagai sumber makanan utama sebab ia membuat kenyang lebih lama. Memang betul pun. ESP dan Cinch Shake juga adalah protein, tapi ia jenis protein daripada tumbuhan soya, bermakna tiada kolesterol dan sangat rendah lemak. Ini memberi kelebihan kepada orang yang berdiet. Selain membuat tahan lapar lebih lama, dapat juga elak lemak dan kolesterol baru. Nafsu makan akan berkurang sebab terasa kenyang, dapatlah bantu untuk elak melantak sakan.

Bagi yang ingin mendapatkan Set Kurus Shaklee, boleh terus hubungi saya di WhatsApp ya, atau call/sms ke 01136198300. Rundingan vitamin mengikut bajet juga boleh saya cadangkan nanti 😉

Bukan Vitamin Ajaib

Misi hendak kurus mengambil masa. Dulu semasa di university saya ada seorang kawan Cina yang berbadan besar (obes). Beliau memang kurangkan makan, tidak makan nasi dan berjoging setiap hari. Hasilnya 2 bulan kemudian benar-benar beliau sudah kurus. Masa itu kami rakan sekursus gelakkan beliau juga, sebabnya badan dah kurus tapi muka masih gemuk juga haha! Tapi nak ceritanya hendak kurus memang mengambil masa. Kawal pemakanan, lakukan senaman dan ambil vitamin untuk menyokong keperluan nutrisi dalam badan; semua ini komponen penting yang tidak dapat diabaikan.

Sorry to say, memang tiada jalan singkat di sini. Vitamin untuk kurus bukanlah vitamin ajaib. Tapi ia sangat-sangat membantu untuk anda kurus dengan sihat. Pengurangan berat dengan mendadak pasti ada kesannya kepada badan, jadi memang perlu kepada sokongan nutrisi yang tepat dan sesuai.

Bagi yang hendak kurus, semoga sukses ya!

 

Baca Selanjutnya: Punca Buah Pinggang Rosak Sebab Suplemen Ke?

2 comments

    1. Betul sangat sis. Air kosong ni membantu hilang dahaga, buang toksin dan bebas kalori. kan dah jimat kalori kat situ.hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge